Pages

Tuesday, April 30, 2024

Aku Sudah Meningkat Dewasa





Sedikit penulisan dalam notes Cuya


Cuya semakin tuaaaa πŸ₯ΊπŸ₯Ί






Monday, April 29, 2024

Menang Giveaway Mommy EEZ

Assalamualaikum hello coconuts!

Alhamdulillah haritu Cuya ada join giveaway drpd Mommy EEZ


Alhamdulillah Cuya ada menang hadiah dan hadiah pon dah sampai.






Alhamdulillah, dapat pulak warna favourite. Merah makngah gituuu

Moga Allah merahmati dan memurahkan rezeki Mommy Eez. Terima kasih sebab anjurkan giveaway!


Moga hadiah ini akan membawa manfaat yang baik.

Thursday, April 25, 2024

Bagaimana Personaliti Orang Yang Kaya?



Kamu ke 'Orang Kaya' itu?
Moga tergolong dalam kategori begitu.

P.s- Screenshot status sendiri je.. hehe

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sejak raya menjelma, lama sudah Cuya tak menulis dalam blog kan.

BTW, tak terlambat untuk Cuya ucapkan SELAMAT HARI RAYA! Raya kan sebulan XD


Kuih raya sekelip mata nak habis guys... lesapp.. hahahah.. Tukang makan ramai nau! =P


Cuya tak tahu nak bebel apa. sebab esok ada event dekat tempat kerja. So Cuya share gambar raya jela ehh. Dan tahun ni sebenarnya tahun yang pertama Cuya solat raya selepas bertahun tak dapat gi sembahyang raya. Alhamdulilah.. heheh



Sedondon di pagi rayaaa


Ni kucing Cuya, dia datang masa bulan puasa.

Nama dia Rezeki.
Ibu yang bagi nama tu, ibu kata moga2 ada rezeki untuk Cuya mendatang. hehhe

Nama english dia Ricky. Nama sepanyol dia Marco. HAHAH.. 
Kemahen banyak nama ekkk


Ni kawan sekerja Cuya masa di Mini ASEAN datang menjenguk.
Masheh mira datang umah Cuya!


Rumah nenek Cuya akan sentiasa jadi port untuk bergambar. heheh



Maaf Zahir Batin semuanya!

Maafkan Cuya andai ada mengguris hati sesiapa. Kosong kosong ya!


P/S - Raya tahun ni tak dapat berkumpul semua sebab semua jauh dan kerja...  hhuhuu Sebab tu takde gambar keluarga





Monday, April 8, 2024

Jadilah Raya Kalini~

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Alhamdulilah, nampaknya esok hari terakhir untuk kita sebagai umat Islam berpuasa. Moga Ramadan kita pada tahun ni membawa manfaat yang paling bermakna buat kita semua. Dan moga puasa dan ibadah  kita diterima oleh Allah dan bakal menjanjikan syurga yang abadi untuk kita dan semua umat Islam.


Ni raya pon pejam celik pejam celik je ni, tuptup orang dah bertakbir. Selamat Hari Raya in advance kepada semua pembaca blog Cuya! Seronoklah ya nak raya? Korang kuih raya dah buat belum, ke pakai kuih tunjuk macam Cuya? Ehehehe

Cerita pasal kuih, Ibu Cuya dah beli dah macam-macam kuih. Harga kemahen mahal ya kuih raya tahun ni. Tutup mata je la masa bayar. Nak buat cam mane, kita pon nak hidang tetamu dengan kuih raya. Sebab family Cuya bukan jenis nak memasak untuk semua orang sebab kita pon tak cukup tangan. Yang datang pula ramai, memang idok ler Cuya nak bersilat kat dapur. 

Sesetengah orang dia boleh masak dalam kuantiti banyak kan,  kitaorang paling2 kalau nak hidang pon nasi empit, kuah kacang dan rendang.

Cuya kalau boleh booking hotel masa raya, lebih rela tidur hotel dengan family. Kadang2 raya ni pon memenatkan πŸ˜‚πŸ˜‚ Bukan tak suka orang datang, tapi bayangkan la....

Cuya berdua dengan ibu, tetamu yang datang tu family besar. Lepas satu family, datang family lain. Wehh tak terlayannn . Kita pula family semua jenis duduk dekat2 je satu kampung.

Cuya la hidangkan kuih, Cuyalah hidangkan air, Cuyalah cuci pinggan.. dah kita je anak perempuan. Niaya pak karimmmm.. HAHAHHA Best kalau kakak ipar Cuya ada, baru ringan sikit beban.

Siapa-siapa yang pernah merasa situasi macam ni, faham ler maksud Cuya kan.


Okay, papepon Cuya nak share kuih apa ibu beli tahun ni.



Tudiaaaaaa


Muruku  Pedas dan Cheese






Kuih Ros


Rempeyek


Samperit


Tart Nenas dan Biskut Kelapa


Nuttela Pod

Yang ni Cuya order. Dah rasmi dah.. hehe


Chocolate Chips Macadamia

Cuya yang jadi si tukang pick up kuih2 ni. Bila Cuya amik kuih2 ni, Maklong Cuya pon bersuara

"Jadilah rayaaa"


Pastu nenek sedara Cuya pon cakap

" Jadilah rayaaa"


Semua duk cakap benda samaa..  Tu yang jadi headline post harini. Hhahahha


Pastu Cuya repeat beli coklat arab ingatkan nak bagi anak buah rasa.


