Hai assalamualaikum dan selamat sejahtera.Ni hao?sauriyema ?Hah...dah mula keluar
bahasa satu Malaysia.Sebelum itu,salam perkenalan.Saya Nasuha.Kawan-kawan semua panggil saya Cuya.Dan pada hari ini saya telah terjumpa dengan satu contest iaitu Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest .
1. Week One Contest (19 May 2017 – 1 June 2017):
Theme: Delicious Ramadhan
a. What are your favorite Iftar dishes?
b. Share the recipes of the dishes
c. What kind of products can you find on Lazada’s platform to help you prepare the dishes?
Mahu tahu perkongsian saya tentang Ramadhan?Ayuh baca artikel di bawah :D
Wah2.Ramadhan kembali lagi!Apa yang kita nantikan Ramadhan kali ini?Adakah Ramadhan ini akan jadi lebih bermakna memandangkan contest Lazada sedang berlangsung?Seronok bukan kerana kita akan menempuhi sekali lagi bulan yang paling mulia.Yang paling dinantikan pada bulan Ramadhan ialah sudah tentu solat terawih bersama keluarga tercinta bukan?Dan tidak lupa juga kepada kepelbagaian makanan yang terhidang untuk berbuka puasa.Pastinya rambang mata!Jadi,pada hari ini saya berbesar hati untuk menyertai contest Lazada yang buat pertama kalinya saya sertai.
Apakah tema untuk artikel kita pada hari ini.Ya..tepat sekali.Delicious Ramadhan~
Apa yang delicious sangat tu?Nah..disini saya akan nyatakan kenapa Ramadhan begitu menyelerakan untuk kita.
1)Delicious Ramadhan with Worshipped to God (Enaknya Ramadhan dengan beribadah kepada Tuhan)
Ini adalah antara sebab utama kenapa 'delicious' nya Ramadhan itu sendiri.Di bulan Ramadhan,saya sebagai seorang muslimah, dapat mendekatkan diri dengan Tuhan di samping memperolehi pahala yang berlipat ganda.Kenapa ianya dikatakan sebagai 'delicious' atau enak?
Bukankah enak untuk kita sekiranya,setiap kebaikan yang kita lakukan,pahalanya berlipat ganda berbanding bulan-bulan yang lain?Bulan suci ini mempunyai aromanya tersendiri dan kelazatan yang mengkagumkan pada hati orang-orang yang diberi redha oleh Tuhan kepada mereka.
Orang ramai pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk solat terawih kerana solat tersebut hanya dapat dilaksanakan pada bulan Ramadhan sahaja.Di samping dapat mendekatkan diri dengan Tuhan,kita juga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.Enak bukan?
2)Delicious Ramadhan with the Food!(Enaknya Ramadhan dengan makanan!)
Ya,tidak boleh saya sangkalkan bahawa Ramadhan jadi lebih meriah dengan kemunculan pelbagai jenis makanan dan juadah dijual di Bazar Ramadhan tidak lupa juga yang dihidangkan di rumah.Orang ramai pasti tidak akan melepaskan peluang mereka untuk membeli juadah berbuka puasa memandangkan kebanyakan makanan pasti susah didapati atau mereka malas untuk memasak =P
Macam saya sendiri,kalau dah tiba bulan Ramadhan mesti fikir makanan dan minuman.Kadangkala hampir tiap hari pergi bazar (tapi jangan harap la tiap hari!) dan hampir setiap hari juga saya duk ronda bazar macam polis ronda.Hehe.Maklumlah,macam-macam makanan ada.Ayam percik,nasi ayam,nasi kerabu,roti john,sate dan macam-macam.Ni belum senaraikan jenis kuih dan minuman lagi.Hah...rambang tak rambang...
Jom kita tengok kemeriahan bazar Ramadhan daripada Encik Google!
Ayam percik kebabom!
Kuih meriah bak ang~~
Hah..siap ada air Miss you~
Meriah tak meriah ni?Hebat bukan penangan bazar Ramadhan?
Kenakkan Ramadhan itu sendiri sebenarnya bergantung kepada cara kita menikmatinya.Kalau cara kita nikmati itu betul,maka ia akan jadi baik buat diri kita.Kalau kita mengambil kesempatan untuk melakukan perkara yang buruk,maka buruklah ia buat kita.Jadi,anda yang mana satu?
a. What are your favorite Iftar dishes?
Apakah makanan kegemaran anda pada waktu berbuka?
Sebenarnya banyak pilihan makanan yang saya suka.Maklumlah,saya seorang 'food lover' memang padanlah dengan badan yang macam kuih 'pau'.Tapi,makanan yang paling suka saya suka ialah kuih seperti tepung gurmak.Ehh..memang menjadi kewajipan untuk ada tepung gurmak sebagai hidangan.Kalau tidak,merajuk tak sudah saya dibuatnya!
