Followers

Monday, December 26, 2011

Contest Kreatif Menulis Bersama HOB


LAST 12 JAN
- Menulis cerpen tentang apa-apa pun. (kisah dongeng, sahabat, cinta, semangat, moral)
- Menilai dari segi bahasa, penggunaan tanda baca yang betul dan tatabahasa.
- Unsur kecindan atau lawak sangat digalakkan.
- Penggunaan ayat seperti hang, ko, dan lain-lain dibenarkan untuk dialog sahaja.
- Dilarang Mengambil hak milik orang lain.
- Cerpen mesti dihasilkan sendiri.
- Tiada had patah perkataan. (janganlah terlalu pendek )



Saya pernah guna cerpen ni untuk contest lain.Harap tidak mengapa ya? =]

Dongeng Dua Puteri

Satu ketika dahulu,tinggal seorang raja digelar Raja Gendut dan permaisuri Kencing Malam di kota Indera.Mereka mempunyai sepasang anak kembar iaitu Tengku Puteri dan Puan Kutu.Anak Raja Gendut dan permaisuri Kencing Malam tersangatlah cantik.Tengku Puteri memiliki kulit yang putih bak salji,bibir mungil semerah bunga ros dan mata yang bundar
TENGKU PUTERI



manakala si Puan Kutu pula memiliki rambut yang lebat dan ikal mayang,hidung yang mancung dan orangnya kecil molek.


PUAN KUTU

Memang patutlah ramai putera-putera raja yang berebut-berebut untuk mengahwini anak raja dan permaisuri.Perkara tersebut telah menyebabkan Permaisuri Taragigi Padanmuka berasa murka.Hal ini demikian kerana Permaisuri Taragigi Padanmuka juga mempunyai dua anak perempuan yang hodoh sepertinya dan tiada siapapun yang berani untuk mengahwini anak-anaknya.

Lalu,Permaisuri Taragigi Padanmuka nekad untuk melakukan sesuatu supaya putera-putera raja tidak suka terhadap Tengku Puteri dan Puan Kutu

"Aku akan pastikan Tengku Puteri dan Puan Kutu tidak dapat mengahwini mana-mana putera raja dari seluruh pelosok dunia sekalipun!Hahahahah!! " kata Permaisuri Taragigi Padanmuka dengan megahnya.Lalu,Permaisuri Taragigi Padanmuka mula merancang rancangan jahatnya itu.



* * * * * * * * *



Di satu pagi yang hening,ketika matahari mulai membuka tirainya,kedua-dua puteri raja dan permaisuri menyatakan hasrat mereka kepada ayahanda dan bonda mereka.

"Ayahanda,anakanda berdua bercadang untuk pergi ke dalam hutan.Anakanda teringin sangat berjumpa dengan binatang-binatang di sana.Boleh tak ayahanda?" tanya Tengku Puteri.



"Ya ayahanda,anakanda pun rindu sama binatang-binatang yang comel yang dahulunya kita bela.Bolehlah ayahanda,bolehlah ya?"Puan Kutu juga menyokong Tengku Puteri

"Anakanda,di taman istanakan sudah ada pelbagai jenis binatang yang anakanda berdua suka.Kenapa masih mahu ke hutan?Disana berbahaya.Rakyat jelata pernah terjumpa dengan nenk kebayan yang buruk rupanya dan dikatakan mempunyai kuasa sihir.Tidak usahlah anakanda berdua pergi ke sana" kata Permaisuri Kencing Malam.

"Tidak mengapalah adinda,kita arahkan  pengawal diraja mengikuti mereka.Sudah pasti keselamatan mereka terjamin." kata Raja Gendut sambil memandang kedua-dua puterinya.

"Yeah,terima kasih ayahanda!Anakanda sayang ayahanda sangat-sangat"Tengku puteri dan Puan Kutu menjerit keriangan dan memeluk Raja Gendut.



Petang itu,puteri-puteri tersebut bertolak keluar untuk ke hutan bersama-sama pengawal diraja.Mereka berasa sangat teruja kerana ini adalah kali pertama mereka ke sana.Permaisuri Taragigi Padanmuka tahu akan pemergian puteri-puteri tersebut ke sana dan di sanalah Permaisuri Taragigi Padanmuka akan melaksanakan rancangan jahatnya.Permaisuri Taragigi Padanmuka telah menukarkan dirinya menjadi seorang nenek kebayan yang buruk rupanya.




Ketika puteri-puteri terserempak dengan Permaisuri Taragigi Padanmuka ,puteri-puteri tersebut bertegur sapa dengan permaisuri Taragigi Padanmuka yang berupa seakan nenek tua itu.

