Assalamualaikum Hello Coconuts!
Semalam abang Cuya singgah ke Jasin. Jadi dia Whatsapp Cuya tanya nak ikut dia ke Mydin ke. Jadi Cuya pon mengiyakan. Agaknya dia pon tahu adik dia suka jalan2.
Sementara menunggu abang, kita dah siap makeup. Pastu tertidur keletihan pula menunggu abang tak datang2.
Katanya sebelum Zuhur nak gerak. Last2 lepas Zuhur baru gerak.
Selfie dengan anak buah Cuya, Nailah.
Seronok dia duduk dalam troli.
Teringat Cuya masa kecik2 dulu.
Abang dgn kak ipar beli barang dapur.
Ibu cuma pesan Cuya beli sabun basuh baju dengan pencuci pinggan jer.
Lepastu Cuya adalah beli coklat Appolo.
Pastu abang belanja Cuya roti. Cuya pilih roti pizza ni. Sedap
Petang kelaparan makan masakan kak ipar Cuya. Ada sup daging dgn sambal udang. Sedapp
Ni gambar cendol beli masa kat Kuantan.
Cuya yang request nak cendol. Minum panas2 memang sedap.
Cendol Rm5
Popcorn Rm7
Sedap popcorn dia.
Tulis dekat status " Menyendol di petang hari"
Kawan2 Cuya semua reply, ingatkan tengah menyondol. 😂
Alhamdulilah atas setiap rezeki Allah beri.
Moga hari2 mendatang akan lebih baik daripada semalam.
Moga saya dimewahkan rezeki berlipat ganda yang tidak putus.
Aamin ya rabb
Till then adios amigos 👋🏻






comel je anak buah cuya tu selfie.
ReplyDeleteHaah dia rajin tersengih
Deleteyums sedapnya cendol!
ReplyDeleteSemestinya! Hehe
DeleteComelnya Nailah ...
ReplyDeleteSedapnya cendol, nikmat betul minum time cuaca panas
Yaa betul. Nikmat sungguh
DeleteWahh...Seronok dpt jln2 & jmp anak sedara =D
ReplyDeleteAlhamdulilah seronok dpt shopping sama2 hehe
DeleteDulu uncle selalu makan kat food court mydin jasin tu... masa tu anak kat uitm sana. Nasik arab dia not bad. Ada lagi ke nasik arab tu?
ReplyDeleteCuya rasa ada lagi kot kedai arab tu. Tak tengok lak bahagian situ. Cuya suka nasi ayam penyet kat situ dgn geprek
DeleteHehe apsal lambat sangat abang Cuya datang? Siap tertidur.
ReplyDeleteSeronok sesekali keluar.
Itulah.. agaknya sibuk uruskan anak2 tu yg terlewat. Hehe
DeleteYa kalau dapat keluar memang release tension
Comel je anak buah Cuya. Baiknya abang ajak Cuya jalan2 siap belanja roti & cendol 😄 part plan nak keluar sebelum zohor tapi lepas zohor baru keluar tu biasalah bila ada anak kecik, plan tu akan berubah sbb ikut timing dieorg selalunya 😅
ReplyDeleteAlhamdulilah
DeleteBetul, ada budak2 memang masa selalu lari hehe
sampai tertidur Cuya tunggu abang sampai...
ReplyDeleteTula entah apa yg letih tah haha
DeleteAlhamdulillah..punyai abang yang mahu bawa adiknya jalan-jalan
ReplyDeleteAlhamdulilah satu nikmat yg Allah beri
DeleteHahaha, baca beli-belah ni terasa macam ikut sekali jalan-jalan dengan Cuya.
ReplyDeleteSeronok tengok Nailah happy dalam troli, terus teringat zaman kecik dulu pun suka ikut orang tua shopping.
Iya Cuya dari kecik suka shopping. Tiap kali dengar perkataan shopping tegak telinga hahah
DeleteComel Nailah, seronok duduk dalam troli ya. Alhamdulillah rezeki Abang ajak keluar.
ReplyDeleteSeronok diaa
DeleteAlhamdulilah sesekali keluar dgn abang
takut ekk orang salah faham pergi menyondol pulakk
ReplyDeleteHahaha itula tu!
DeleteBila baca entry ni, terasa macam kita pun turut sama berada di situ.
ReplyDeletePart last tu, siap baca sekali lagi kot tersalah baca tapi rupanya betul - menyendol.. hahaha..
Hahaha tula ramai slh faham
DeleteHehehee biasalah tu janji kalau orang ada anak kecik camtulah.
ReplyDeleteSeronok groceries shopping kalau ada tukang bayarkan ni
Betul2.
DeleteKalau ada orang tukang bayar memang satu rahmat hehe
Nampak ada begedil dalam pinggan Cuya tu, sedapnya 😋
ReplyDeleteBagus Cuya sikit je makan nasi.
Aah bergedil. Nampak ajer ye hehe
DeleteAah tengah kurangkn pengambilan nasi, nk diet la hehe
Alhamdulillah rezeki makanan yang bayak..
ReplyDeleteTersalah satu perkataan boleh menjadi isu besar kan....menyendol...menyondol😅
ReplyDeleteSedapnya menyendol di kala panas terik..Kalau menyondol kena dalam gelap..ehhhh.hahaaha
ReplyDelete