Friday, December 12, 2025

Aturan Allah itu Maha Baik

Assalamualaikum Hello Coconuts 

Jam sudah menunjukkan pukul 2.41 pagi. Cuya masih belum melelapkan mata, ralit melihat Tiktok.

Bagusnya TikTok Cuya malam ni banyak motivasi agama yang lalu fyp ( For You Page). Ada tu yang menyentuh hati.

Terkadang tu Cuya seringkali persoalkan kepada Tuhan, kenapa aku diuji sebegini? Hati memaksa diri untuk bersangka baik dengan Tuhan. Terasa macam diri ni tak bersyukur dengan ketentuanNya.

Kadang tu berteleku atas sejadah, menangis merayu pada Allah agar keluarkan Cuya daripada segala kesulitan dunia ini.

Penat ya Allah, aku penat dengan perasaan ini. Selalu tertanya, apa sebenarnya Allah nak hadiahkan pada aku? Apa sebenarnya yang Kau rancang untuk aku ya Allah?

Semuanya masih menjadi rahsia. Dan sebagai manusia, Cuya tak kisah nak bersedih, nak menangis depan Allah sebab Allah saja yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Cuya tahu Allah adalah sebaik-baik pengatur untuk hidup Cuya, malah hidup kalian sekalipon. Namun kita semua tak lari daripada diuji bukan?

Tapi cukuplah meluah pada manusia yang tahu hanya menyakitkan hati, lebih baik meluahkan pada Allah yang sentiasa mendengari isi hati.

Nak tulis dalam blog ni pon sebab tiba2 terasa nak menaip. Mana tahu Google Adsense makin naik. ๐Ÿ˜‚

Sejak dah habis belajar ni, spark happiness tu macam dah kurang. Ke sebab kawan-kawan dah bawa haluan masing-masing ek?
Bosan juga hidup takde kawan nak berborak sangat. I mean kawan yang sama energy dengan kita, kawan sebaya yang boleh ajak borak.

Kebanyakkan kawan Cuya ramai dah berkahwin. Jadi Cuya takdelah kacau memandangkan masing masing dah ada life masing masing.

Nak kacau crush? Hermmm Entahlah nokk. Dia tak sedar kewujudan Cuya yang selalu ingat kat dia. Cuya baca dekat Tiktok, biarlah masa yang menentukan hati kita untuk move on. Memang kena rasa sakit dulu baru boleh move on walaupun terkadang ambil masa bertahun lamanya.

Cuya selalu doa, andainya dia terbaik untuk agamaku, kehidupanku, dunia dan akhiratku maka permudahkan untuk kami disatukan. Tapi seandainya dia bukan yang terbaik buatku maka pisahkanlah hati aku daripada dia, tenangkan hatiku dan campakkan rasa reda dalam diri ini.

Kalau bukan jodoh Cuya, kenapa perlu Allah campakkan rasa sayang ni lama-lama? Dah nak masuk tahun baru ni, patut azam kena baru. Kena improve diri jadi lebih baik. Dah taknak dah cinta yang sia-sia ni.

Apapon Allah Maha Baik. Atas kenapa dia hadirkan seseorang dalam hidup kita pasti ada tujuannya. Terima kasih ya Allah atas setiap perasaan sayang dan cinta aku ini untuk manusia. Aku menanti hadiah daripadaMu.


Moga Allah kembalikan Cuya yang ceria macam dulu. Taknak sedih lama-lama. Penat ya Allah sedih sedih ni.
Life is too short to be sad ๐Ÿ˜ 

Till then adios amigos ๐Ÿ‘‹๐Ÿป 

27 comments:

  1. ALLAHUMMA SOLLIALA SAYYIDINA MUHAMMAD

    ReplyDelete
  2. semoga yang baik2 je untuk cuya. keep strong!

    ReplyDelete
  3. cheer up! kena cari hobi baru yg cuya betul2 enjoy dan make new friends, new circle... dulu2, masa MZ bujang dan time tu most friends dh kawin, MZ join gym, so dpt kawan2 kat gym (semua girls)...dan masa MZ aktif ber gym lah MZ dpt call perkenalan dari my hubby sekrg, tp tak de kaitan dgn perkenalan kat gym pun, MZ kenal suami MZ melalui third party (asbab utk kenal)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah i wish Cuya boleh buat aktiviti luar tapi tak berkesempatan.
      Hehe .

      Delete
  4. Replies
    1. Inshallah memang harap ad aktiviti baru boleh dibuat tapi peluang tu takde lagi buat masa sekarang. Seronok lagi kalau keluar

      Delete
  5. semoga dipermudahkan urusan cuya... awak cantik tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin... Alhamdulillah semua ni pinjaman daripada Allah hehe

      Delete
  6. New year new you Cuya!
    Cari balik energi & positivity yg hilang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly! Kena cari balik positiviti yg lama dan bina diri yang baru hehe

      Delete
  7. Malam-malam sebelum tidur saya suka dengar ceramah agama kat you tube

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya suka tgk2 video ceramah dekat tiktok. Dulu² ada jugak tengok dekat youtube

      Delete
  8. Rekaks2 sahaja dan jangan over thinking. Bagus dapat mengadu dengan Allah, itu yang dia mahu iaitu sentiasa kembali kepadaNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, hari2 kalau diuji tu tanda Allah nak kita kembali padaNya

      Delete
  9. Cuya dah buat benda betul dah tu. Mengadu pada Allah. Hanya Dia tahu apa terbaik untuk setiap hambaNya. Fokus pada diri sendiri la, buat masa ini, Cuya. Belajar benda baru, buat benda yang orang dah kahwin tak boleh buat, enjoy hidup solo. Akak doakan semoga Cuya happy-happy dan hati tenang selalu. Aminn....๐Ÿคฒ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin... Sekarang tengah fokus bahagiakan diri sendiri dulu.

      Aamin ya rabb .. terima kasih kak ๐Ÿ’•

      Delete
  10. moga dipermudahkan urusan cuya. insyaAllah tahun baru nanti pasti lebih baik dari sekarang. doa dan yakin pada ketentuan Allah bahawa segala usaha kita pasti ada ganjarannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin inshallah
      Semoga yang baik2 saja untuk Cuya

      Delete
  11. Bak kata Saidina Umar Al-Khattab "Pada akhirnya takdir Allah selalu baik walau terkadang perlu air mata untuk menerimanya". Semoga yang baik-baik untuk Cuya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. kadang2 memang perlu air mata untuk lalui ujian daripada Allah. Allah tahu apa yg terbaik untuk kita, maka teruslah berjalan ditemani Allah disisi. Aamin ya Rabb. Terima kasih kak ๐Ÿ’•

      Delete
  12. semoga cuya dikurniakan jodoh lelaki yg soleh. samala kita geng2 single menunggu jodoh gak ni cuya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga doa berbalik pada Mazni. Sama2 la kita menunggu heheh

      Delete
  13. Moga rutin harian Cuya dipermudahkanNYA. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  14. Banyakkan bersabar apabila ada ujian ya..tak apa ada lagi yang lain yang lebih baik..yakin Allah dah atur yang terbaik untuk Cuya ya..

    ReplyDelete

Followers