Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Masih ingat ke entri Cuya pergi training di TH Hotel di Kelana Jaya? Alhamdulilah Cuya dah masuk kerja pada 5 Sept 2023. Tapiiii.... Kerja Cuya tu seperti lari scope daripada apa yang dijanjikan. Jadi, disebabkan Cuya rasa Cuya tak boleh teruskan, Cuya telah lalui proses penukaran ke syarikat yang baru.
Rabu, 13 Sept 2023
Cuya dah masuk ke company baru yang memang sesuai dengan job scope dijanjikan. Kerja Cuya juga fleksibel. Cuya boleh buat kerja sambil lepak dimana-mana Cuya suka. Jadi, kadangkala Cuya akan pergi lepak cafe sambil on laptop dan menghirup kopi ais yang dipesan. Pegawai Cuya cakap, Cuya boleh duduk dimana-mana asalkan kerja tetap jalan. Memang Syurga betul kerja macam ni. Hehe
Cuya kerja kat mana? Dekat tourist attraction di Melaka. Buat sementara waktu ni Cuya belum boleh nak kongsikan, sebab Cuya memang jenis tak suka share selagi belum confirm sepenuhnya samada Cuya akan kekal disini, sebab perlukan approval daripada employer Cuya untuk bertukar company.
First outfit kerja ofis
Singgah makan Marry Brown dekat dengan ofis . Jalan kaki je gi sini
Second outfit, baju batik sebab hari Khamis. Pernah tak korang jumpa perempuan pakai kemeja batik?
Jarang sekali kan.. Sekarang korang dah jumpa 😂 Baju kemeja ni memang ditempah khas untuk Cuya, jadi kemeja perempuan la.
First time try Stuart's Coffee
Cuya order Ice Stuart's Little Latte ( Rm14.80). Asalkan kopi semua sedap bagi Cuya. Hehe
Outfit day 3, kena pakai pant suit sebab nak pergi event.
Day 3 masih di Stuart's Coffee
Cuya order Chocolate Caramel Frappe ( RM16.80) . Kalini try minuman coklat dia pulak. Sedap ajerr
Day 3, pergi event untuk Tahun Melawat Melaka 2024.
Maskot rasmi Tahun Melawat Melaka.
Cuya muka excited gitu.. Eheks
Dengan slogan tahun melawat Melaka 2024
MANA LAGI? MELAKA LER....
Dapat makan petang free.
Dapat berjumpa dengan pengurus kanan Tourism Melaka, tempat Cuya intern semasa diploma.
Puan Asmaliana.
Outfit kerja untuk harini (Hari Malaysia). Semangat kan Cuya? Maklumlah, Cuya hanya boleh pakai baju ni semasa Merdeka dan Hari Malaysia saja 😂
Aura dia pakai baju ni lain macam, Cuya nampak outstanding sampai ada orang yang tegur Cuya semasa Cuya beli burger.
"Lawa baju awak...sempena Hari Malaysia ya?"
Cuya mengiyakan sambil senyum kambing. Hahahha
Harini kita try Chocolate Belgium lak.
Cuya dah macam customer tetap lak. Kopak duit nanti. HAHAHA
Tu jela gambar yang Cuya ambil. Cadangnya nak selfie setiap hari untuk outfit. Tengoklah selama mana boleh konsisten macam uncle Gedek. Hehe
Okay, till then.
Adios amigos!
Wow, comel maskot tuh, and nice outfit, Cuya! hehe.. Heaven dapat kerja di mana-mana. Bebas tanpa terikat!
ReplyDeleteAir yang diminum semua tu nampak menyelerakanlahh!
Kalau environment kerja bagus, mood pon jadi bagus dan tak stress..hehe
DeleteOoo.. Pernah intern di BPP ye.. Tanya Asmaliana, kenal saya tak? 😀😀
ReplyDeleteHaritu je jumpa dia, jarang2 jumpa dia. Haha
DeleteBoleh...boleh...seronok pulak akk tengok gaya Cuya :)
ReplyDeleteSelamat bekerja, mudah-mudahan dipermudahkan segala urusannya 🤲
Aamin, terima kasih akk 🤗
DeleteMoga smooth semua urusan Cuya, comelnya berbaju jalur gemilang
ReplyDeleteAamin.. terima kasih :D
DeleteBawak balik la maskot tu... buat bantal peluk! hahaha
ReplyDeleteKalau bole dah lama angkut balik. heheh
Deletecantiklah cuya kemeja batik tu, nampak unik bila perempuan pakai.
ReplyDeleteKena cari tailor yang pandai potong kain baru nampak cantik.. ada orang yg tk pandai potong kain
DeleteSaya jenis segan nak ambil ambil gambar sangat... macam la cuya best ...
ReplyDeleteCuya pon tak kerap sangat tangkap gambar..
DeleteSelalu orang yang tangkap kan.. hehe
seronoknya kerja cuya..boleh duduk kat mana je, janji keja jalan..yg cuya pakai baju kemeja batik tu memang rare, jarang jumpa perempuan pakai...
ReplyDeletetahun melawat melaka 2024, ala mmg suka cuti ke melaka ni tapi asyikk jammed melekat je..hehe...
Yalah kak, Melaka tak sah klo takde jammed... hahahhaha
DeleteSelamat menjalankan tugas, Cuya. Bestnya dia, selalu mengopi. :D
ReplyDeleteTerima kasih kak... ngopi best, tapi kopak kakk.. HAHA
Deletewahhhh ni kerja ke... kerja makan? hahaha apa2 pun selamat berkhidmat & bekerja dgn gembira....
ReplyDeleteya...kerja sambil menyelam minum air.. kekeke Terima kasih! :D
Deletecomei je cuya..ceria selalu..
ReplyDeletesep sikit..geng kopi!!!
Sepp! Kopi for life! xD
DeleteSelamat bekerja dan mengopi mahal
ReplyDeleteTerima kasih wak! kita ngopi dulu! XD
DeleteSeronoknya. All the besy Cuya. semoga berjaya di tempat baru
ReplyDeleteTerima kasih kak.. Aamin ya Rabb :D
DeleteAlhamdullilah sudah kerja yaa....di sinipun kantor"pemerintahan dan swasta ada yg memakai baju batik koq pada hari tertentu...keren deh👍
ReplyDeleteMelaka memang asyiiik untuk liburan 👍👍. Tahun ini saya dah kesana. Tahun harap bisa bawa suami dan anak sekali utk lihat Melaka 😍👍. Saya sukaaa vibe kotanya. Penuh sejarah juga
ReplyDelete