Assalamualaikum,Hello Coconuts!
Dulu-dulu kan dikenali zaman Facebook.Masa tu kan ada ruang untuk tulis 'Notes'.
Kadang2 Cuya tulis cerita pendek.Cuya terjumpa balik cite ni.Jom baca!Pendek je...jangan risau..hehe
Dia melemparkan pandangannya ke luar.Dia terus menatap langit yang biru itu.Fikirannya masih teringat-ingat akan si dia.Dia buntu.Dia tidak tahu bagaimanan untuk menyelesaikan masalah yang dialaminya.Bagi orang lain mungkin itu hanya masalah kecil tapi bagi dirinya,si dia sungguh bermakna buat dirinya.Tiba-tiba lamunannya lenyap tiba-tiba apabila disergah oleh rakan baiknya.
“Assalammualaikum!” jerit Aisyah.
“Opocot!” habis melatah Husna dibuatnya.
“Engkau ni kalau tak kacau aku satu hari tak boleh ke makcik?Aish..”bebel Husna
“Aku…susahlah Aisyah.Aku kan dah lama minat dekat dia.Takkan tiba-tiba je aku boleh benci dia?Kau tak boleh halang aku Syah.Bukan aku tak nak lupakan dia tapi aku tak boleh!Aku dah cuba dah sedaya upaya aku.Kau ingat senang apa nak lupakan pelangi yang sudah lama mewarnai hidup aku?Dia itu ibarat siang dan malam aku tahu?” Husna mengeluh panjang mengingatkan nasibnya itu.Masih tidak berpuas hati dengan apa yang sudah menimpa terhadap dirinya.
“Banyaklah kau punya ikan!Aku nak seorang teman bukan ikanlah.Hahaha”Husna ketawa terkekek-kekek.Dia berasa sangat lucu pada sangat itu.Dia bersyukur sangat kerana memiliki kawan yang sudi bersama mendengar luahan hatinya.Walaupun dia berasa bahagia di samping Aisyah,tapi jauh di sudut hatinya dia masih merindui si dia.Ya,si dia yang sudah lama menyinari hidupnya.Aizat.Aizat kenapa kau tinggalkan aku?
“ Tak,saya…..Tahun ni kan kita bakal menghadapi peperiksaan PMR.Saya rasa sebaik-baiknya kita menumpukan perhatian terhadap pembelajaran kita.Awakkan nak berjaya?Kita berjaya bersama-sama sehinggalah tiba masanya SPM,dan mendapat keputusan yang baik kita sambung semula.Boleh?”
Kata-kata Aizat hampir saja membuat Husna pengsan.Kata-kata itu bagaikan ditusuk dengan pisau yang tajam sekali.Husna bingung dan dia kehilangan kata-kata.Bibirnya kelu dan beku.Terkilan buat sementara.Terasa bagaikan dirinya sedang bermimpi.
“Kenapa?Kenapa awak cakap macam tu Aizat?Awak dah tak sukakan saya?Atau awak dah ada orang lain?Apa salah saya”?beribu pertanyaan dilontarkan Husna kepada Aizat.Dia berasa tidak puas hati.Selama ini dia ada buat kesalahan ke?
Husna diam seribu bahasa.Dia seperti sedang memikirkan sesuatu.Kemudian dia tersenyum.
“Baiklah,kalau itu yang awak mahu saya tak kisah”Husna membalasnya.
Disebalik senyumannya Husna itu,hatinya menangis.
p.s Diadaptasi daripada kisah sebenar :] Mungkin aku tambah2 sikit..hhhehe
Cuya tak sangka Cuya minat tulis2 macam ni? Macam..like seriously?
Sebab tula Cuya kembali blogging,sebab Cuya sedar Cuya suka bercerita..heheh
Dan Cuya rasa cerita atas ni ada kaitan ngan Cuya. KAH!
Heheh TERBAIK. Mungkin boleh mula untuk buat novel. Boleh ni. Teruskan usaha CUYA!
ReplyDeletehahah..tak pernh terfikir nak buat novel...tak rajin..haha
Deletewah hebat cuya! kesian husna tu hehe
ReplyDeletehahaha...XD
DeleteWah Ada bakat...
ReplyDeleteHehe😆
DeleteHusna, i paham ! susah tau nak move on ni.. huhuhuh.. kesian husna.. bertabah la k
ReplyDeletetapi dah habis PMR now, still boleh move on ke tak?
Husna cuba mencari cahaya yang baru.Hakikatnya hati Husna tak mampu melepaskan cinta hati.Dia serahkan segalanya pada ketentuan Tuhan. :")
Deletetabah ye husna... ada hikmahnya disebalik ini. masih muda lagi ni husna.. nanti pasti akan dapat jodoh yang lebih baik dari ini.
ReplyDeleteAmin..insha Allah :)
Delete