Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Sebelum ni Cuya ada mention, hadiah duit yang Cuya dapat hasil daripada komen blog AbeKie Cuya dah guna untuk beli suplemen kesihatan.
Jadi Cuya ada survey di internet dan terjumpa suplemen minuman ni. Jadi saja je mencuba.
Minuman ni semua suplemen berperisa dan dia ada pelbagai perisa
Perisa pertama Cuya cuba adalah perisa beri campuran. Rasa dia sedap, rasa buah buahan beri. Dia takde gula putih jadi ianya tidak menggemukkan dan selamat untuk diminum.
Yang bestnya minum ni Cuya senang lawas. Asal minum je senang membuang.
Dalam minuman ni ada ala botox untuk tegangkan kulit. Cuya baru botol pertama minum.
Cuya start minum masa 5 Jan. Setakat ni belum nampak sangat perubahan dari segi kecerahan kulit walaupun antara function dia untuk dapat kulit yang cerah.
Nanti bila Cuya dah consume lama baru Cuya share muka Cuya before and after consume.
Yang matcha ni dia boleh mengenyangkan. Pon mencerahkan kulit . Tapi macam Cuya cakap, terlalu awal untuk Cuya tengok hasilnya.
Sebab keberkesana suplemen ni berbeza untuk setiap orang. Takpe kita usahakan. Walaupun Cuya berangan nak cerahkan kulit sebab muka Cuya dah gelap.
Sedang cuba dapatkan warna kulit asal Cuya. Tangan Cuya cerah, tapi mukalak gelap. Parahhh heheh
Yolla matcha bagus untuk kulit muka berjerawat, ada tiny bumps ke kan . So sesuai la untuk Cuya sebab muka Cuya pon jenis muka ada jerawat sikit2.
Minum ni Cuya tak membuang. Yang penting rasa dia macam kat kedai.
Minum dengan ais pon tak jadi masalah.
Pokoknya tiga2 ni memang function untuk mencerahkan kulit. Orang sekarang kan suka kulit cerah. Standard beauty kat Malaysia gitu ler ekk, nak cerah baru cantik.
Padahal muka kalau cantik, ko gelap ke putih ke tetap cantikkan?
Taktahu ler Cuya baru nak cuba . Cuya makan gluta plus ni 20/1/26.
Kita nak tengok sejauh mana keberkesanan dia untuk hilangkan parut jerawat Cuya.
Function untuk baiki kulit, cerahkan dan lembabkan.
Pakai sekali sehari je. Malam karang Cuya baru nak cuba. Dia kena campur dengan moisturizer.
Nanti kalau berkesan Cuya akan share gambar sebelum dan selepas consume .
Setakat ni Cuya ada 6 botol suplemen air sebab baru topup.
Ni awal bulan 2 akan ada perisa baru iaitu Pistachio dengan kurma jadi Cuya simpan duit untuk try perisa baru
Harga sebotol ni tak mahal pon, dalam Rm30 gitu jer. Okay la affordable la kan .
2 botol tahan untuk sebulan. Tapi kadang Cuya terlebih bancuh so cepatlah habis.
Tapi Cuya minum 2 scoop Laluna pagi, 2 scoop Yolla Latte petang, 2 scoop matcha malam.
So sehari 3 kali paling max boleh minum.
Kalau minum lebih2 takut tak berkesan lak.
Pape kalau berkesan Cuya update lagi disini.
Ikutkan dah 18 hari Cuya consume . Masih terlalu awal untuk menilai.
Moga2 berkesan la untuk dapat kulit yang lebih sihat.
Till then, adios amigos 👋🏻









yg penting, make sure ada KKM esp kalau bentuk pills tu...
ReplyDeleteAlhamdulilah ada KKM dan halal
DeleteTak perasan pun Cuya ada parut?
ReplyDeleteAda parut, dalam gambar memang tak nampak. Samar2
DeleteHehe. Dulu banyak la, skrg dh kurang sebab dah jumpa doktor pakar
wahh ada yg bantu lawas jugak ehh. boleh try ni. kita jenis selalu sembelit. haru betul. semoga cuya makin cantik berseri nanti. dah nak raya ni kan hehe
ReplyDeleteAah sangat membantu lawas.
DeleteSusah kan bila sembelit...
Aamin ya rabb. Moga2 kulit makin bersih berseri. Betul, raya dah nak dekat hehe
Kalau yang berperisa berry2 tu maybe akan cuba hehe sejenis malas makan supplement.
ReplyDeleteSedap kak minuman ni.
DeleteCuya saja minum nak dapatkan kulit sihat hehe
rajin cuya..kalau kak linda..kem salam je lah..
ReplyDeleteHahaha
DeleteCuya baru2 je rajin ni. Entah angin apa sampuk tah, saja nak jaga kesihatan diri 😂
waahh rajin Cuya mkn / mnum splemen.. kite ni baru nak start rajin minum air masakk je ehehe
ReplyDeleteJiayok sister! Cuya minum suplemen ni pon kena banyak minum air masak
DeleteSemoga kesihatan berpanjangan..makan suplimen sebagai usaha mantainkan kesihatan
ReplyDeleteAamin. Semoga sihat2 selalu
Deletesemoga dapat muka glowing sebelum raya! saya pun skrg tgh trial n error skincare, so muka tgh berjerawat. menyampah betullahh.
ReplyDeletecakap pasal beauty standard, sangat tak suka bila yg putih kurus mcm bihun je slalu dianggap cantik. kulit hitam manis walaupun muka dia cantik pun kadang2 org tak suka. padahal org SEA mmg la standard hitam manis kan
Aamin! Semoga kulit Mazni sihat sentiasaa
DeleteYa kann... Yg putih ajer label cantik, padahal standard la kat Malaysia kulit gelap dan sawo matang. Kita sama2 cantik!
Cantik ni subjektif ikut mata yang memandangnya kan. Yang hitam hitam si tampuk manggis pun manis. Yang sawo matang pun lawa. Yang kuning langsat pun molek
ReplyDelete