"Hai nenek,nenek buat apa di sini?Bukankah disini kawasan yang berbahaya?tegur Puan Kutu.

"Nenek sudah lama menetap di sini.Tiada apa-apa buruk pun pernah terjadi pada nenek jadi nenek tidak kisah tinggal di sini.Lagipun,nenek segan nak jumpa jejaka-jejaka kacak yang selalu mengorat nenek diluar sana itu"jawab Permaisuri Taragigi Padanmuka sambil tersipu-sipu cicak.

Tengku Puteri dan Puan Kutu hampir muntah mendengar kata-kata nenek itu.

"Anakanda berdua ini mahu ke mana?"tanya Permaisuri Taragigi Padanmuka berpura-pura tidak tahu.

"Kami datang ke sini untuk melihat binatang-binatang yang telah kami lepaskan sebelum ini."

"Kalau macam tu biar nenek bawakan kamu.Tapi sebelum tu,makanlah buah epal yang baru sahaja nenek petik ini.Masih segar."





"Terima kasih ya nek"jawab Tengku Puteri dan Puan Kutu.Mereka kemudian memberikan buah epal tersebut kepada pengawal-pengawal diraja.Mereka tidak tahu sebenarnya Permaisuri Taragigi Padanmuka telah meletakkan ubat tidur ke dalam epal-epal tersebut.Beberapa minit kemudian pengawal diraja tidur dengan nyenyaknya tanpa mereka sedari.Permaisuri Taragigi Padanmuka tersenyum jahat.Tengku puteri dan Puan Kutu menjadi pelik.Permaisuri kemudiannya membaca sihir terhadap Tengku Puteri dan Puan Kutu.

"Tan tan tut,keladi we we,sape suke kentut dia jadi kura-kura." Tiba-tiba Puan Kutu bertukar menjadi kura-kura comel.[Nampak sangat suka kentut]




"Anak cina mati masuk lorong,jadi merpatilah kau kalau suka korek hidung" Tengku Puteri bertukar menjadi merpati putih.

"Kau hanya boleh  bertukar pada pagi hari dan hanya cinta sejati yang dapat  memusnahkan sihir ini.Hahaha!"



"Puan Kutu!Apa yang sudah jadi pada kita berdua adinda?"

"Adinda tidak tahu kakanda.Adinda sudah bertukar rupa.Tetapi adinda tidak puas hati.Kenapa adinda ditukarkan menjadi kura-kura sedangkan kakanda menjadi merpati?Kakanda,bagaimana ni?Apa yang harus kita lakukan?Siapa nenek itu tadi?"

Tengku Puteri berfikir sejenak."Ayuh adinda,naik ke belakang kakanda dan kita pergi ke istana.Kita harus khabarkan perkara ini kepada ayahanda dan bonda."Mereka kemudiannya terbang ke istana.Sebaik sahaja tiba di sana Tengku Puteri hinggap di atas bahu ayahandanya.

"Ayahanda!Ayahanda!"pangil Tengku Puteri.

"Eh,merpati yang boleh bercakap.Siapa gerangan kamu duhai merpati?"kata raja

"Ini anakanda ayahnda,Tengku Puteri dan Puan Kutu."

"Anakanda?Apa sudah jadi pada anakanda sekalian.Mengapa ini terjadi?"

"Ada seorang nenek tua yang menyihir kami di hutan ayahanda.Anakanda berdua tidak tahu mahu buat apa.Anakanda hanya boleh bertukar di pagi hari saja dan anakanda tahu cara untuk memecahkan sihir ini.Dua orang jejaka perlu mencintai anakanda berdua dengan tulus.Ayahanda,bonda,tolong anakanda." kata Puan Kutu sambil menitiskan air hingusnya mengenangkan nasibnya yang malang itu.

Si permaisuri Kencing Malam yang daripada tadi berdiam diri mula bersuara "Apa kata kita meminta bantuan ibu pari Sayori Sukamura?Mungkin dia boleh membantu untuk menyembuhkan anakanda berdua.Esok,kita mesti jumpa dia.Lagipun,dia tidak mengenakan sebarang wang untuk mengubati puteri-puteri kita."



"Puteri-puteri Permaisuri harus mengubati dua orang jejaka yang berpenyakit kusta dan buta dan mencintai mereka sekiranya ingin memecahkan sihir ini."

"Apa?!" Tengku Puteri dan Puan Kutu

"Tiada  cara lain ke ibu pari?"

