Assalamualaikum Hello Coconuts
Otak ni selalu banyak berfikir. Tentang banyak perkara. Nak diluahkan tak mampu, nak disimpan terasa pahit.
Kadangkala kalau Cuya rajin Cuya akan ambil planner Cuya yang Cuya tulis macam diari harian. Tapi kadangkala taktahu nak tulis apa.
Bila tidur waktu malam, otak selalu taknak rehat. Terkadang tu kalau penat memang lena tidur. Memang Cuya ada masalah sendiri yang Cuya rasa tak perlu pon heboh pada satu dunia.
Tapi ibu tahu apa yang Cuya alami. Ibu jer faham perasaan anak dia macam mana. Selain Allah, ibu juga tempat Cuya mengadu. Walaupun terkadang ibu kata-kata dia pedas sedikit, tapi Cuya tahu itu cara dia sayang dan nasihat Cuya.
Letih sungguh bila kita diuji saban hari. Orang taktahu apa kita rasa. Orang luar sibuklah nasihat macam-macam tapi ibu je faham Cuya. Ibu sentiasa nak yang terbaik buat Cuya.
Cuya pon nak yang terbaik buat diri Cuya.
Last sekali Cuya cuma boleh follow the flow je. Beban yang Cuya pikul Cuya serahkan sepenuhnya pada Allah.
Orang takkan faham selagi dia tak duduk dekat tempat kita. Yalahkan, manusia mana yang tidak diuji. Semua orang ada masalah sendiri. Terkadang kita tengok orang bahagia je, itu luaran saja... Dalamannya kita tak tahu kan?
Sejak dah makin berusia ni semua macam slow ajer ya, rasa macam nak menjauhi daripada banyak perkara. Rasa taknak aktif di medsos, memang dah tak rajin macam dulu.
Kemana perginya Cuya yg dulu? 😂
Tapi blog aktif sebab tahu tak ramai yang baca. Dulu rajinlah share link, sekarang malas la. Hahaha
Kita bukan retis pon orang nak kisah pasal kita kan. Tapi betullah...dulu selalu post Ig story, TikTok... tapi sejak dah ada pemerhati terus slow down. Terus rasa insecure, tak selamat post sini sana. Ada je orang nak komen ke kita.
Dulu2 berangan juga nak jadi femes LOL 😆.
Tapi apalah syok sangat jadi famous, semua orang nak kecam. Hati kena kental. Dahlah banyak manusia jahat kat luar sana.
Ni pon Cuya taktahu ler kalau ada stalker blog Cuya ni. Mana tahu selama ni dia tengok dalam diam je blog kita. Kalau diam-diam stalk masuk minang takpe gak. Ehh? 🤣 Kesitu pulak kita







Banyak sisi buruk berbanding sisi baik bila jadi terkenal. Lebih elok kita jadi biasa-biasa je, hidup tanpa tekanan dan sangkaan orang.
ReplyDeleteOrang memang susah nak faham kita, jadi kita memang kena minta tolong dan berserah diri pada Allah. Moga apa pun masalah Cuya, akan bertemu penyelesaian terbaik ya.
Betul, banyak sisi buruk.
DeleteAamin terima kasih kak atas doanya 🤗
Dekatkan diri dengan pencipta.. Pasti akan lebih tenang. Nasihat untuk diri sendiri juga sebenarnya.
ReplyDeleteInshallah hanya dengan Allah hati akan lebih tenang kan
DeleteBoleh kembangkan karekter ni jadi animasi ni... comel
ReplyDeleteHahaha tak pandai la buat animasi. Teringin juga
DeleteTake care tau. Moga sentiasa dipermudah kan semua urusan Cuya.
ReplyDeleteAamin ya rabb. Terima kasih kak
DeleteBetul tu, kalau jadi pemes hati memang kena extra kental punya. Cheq pun takmau jd pemes 🥹
ReplyDeleteKann kena kental habis
Deletesetiap perkara yang kita pilih pasti akan menuntut pengorbanan. nak famous, maka bersedialah utk korbankan privasi kita...
ReplyDeletenak syurga maka kena laa berkorban melawan hawa nafsu... dan begitulah seterusnya...
Betul, semuanya perlu pengorbanan
DeleteBetul, akak juga rasa macam tu. Tak perlu kongsi di media sosial. Biar Allah saja yang tahu. Semoga Cuya baik-baik dan bahagia selalu. 🤗
ReplyDeleteAamin terima kasih kak 💕
DeleteKalau dengan melukis boleh hilangkan stress, bagus sangat tu.
ReplyDeleteSemoga yang baik² buat Cuya.
Kadang2 je rajin lukis... Terkadang tu malas jugk hehe
DeleteJadi terkenal ni ada pro and cons juga kan....buat apa yang Cuya suka....memang terkadang cakap tu senang je...yang alami tu kita....kita yang kena hadap kan....tapi setiap orang ada je kisahnya tersendiri...nampak bahagia kat situ tapi tak bahagia kat sini pulak....apa apa sis doa yang baik2 untuk Cuya ya.
ReplyDeleteMakin berumur sis dah keluar banyak whatsapp group. Rasa lagi tenang je. Nak aktif pun kat IG je selain blog. Lain2 tak aktif....
Aamin... Ya serabut kan kalau banyak group ws. Nasib baik group ws Cuya tak aktif, jadi takdela berbunyi
DeleteMZ doakan yg terbak utk cuya. sending virtual hugs #hugs
ReplyDeleteAamin terima kasih MZ. #HUGS
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan cuya
ReplyDeleteAamin ya Rabb. Masehh Rabia
Deletemoga dipermudahkan urusan cuya. bestnya pandai melukis. dapat luah perasaan dengan lukisan juga dan jadi terapi minda
ReplyDeleteAamin ya Rabb. Ya Cuya sesekali je melukis hehe
Delete