Saturday, January 17, 2026

Wedding di Kuantan

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Harini Cuya pergi wedding dua pupu Cuya di Kuantan Pahang. Abang Cuya yang drive ke sana.

Kami bertolak jam 9 pagi. Tiba di Kuantan masa tenghari.


Gadis ayu berkurung Kedah. Dah macam anak mami tak? Hahahah


Cuya dan ibu dalam kereta.


Abang menyelit di tengah. Oh Cuya ke sana enam orang sekali. Ada 2 abang Cuya yang ikut.


Senyum dulu baru kamu!

Tadi masa otw ke sana, lalu jugak rumah crush Cuya. Sayu hati nanti...

Ibu siap tanya " Kenapa sedih? Sebab nampak rumah dia ke?"
Cuya diam je menahan sedih di hati.

Nampak dekat rumah dia ada kerusi meja ...huhu seolah2 ada majlis yang disambut. Sedih hati ni.. apala daya.

Allah sebaik-baik perancang jalan cerita Cuya. Moga Allah kurniakan jodoh terbaik buat Cuya dunia dan akhirat.



Lauk kahwin. Amik sikit2 je sebab jaga portion.


Pelamin kahwin. Yang berkot tula dua pupu Cuya, si pengantin. Cuya tak pernah borak pon dengan dia sebab tak rapat. Ibu yang rapat dengan ayah dia.


Dapat doorgifts beras. Lepastu ada stesyen jajan so Cuya amiklah jajan banyak2. Hahahaha

Sepupu ibu bagi jugak sambal hitam, taktahu ler sebahagian drpd doorgifts ke apa.

Dalam ni pon ada doorgift beras.


Alhamdulilah, dalam kesayuan ada rezeki yang Allah sediakan buat Cuya. Senyum2 la Cuya, ada hadiah menanti kamu nanti.

Cuya ada conversation dengan ibu, mana nak cari jodoh ek? Kena online ke?

Ibu kata banyak2kan berdoa, tiba masanya akan ada juga. Ramai2 doakan Cuya kahwin pada waktu yang tepat. Cepat2lah kahwin, Cuya dah meningkat usia ni.

Taknak kahwin lambat. Kalau sekarang boleh kahwin, sekarang jugak nak kahwin 😂. Biarlah orang kata menggatal ke apa, sebab kita ada goals tersendiri.

Hellooo saya bukan muda lagi tau? 🤣 
Ingat saya sekolah lagi ke? Hahaha

Doakan Cuya ya semua! Mana tahu ada antara doa kalian dimakbul Allah.

Till then, adios amigos 👋🏻 

29 comments:

  1. Semoga Allah hadirkan jodoh baik pada waktu yang tepat buat Cuya 💐

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah hadirkan jodoh yang baik untuk cuya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya Rabb.. terima kasih ya atas doanya :)

      Delete
  3. Meriah goodies kahwin siap dapat beras. InsyaAllah ada jodoh tu nanti. KakCie dulu 27 baru bertemu jodoh tak bercinta lama pun rupanya crush masa form1 jadi jodoh. Sebelum tu memasing bercinta dengan orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungnya akhirnya berjodoh dgn crush hehe
      Kan bagus crush Cuya berjodoh dgn Cuya juga 😂

      Delete
  4. Bestnya dapat door gift macam tuh. KSarie dulu pernah dapat doorgift gula 1 kg. In sya Allah nanti ada jodoh yang terbaik untuk Cuya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best2
      Aamin ya Rabb. Terima kasih KSarie 💕

      Delete
  5. Cantiklah bekas mengkuang tu... Isinya pun best, dapat beras 👍🏻
    Cuya teruskan berdoa, sampai masanya Allah kabulkan. Dia Maha Tahu siapa dan waktu terbaik utk Cuya kahwin. Satu je Akk nak prsan, jangan lupa jemput :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshallah kak. Allah sebaik-baik pengatur. Nanti Cuya jemput akak tau, jangan tukar no fon lak hehe