"Tiada.Disebabkan anakanda berdua hanya boleh bertukar pada waktu pagi,jadi anakanda berdua perlu ke sana pada waktu pagi.Ingat,jangan sesekali memberitahu jejaka tersebut yang kalian disihir."

* * * *

Satu pagi,Tengku Puteri dan Puan Kutu pergi ke bandar dimana dikatakan oleh ibu pari,di sana terdapat sebuah pondok yang di dalamnya tinggal dua orang jejaka yang berpenyakit kusta dan buta.Walaupun pada awalnya mereka berdua enggan untuk ke sana,namun dipaksa juga oleh Permaisuri Kencing Malam yang tidak sanggup melihat puteri-puterinya terseksa dengan sumpahan yang dikenakan ke atas mereka.

Sebaik sahaja Tengku Puteri tiba di sebuah pondok yang dikatakan oleh bonda mereka,mereka menegur lelaki buta yang sedang sibuk membersihkan halaman rumah.

"Selamat sejahtera tuan hamba ."

"Selamat sejahtera,siapakah gerangan yang datang ke rumah hamba ini?"kata lelaki yng buta itu.

"Patik, Tengku Puteri dan Puan Kutu.Patik ke sini bertujuan untuk membantu untuk mengubati penyakit tuan hamba dan rakan tuan hamba yang berpenyakit kusta itu."

Si lelaki buta kehairanan.Dia tidak pernah meminta sebarang pertolongan orang lain untuk menyembuhkan penyakitnya dan sahabatnya.Mungkin,dua orang wanita ini berniat baik untuk membantu.

"Maafkan hamba,tuan hamba berdua,tapi hamba tidak memerlukan sebarang bantuan untuk mengubati penyakit hamba ini.Lagipun,hamba sudah biasa dengan keadaan di sekeliling gelap tidak  bercahaya." kata lelaki buta itu tanpa menyedari dua orang wanita di hadapanya itu adalah anak kepada Raja Gendut dan Permaisuri Kencing Malam.Maklumlah,dia tidak pernah berjalan hingga ke kota demi menemani sahabatnya yang berpenyakit kusta dan dia juga tidak dapat melihat jalan memandangkan dia buta.

"Tuan hamba berdua tidak perlulah berpatik-patik segala.Hamba ini bukan daripada kerabat diraja"katanya sambil tersenyum manis membariskan giginya yang tersusun rapi.Dah macam model iklan Colgate pula!Tetapi dulu-dulu mana ada Colgate >_<

Puan Kutu terpegun dengan senyuman lelaki buta itu.Sejuk mata memandang.Manis.Jangan kata si Puan Kutu ini sudah jatuh hati!

"Tidak mengapalah.Hamba datang niat untuk membantu kerana ini adalah titah daripada raja dan permaisuri .Maaf tuan hamba kalau hamba bertanya,nama tuan hamba apa?"kata Tengku Puteri.

"Hamba,Asyraf.Kalau begitu,baiklah.Hamba terima kedatangan Tengku Puteri dan Puan Kutu.Marilah tuan hamba berdua jemput bertandang ke rumah hamba.Maaf,rumah ini biasa-biasa sahaja."

Sebaik sahaja Puan Kutu dan Tengku Puteri melangkah masuk ke pondok kecil itu,mereka terpegun kerana rumah itu kelihatan bersih dan kemas sekali.Dari jauh kelihatan seorang jejaka sedang membaca buku di kerusi malas.Lelaki itu terkejut dengan kedatangan Tengku Puteri dan Puan Kutu.

"Siapakah gerangan dua orang gadis ini Asyraf?" tanya Amir yang seketika terpana dengan kecantikkan yang dimiliki oleh Tengku Puteri.Bagaikan terjentik hatinya.

"Ini ialah Tengku Puteri dan Puan Kutu.Mereka berdua datang ke mari semata-mata untuk mengubati kita.Ini adalah arahan daripada raja dan permaisuri."kata Asyaraf.

"Salam perkenalan,hamba Amir.Terima kasih kerana sudi bersusah-payah datang ke sini tapi hamba berdua...."

"Chop!Biar hamba teka,tuan hamba mesti nak cakap 'Hamba berdua tidak memerlukan sebarang bantuan untuk megubati penyakit hamba ini.' begitu bukan?"kata Tengku Puteri menyambung ayat Amir.

"Hahaha,kelakar juga tuan hamba ini."gelak Amir.