Minuman yang menjadi pilihan pula adalah air Asam Boi Singapura.Hah...asam boy bukan sebarang asam boi,asam boi datang dari Singapura. Namanya saja Asam Boy Singapura ,tetapi dibuat di Malaysia.Hehehe
b. Share the recipes of the dishes
Kongsikan resipi makanan tersebut
Jom,saya nak kongsikan cara-cara untuk membuat kuih tepung gurmak dan juga air asam boi singapura
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm tepung pulut
- 200 gm kacang hijau
- 5 ml air kapur
- 250 ml air
- Garam secukup rasa
BAHAN INTI:
- 1 biji kelapa | diparut
- 150 gm gula kabung
- 2 sudu makan gula pasir
- 1 helai daun pandan
- Garam secukup rasa
- 250 ml air
CARA MEMASAK :
1. Masukkan tepung pulut ke dalam sebuah mangkuk besar.
2. Kemudian bancuh tepung pulut tadi dengan air kapur, air dan garam secukup rasa hingga menjadi doh. Ketepikan.
3. Untuk membuat intinya, panaskan kuali dengan menggunakan api yang perlahan. Selepas itu masukkan kelapa parut, gula kabung, gula pasir, garam, pandan dan air di dalam kuali. Kacau rata supaya sebati.
4. Kacau hingga inti kering dan melekit. Kemudian angkat dan sejukkan.
5. Panaskan kuali sekali lagi, goreng kacang hijau tanpa menggunakan minyak hingga masak.
6. Selepas itu buang kulit arinya dan tumbuk hingga halus. Kemudian ayak dua kali hingga kacang halus seperti tepung.
7. Ambil sedikit adunan tepung pulut tadi dan bubuh inti kelapa. Kemudian bulatkan dan tekan menjadi leper.
8. Masak air di dalam periuk sehingga mendidih, kemudian masukkan adunan yang dileperkan tadi ke dalam air mendidih. Bila adunan itu timbul, angkat dan toskan airnya.
9. Akhir sekali, golekkan adunan ke atas tepung kacang tadi hingga rata. Buat sehingga adunan habis.
10. Bolehlah dihidangkan dan dinikmati.
ASAM BOI SINGAPURA
Bahan Bahan Air Asam Boi
Limau kasturi
Asam Boi
Air
Gula
Cara Buat Air Asam Boi
1. Basuh buah limau kasturi sebersihnya.2. Potong hujung limau kasturi dan sumbatkan asam boi3. Masukkan gula dan air ke dalam periuk. Sukatan gula ikut citasa. Kalau nak pati/jus air asam boi ni pekat sikit, letaklah gula lebih pun boleh. Bila bancuh nanti letak air banyak sikit.
4.Kemudian,masukkan limau kasturi yang telah disumbatkan dengan asam boi itu tadi ke dalam periuk.
.5.Masak sehingga warna menjadi gelap.
6. Dah masak, sejukkan dan masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Siap sudah jus/pati asam boi. Kalau nak minum tu cuma ambil sebijik limau dan asam boi dan masukkan pati sikit. Kemudian tambah air dan bancuh macam biasa. Senang sangat kan! Nak lagi sedap tambahlah ais :)
c. What kind of products can you find on Lazada’s platform to help you prepare the dishes?
Apakah jenis produk yang anda boleh cari di platfom Lazada untuk membantu anda menyediakan makanan tersebut?
Hah,jom kita cari...barang apa yang boleh kita gunakan untuk menyediakan Tepung Gurmak dan Asam Boi Singapura idaman kalbuku~
1)Kuali
Untuk masak,semestinya kita memerlukan kuali betul tak?Nak masak bahan-bahan masakan.Sebenarnya banyak lagi pilihan kuali yang boleh didapati di Lazada dan semuanya berkualiti tinggi.Memang rambang mata dibuatnya!
Saya search dengan menaip 'kuali' pun dapat jumpa kuali yang sebenar! Hahaha In case anda semua tak pandai bahasa Inggeris,taip je dalam bahasa Melayu,pasti akan membantu.Tak percaya,tengoklah bukti diatas.
2)Spatula
Dah ada kuali,mesti nak guna spatula untuk kacau bahan-bahan tersebut.Nah..baru lengkap.
Hah..bermacam-macam spatula anda semua boleh pilih.Bukan takat tu je,Lazada juga akan selitkan barang-barang yang barangkali ada sangkut paut dan mungkin anda memerlukannya.Hebat bukan?
Seterusnya produk untuk Asam Boi Singapura .
1)Periuk
Seeloknya gunalah periuk besar supaya dapat buat air minuman yang lebih banyak tetapi terpulang pada anda.Saya memang syorkan produk buatan Korea sebab ianya sememangnya berkualiti tinggi.Kalau nak membeli,alah memakai betul tak?
2)Glass/Cup
Murahnya harga!Memang berpatutan betul Lazada ni.
Eh,dah penghujung artikel dah ke?
Senang untuk saya ingatkan bahawa LAZADA akan mengadakan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale yang akan berlangsung dari Mei 19 hingga 30 Jun (dimana akan adanya diskaun sehingga 90%!)
Klik gambar di atas.
Jadi tunggu apa lagi,jom terjah dan beli!
sedapnya air asam boi..tak puasa pun dah terliur nih..haha..
ReplyDeleteAmboiiii berpantun-pantun, pandainya! Hehehehe... Ooo panggil tepung gurmak erh? Kat sini panggil kuih abuk-abuk. Hehe.. Good luck erh! 💪
ReplyDeleteMrs hazeera :sedp kan~~ hahahah
ReplyDeletefairuz aqilah : hehe thnk you =P haah..oh..kt sini abuk2 tu kuih sagu mata ikan...tengah die gula melaka...yg dibalut ngn daun pisang
Sedapnya tepung gomak tu.. Mengancam..
ReplyDeletesemoga berjaya..