Sedap! Beli pon ada dapat diskaun...

Ayah Cuya dah rasmikan coklat ni. Dia memang... laju  jer!

Asik suruh Cuya buka kotak ni sebab dia nak makan. Hahaha


Esok nak mulakan misi blend lada dan kacang.


Korang lak cane? Apa preparation raya kali ni? :D


Sunday, April 7, 2024

Organizer Kosmetik Murah


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Cuya tak sempat nak balas komen2 di blog dan blogwalking. Nanti Cuya free Cuya update, sebab sekarang sedang menggunakan telefon bimbit sahaja . Hehe

Pasal entri Cuya yang sedih sebelum ni anggaplah turun naik kehidupan. Realiti kehidupan kita takkan sentiasa happy betul tak?

Btw, semalam baru terima parcel. Dah lama teringin nak beli baru sekarang Allah makbulkan. Alhamdulillah...


Besar parcel diaa


Tadaa! Pink kaler tuu . Peminat pink hadir!
Depan dia ada tiga laci.
Yang plastik transparent tu boleh buka macam bekas roti. Depan belakang boleh buka.


Ni dari sisi belakang
Nampak tak ada tombol kecil tu.


Kejadian lepas dah letak barang semua 
So meja akan nampak lebih kemas.
Skincare atau apa2 barang pon tidak akan berhabuk.

Selama ni Cuya pakai bekas biasa je beli kt ecoshop. Ada rezeki lebih dapatlah beli yang ni .


Ibu kata baik letak roti dengan gula2 dalam ni 
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Banyak cantik! =P




Ada beberapa pilihan warna kalau korang berminat.

Apa2 pon puas hati 

Adios amigos!

Wednesday, April 3, 2024

Apakah erti kebahagiaan buatmu?



Kalau diajukan soalan kepada diri kita, 

" Apakah perkara yang akan membuat dirimu bahagia pada saat ini?"

Apa yang mungkin kamu jawab?


Saat ini, Cuya kehilangan kata.Tangan menjadi kaku untuk menaip papan kekunci.
Cuya jadi terfikir, apa sebenarnya yang membuat aku bahagia ya?

Dapat duit ke?
Dapat duduk dengan family?
Dapat makan sedap?

Kebahagiaan yang macam mana Cuya nak kecapi? 
Apa sebenarnya erti kebahagiaan?

Sebenarnya topik ni adalah random. Tapi jauh di sudut hati Cuya, bagai ada satu kekosongan.
Cuya selalu nampak happy, seronok sebab apa?
Sebab kesedihan Cuya susah untuk tunjukkan pada orang lain.
Cuya tak suka orang tengok Cuya sedih, lemah..
Kesedihan Cuya selalu simpan sorang-sorang.

Betul lah agaknya bila orang cakap, orang yang kita selalu nampak happy dan bahagia itu adalah orang yang paling sedih pabila sendiri. Hahaha

Jarang sekalikan Cuya bercerita tentang diri. 
Cuya tak tahu nak cerita pada siapa bila Cuya sedih. Nak cerita pada ibu tak mampu, pada kawan pon tak mampu.

Allah je tahu hati Cuya bila sakit macam mana. Bila menaip ni pon, ada mutiara2 halus yang muncul di bibit mata. Hahahha kelakarnya kau ni Cuya. Cengeng! 

Ingatkan selama ni kau kuat, rupanya hati rapuh... 

Ya, aku tak pernah kuat pon selama ni. Allah yang tiupkan kekuatan untuk aku kuat sehingga saat ini.

Sakit ya meningkat dewasa ni? Banyak yang Allah uji. Tapi Cuya yakin, kita diuji sebab kita mampu. Allah mesti nak beri ganjaran untuk kita. Mungkin Allah nak makbulkan doa-doa kita dengan cara memberi ujian.

Semua orang ada ujian tersendiri. Kita nampak dengan tak nampak je.

Semakin dewasa, semakin rasa diri ni sensitif. Kenapa ya? Kenapa hati tisu sangat ya?


Cuya pernah kata, Cuya nak jadi dewasa sebab dapat rasa semua jenis perasaan. 
Jadi budak-budak tak rasa apa, cuma seronok je.
Agaknya termakan dengan kata-kata sendiri. Rasakann... hahhahahha 


Moga segala kesedihan kita akan ditarik dan digantikan dengan kebahagiaan yang abadi.


Tuesday, April 2, 2024

Bukan Tercipta Untukku



Tiada siapa pernah tahu isi hatiku yang sebenar,
Ia terisi dengan namamu,
Tapi tidak pernah aku bicara tentangmu pada yang lain,
Cuma Tuhan tahu tentang kamu,

Tika  malam melabuh tirai,
Aku sering menyebut namamu di hadapan Tuhan,
Aku menadah tangan ke langit,
Mendoakan mu,
Mengharapkan kebahagiaan buatmu dunia dan akhirat.

Mungkin kamu saja yang tidak menyedari ,
Aku sentiasa ada disini untukmu,
Walaupun hakikatnya kita terlalu jauh,
Tidak  bertegur sapa seperti selalu,
Aku reda Tuhan mengambil kamu daripada aku.

Dan kerana itu aku lepaskan kamu kerana Allah.
Jaga diri baik-baik sayang...




Monday, April 1, 2024

Bisikan Rindu










p.s - Adikmu ini romantik orangnya ya? πŸ˜‚