Pagi itu dihiasi gelak tawa Tengku Puteri,Puan Kutu,Asyraf dan Amir.Permulaan perkenalan mereka.Orang putih kata 'Ice Breaking'.Sejak hari itu,setiap pagi Tengku Puteri dan Puan Kutu akan ke pondok kecil itu untuk membantu Asyaf dan Amir mengemas rumah,memasak dan bermacam-macam lagi.Dan mereka juga membawa Asyraf dan Amir bertemu dengan tabib ternama di kota Happy Ever After namun begitu usaha mereka gagal kerana penyakit mereka tidak dapat diubati.Tengku puteri dan Puan Kutu pada awalnya berputus asa,kerana dengan hanya mengubati dua orang jejaka itu sahaja sumpahan itu dapat dipecahkan.Namun mereka tetap cuba berusaha mencari jalan penyelesaiannya.

Sebenarnya mereka suka bersama dengan Asyraf dan Amir.Terasa dilayan seperti rakyat biasa walhal mereka kerabat diraja.Tengku Puteri sudah jatuh cinta dengan Amir tanpa disedarinya.Puan Kutu pula memang sejak dari awal lagi sudah mulai suka dengan Asyraf.


Satu pagi yang indah diiringan kicauan burung-burung,hembusan angin pagi yang menyegarkan.....


"Puan Kutu,hamba rasa .... sudah terbit bibit-bibit cinta dalam hati hamba ini"kata Asyraf kepada Puan Kutu

Huh?Kenapa dengan Asyraf?Bibit-bibit cinta?Aiseyhman!Puan Kutu berwajah kebingungan.Mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal .

"Erm,maksud tuan hamba apa ya?Hamba kurang faham.Hehehe."

"Haha,sebenarnya hamba suka sangat dengan tuan hamba"

"Apa?!Yes!Yes!Yes!"Puan Kutu menjerit keriangan mengalahkan ahli pasukan sorak.Terkinja-kinja seperti terlebih dos gedik.

"Hahahahaah!" Asyaraf tergelak besar sebaik sahaja mendengar kata-kata Puan Kutu.Nasib baik dia tidak dapat melihat kelakuan Puan Kutu.

"Asyraf,terima kasih.Sebab tuan hamba sumpahan itu mesti dah pecah."

"Sumpahan?"Asyaf tertanya-tanya.

"Sebenarnya hamba disumpah dengan seorang nenek tua di hutan sehingga menyebabkan hamba bertukar menjadi kura-kura dan hanya boleh menjelma menjadi manusia biasa hanya pada waktu pagi.Asyraf,hamba pun sukakan tuan hamba sangat-sangat!" jerit Puan Kutu

Tiba-tiba Asyrat berasa pening tiba-tiba dan pengsan .

"Eh,baru cakap suka dah pengsan ka?Asyraf??Asyraf!"

Mata Asyraf buka secara perlahan-lahan.Puan Kutu melambai-lambai matanya ke arah Asyraf bagaikan terlupa yang Aysraf itu buta.

"Ya Tuhan!Aku sudah boleh melihat.!"

"Huh?" Puan Kutu kaget."Macam mana boleh...???Tidak mungkin!"

"Ni Puan Kutu ke?Tuan hamba sangat cantik orangnya berbanding dengan apa yang hamba bayangkan.Sebenarnya hamba juga disumpah oleh nenek itu .Semuanya disebabkan hamba tidak mahu mengawini puterinya.Nenek itu sebenarnya Permaisuri Taragigi Padanmuka.Hamba sebenarnya Putera Asyraf dari kota Kayangan.Sudikah Puan Kutu menjadi puteri beta?"kata Putera Asyraf sambil menghulurkan tangannya.

Bagaikan mahu tercabut jantung Puan Kutu apabila menyedari Asyraf itu sebenarnya seorang putera!Dan yang paling mengejutkan ialah dia sedang melamarnya!Ah!!!Bagaikan mimpi indah,Puan Kutu menghulurkan tangannya kepada Putera Asyraf.

"Pewit!Pasangan sejoli." dari jauh kelihatan Tengku Puteri dan Amir yang sedang menyaksikan drama free di depan mata mereka.

Yang mengejut lagi,kini kulit Amir kelihatan bersih seperti orang normal padahal dia mempunyai penyakit kusta.

"Tengku Puteri,Amir?" terkejut Puan Kutu dibuatnya.

"Sebenarnya hamba pun disumpah oleh Permaisuri Taragigi Padanmuka.Hish..dahlah takde gigi,lepas tu nak paksa orang kahwin anak-anak dia pulak tu! Tak dapek den nak tolong.Sumpah ini dah pecah sebaik sahaja Tengku Puteri meluahkan perasaanya kepada hamba.Dan satu hal lagi hamba dengan Putera Asyraf adik-beradik"katanya Putera Amir tersengih kambing.