      Delete
  6. Semoga yang baik² je untuk Cuya..insyaAllah, sampai masanya tiba jua

    ReplyDelete
  7. Hmmmph... lelaki kalau posing mesti buat jadi 'pis'

    ReplyDelete
  8. kalau kat thread, ada jer org buat posting cari jodoh...dunno berhasil or not tp at least one of the efforts laaa...even kalau join certain kelab mencari jodoh mcm baitul muslim/till jannah ke apa tu nama dia...ada yg berjaya cuma dlm tu ramai jugak yg tak jujur ie laki org/playboy/scammer etc ie based on yg MZ baca org share2 la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani nak cri online gitu sebab ramai yg saja test market. Kalau macam till jannah mungkin selamat sikit tapi tak sangkalak ada scammer ya? Padahal berbayar tu

      Delete
  9. ehh bestnya dapat goodies beras! kalau gabung dgn seisi rumah dapatlah semangkuk jugak kann.
    kalau nk cari jodoh online ni, memang payah sikit. saya pernah try baituljannah, siap bayar lagi eh. tapi tulah, last2 tutup jugak akaun sebab lebih prefer cari bersemuka je berbanding online.

    depends pada orang lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula cari online ni leceh gak tapi ikut oranglah. Sebab ramai je jumpa jodoh online.

      Tapi syok lagi kalau jumpa bersemuka kan

      Delete
  10. Jauh Cuya pergi makan kenduri. Seronok pergi seisi keluarga.
    Suruh orang tua Cuya je la carikan. Orang tua mesti nak yang terbaik dan nak tengok Cuya bahagia. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tua pon suruh cari sendiri hehe. Lebih selesa cari sendiri drpd org kenenkan

      Delete
  11. Semangat ya Cuyaaa, saya doakan agar dipertemukan dengan jodoh yang terbaik. Namun tidak perlu tergesa-gesa, kerana Allah pastinya sudah merancang yang terbaik.

    Doorgiftnya agak banyak juga yaaa. Seronok sungguh melihatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya Rabb
      Terima kasih ya atas doanya.

      Ya doorgift lumayan hehe

      Delete
  12. Moga dipermudah ya Cuya....kalau ada yang ke tanah suci...Cuya kirimkan doa...insya allah...selain daripada tu doa ibu, doa kawan2 yang doakan untuk Cuya tanpa Cuya mengetahuinya...., doa masa hujan turun, doa ketika Cuya rasa teraniaya...., doa ketika sujud akhir, doa masa solat hajat, doa malam lailatul qadar....Moga2 ada doa yang diangkat Allah....cuma cepat atau lambat je. Mungkin allah tangguh sebab Allah nak bagi pakej terbaik buat Cuya....

    Moga dipermudah semuanya....aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya Rabb. Terima kasih kak. Inshallah yang baik2 pasti datang tepat pada waktunya

      Delete
  13. cuya cantik manis orangnya..jangan risau rezeki jodoh maut semua Allah dah susun cantik untuk kita..dah sampai masa nanti jangan lupa jemput eh hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshallah kak
      Allah dah susun semua baik2 sahaja, kita cuma perlu lalui je kan

      Delete
  14. Insha Allah kalau dah tertulis di Luh Mahfuz, akan sampai la jodohnya nanti. Tapi Cuya kena banyak berdoa dan mungkin kena ada efforts sikit mencari kot 😅 adik saya jumpa jodoh dekat aplikasi jodoh Coffee Meets Bagel, Insha Allah hujung bulan ni dah nak menamatkan zaman bujang.

    ReplyDelete
  15. Bekas mengkuang tu cantiklah.
    Takde gambar dengan pengantin.
    Part jodoh, itu rahsia dariNYA.
    Doa buat Cuya - tak cepat, tak lambat Allah akan hadirkan jodoh buat Cuya. semua tu kan rahsiaNYA. Doa dan usaha kena seiring :)

    ReplyDelete

Followers