Assalamualaikum,Hello coconuts!
Lama rasanya tak review produk. Sejak dah ada Tiktok ni, Cuya dah pandai dah membeli belah di Tiktok. Harini Cuya nak review produk viral di TT iaitu EMS Foot Stimulator Massage Pad. Dia sebenarnya alat untuk mengurut kaki dari dalam menggunakan kuasa elektrik.
EMS ni ada yang guna bateri dan ada juga jenis yang boleh charge. Sangat mudah di bawa ke mana- mana sahaja sebab benda boleh lipat dan sangat ringan . Nak guna pon mudah.
Antara fungsi EMS ni adalah :
- Melegakan otot
- Menguatkan otot
- Melegakan kesakitan kaki
- Penyaman kecantikan
Berdasarkan tips yang Cuya tengok melalui video salah seorang Doktor di TT, beliau ada menyatakan yang EMS ni tak boleh pakai selalu. Hanya 2-3 kali seminggu selama 15 minit dan perlu minum air yang banyak. Benda baik pon kalau selalu dipakai boleh mendatangkan mudarat juga kan? Nak pakai pon mudah, letak je kaki atas EMS ni dan ada button untuk on iaitu button simbol '+'.
Cuya sebenarnya belikan produk ni untuk ibu memandangkan kaki dia selalu sakit. Juga sempena birthday ibu. Hehe Tapi Cuya pon pakai juga mesin ni tapi jarang-jarang la. Kadang-kadang sampai lupa kewujudan EMS ni sebab tersorok dalam bilik. Hahaha
Mesin ni ada 6 jenis urutan yang kita boleh pilih. Ada tu yang slow , ada yang laju dan kuat. Overall sepanjang Cuya guna memang bestlah. Macam guna mesin urut. Sangat mudah kalau nak bawa untuk travel. Bateri remote dia pon tahan lama.
Harga di TT RM17.40 dan postage RM4.50 . Jumlahnya RM21.90. Murah kan? Pastikan jika korang nak membeli, baca review dan komen daripada pembaca. Ada juga kedai yang jual mahal, jadi jangan lupa untuk survey
Overall Cuya boleh bagi 9/10 untuk produk ni. Memamg nice. Ibu Cuya pon suka ^_^
Itu saja la review pendek Cuya. Bagi korang yang nak mencuba, silalah. Kat shopee pon ada jual.
Adios amigos!
menarik ni. letak bwh meja kerja mmg syok ni😁
ReplyDeletebole try beli..hehhe
Deletewahh! happy besday ibu Cuya semoga dipermudah urusannya selalu!
ReplyDeleteTerima kasiihhhh ^^ Aamin
DeleteAda kalanya bila barang dah dapat kita jarang guna. Di rumah saya ada juga mesin urut. Tapi tak selalu guna.. seminggu 2,3 kali.. atau langsung tak guna dalam seminggu.. hihi
ReplyDeleteBetul2...dah beli tak guna pulak tu..awal2 je excited 😂
Deletei really need this. it's like a self theraphy. 🙇🏻♀️ anyway happy birthday to your ibuuu ♡
ReplyDeleteyeah, try la beli... Thank you for the wish!
Deleteastagfirullahaladzim.... Apo bondo pulak ni? Macam2 la hai...!
ReplyDeleteurut kaki la uncle...hehe
Deletewah...terjebak sudah yer.. shopping di tik tok
ReplyDeleteLama sudah terjebak..hehe
DeleteWah.. bestnya.. boleh cuba juga nie..
ReplyDeleteMurah juga. Hehe alamak tidak boleh pakai selalu.
ReplyDelete