"Huh!!!"Tengku Puteri dan Puan Kutu terkejut kepalang.

"Jadi bermakna....." kata Tengku Puteri.

"Jadi maknanya kita berdua akan kahwin pada hari yang sama"kata Putera Aysraf dan Putera Amir.




Dan begitulah akhirnya.Tengku Puteri dan Puan Kutu pulang ke istana membawa pulang berita gembira dan dua orang jejaka yang bakal bertatah dihati mereka buat selama-lamanya.Perkahwinan mereke disambut meriah oleh rakyat jelata daripada dua buah kota iaitu kota Indera  dan kota KAYANGAN.



tamat?
dan semua orang tahu akhirnya bagaimana bukan?

Mereka hidup bahagia selama-lamanya.



p.s-maaf,cerita kureng menarik :p

Terima kasih kerana sudi membaca,
moga hidup anda bertambah ceria ya!

TERIMA KASIH SEJUTA LEMON~

13 comments:

  1. hahaha sya rsa awk pnya cite ni quite intersting gk.......ad sdih,ad lwak,ad ske......hahaha yg plng sya ske nme krekter yg sgat klakar.......hahaha overall i think it's a good starter and i think that you can keep it up!!!!!!!!!!
    sincerely from your friend..........
    hatith syafiq =)))))))))))

    ReplyDelete
  2. Cerita nya best lah. Setiap part demi part tu best. Nama watak pun kelakar. Hehe :D Dah lah nenek tua tu kuat sangat perasan >.<
    Cuma satu je. Nasuha kena betulkan kesalahan ejaan. Okay. Itu je. Apa-apa pun, ceritanya best !!! \(^.^)/

    ReplyDelete
  3. wah..crite fairytale la..pndai nasuha reka ye..hehe.. crite nie mmg ok gak la.. ade lawaknye, hehe..

    gud luck ye dear.. ^_^

    ReplyDelete
  4. Best..Cerita dongeng pertama lah ni...Cerpen ketiga yg Aishah sudah baca...Thx sbb join..

    *jln cerita yg menarik dan kemas

    ReplyDelete
  5. huwarghh !! cerita yang ada mcm2 inspirasi :))

    ReplyDelete
  6. Pertama sekali, tahniah! Sebab, ada daya dan usaha untuk menulis. Bagus. Menulis memang bagus asalkan kita tak mengeluh dengan kelemahan yang ada pada hasil tulisan kita. Itu penting. Sabar yang akan bantu kita meningkatkan lagi kualiti hasil tulisan kita.

    Memang menarik cerpen awak. Cuma ada beberapa kesilapan kecil seperti tertinggal huruf, tertinggal penutup kata ("...") dan lain-lain.

    Tak apa semua itu. Asalkan awak? Asalkan awak bersabar. Terus menulis dan semoga apa yang ditulis dapat menjadi salah satu medium untuk awak berbakti kepada umat manusia. Insya-Allah :)

    ReplyDelete
  7. waa ! beznye ~ hee ~~ taragigi ta thn uh , haha...

    p/s : very menarik , hee ~

    ReplyDelete
  8. menarik juga >.< namapun kelakar. Gud luck Nasuha.

    ReplyDelete
  9. haha best best. jalan cerita jelas. teknik penceritaan boleh tahan. nama watak pun kelakar. pembaca boleh enjoy hahahaha

    overall best lah, senang cerita. keep it up!! practice make perfect. kalau dah pro, nanti boleh tulis novel pulak lepas ni hehe

    ReplyDelete
  10. erm akak dah baca..nampak memula cite mcm cite dongeng biasa yang kita selalu baca..tang nama jer tukar2 tap bile baca sampai ending dia lawak rupenyer.. hehehe apepun untuk santai memang nak yang ringan2 je ..so citer nie best :) gud luck ek!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum w.b.t

    Alhamdulilah..akhir part akhir sumpahan terhapus...
    anyway, ringkas... dan menarik... pandai susun jalan cerita...ringkas tapi padat...siap bergambar..so, pembaca xbosan... memang thumbs up!
    xterfikir pulak nk wat cm gitu..

    good luck suha... <3

    ReplyDelete
  12. salam suha...
    the best cer...
    walaupun ringkas..tpi padat...dan sangat pandai susun jalan cerita...
    xterfikir lak tu...
    <3 good luck

    ReplyDelete