Followers

Tuesday, April 2, 2024

Bukan Tercipta Untukku



Tiada siapa pernah tahu isi hatiku yang sebenar,
Ia terisi dengan namamu,
Tapi tidak pernah aku bicara tentangmu pada yang lain,
Cuma Tuhan tahu tentang kamu,

Tika  malam melabuh tirai,
Aku sering menyebut namamu di hadapan Tuhan,
Aku menadah tangan ke langit,
Mendoakan mu,
Mengharapkan kebahagiaan buatmu dunia dan akhirat.

Mungkin kamu saja yang tidak menyedari ,
Aku sentiasa ada disini untukmu,
Walaupun hakikatnya kita terlalu jauh,
Tidak  bertegur sapa seperti selalu,
Aku reda Tuhan mengambil kamu daripada aku.

Dan kerana itu aku lepaskan kamu kerana Allah.
Jaga diri baik-baik sayang...




10 comments:

  1. Ada yg lebih baik menanti Insha Allah 🤲

    ReplyDelete
  2. beautiful written! literally felt what you wrote here!! apa-apa pun doa Allah over everything. jangan pernah putus harapan denganNya! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.... Aamin, moga yang terbaik saja untuk kita semua <3

      Delete
  3. Deep. Puisi ini benar-benar menyentuh hingga ke lubuk hatiku yang paling dalam Cuya. Semoga semuanya baik-baik aje ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Allah memberikan kebahagiaan buat kita semua insyaAllah <3

      Delete
  4. Tadi saya pikir lirik lagu, ternyata puisi yaa. Menyentuh sangat. Apalagi baca komen, ini based on reality. Semoga apapun, dapat ganti yg lebih baik ya ☺️

    ReplyDelete