Pages

Wednesday, August 16, 2023

Dak Cuya Si Penuh Ekspresi








Dak Cuya yang memang suka buat ekspresi muka setiap kali bergambar 😂



Assalamualaikum, Hello Coconuts! Kesibukan training menyebabkan Cuya tak menyempat nak blogwalking ke blog orang lain. Ampun! Ya, Cuya training online untuk kerja. Sebenarnya malas nak cakap, tapi memandangkan yang baca blog Cuya bukanlah daripada kalangan kawan-kawan belajar, so Cuya share aje la.

Risau juga ada stalker ke apa. HAHAHA overthinking betul! Overall training berjalan dengan sangat baik. Macam biasa, tak sah lah kalau seketul Cuya tidak aktif dalam kelas. Memang muka kita ni banyak berbicara dan menyampuk masa dalam kelas.

Yalah, kita taknak mengantuk jadi kita aktiflah dalam kelas. Dah kita pulak jenis peramah and banyak idea, so kongsi jela dengan kelas apa-apa yang kita tahu. Seketul Cuya kan tak boleh duduk diam, otak asyik berjalan je. Eheks!

Cuya suka suasana belajar, alhamdulilah ada training ni maknanya Cuya belajar benda baru. Seronok! Walaupun kadang-kadang mengantuk sebab pagi-pagi dah ada talk, tapi Cuya gigihkan diri juga. Sebab tu pekena kopi pagi-pagi ni .


Next week Cuya akan pergi training ke Kelana Jaya pula. Tak sabarnya nak jumpa kawan baru! Excited nyahhhhh  hahahhah

Baru-baru ni Cuya belajar tentang Creative thinking and analytical thinking. Bila trainer Cuya share pasal ciri-ciri creative thinker, 

Dia kata seorang creative thinker adalah;

  • Enjoy
  • Nak chill
  • Sometime very childlish
  • Open minded
  • Tak suka ikut peraturan
baru Cuya macam...OOhhh patutlah aku macam ni macam tu... LOL! Patutlah Cuya suka have fun and taknak stress-stress.

Kalau seorang analytical thinker :

  • Seorang yang serious
  • Suka analisis data
  • Orang yang selalu ikut peraturan
  • Tak kreatif

Lagi satu trainer share, kalau seseorang pandai menari maknanya dia adalah seorang yang kreatif dan boleh tolong selesaikan masalah orang lain.

Kalau dia tak pandai menari, jangan hantar dia untuk pergi selesaikan masalah orang.


Dapat sesuatu? Follow for more! (Acah dak2 tiktok promote video. Eheks!)


P.s-So korang yang mana satu?




33 comments:

  1. morning cuya!! selamat ber'training'!!! MA pun kalau x kena gaya, x kena topic nya & x de coffee..masa training/ kursus..memang ngantuks la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Morning mummy! Thanks! Kannn...coffee for life... hehehehe

      Delete
  2. Kakak Cuya sama je mcm kyra anak ammi. Kadang2 penuh gallery fon ammi dek muka dia yg mcm2 expression

    ReplyDelete
  3. Semangat yaa..semoga training nya lancar"aja...bisa ekpresi wajah macam"tentulah orangnya ceria..ya gak sih😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin... iya orangnya happy go lucky gituu >_<

      Delete
  4. Boleh buat reference untuk sketch ni....

    ReplyDelete
  5. Takde fix yang mana sebab mixture of analytical and creative thinker.

    ReplyDelete
  6. saya jenis deep thinking dan suka berimaginasi..adakah ini termasuk dalam pemikiran kreatif juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga... orang yang pandai berimaginasi ni pon memg kreatif orgnya..

      Delete
  7. Selamat bertraining yeahhhh! Enjoy!! Kemain kaki selfie ek 😄

    Err, tah ek...nak cakap reti menari tu.. menari camne 😂 Joget kelibut bolehlahhh 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selfie bila ada mood je... hehehe
      Cuya pon pandai menari... tapi menari kasi hentam je.. kikiki

      Delete
  8. good info cuya... share lg boleh? suka kalau bab personaliti ni... kalau akak ni mmg seorg analytical thinker... dan benda yg akak nk sgt belajar tp x pandai ialah menari... hahaha... kita tgk org menari je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak, nanti Cuya share pasal test personaliti yang lain. :)

      Delete
  9. kalau online la yang paling tak fokus haha sebab macam2 dugaan dia salah satunya adalah mengantuk hahaha...
    ntah la kalau akak kan, akak pun bukan jenis orang yang suka stress-stress, cuma enjoy je hidup ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah online susah sikit nak fokus. Cuya pon selalu hilang fokus.. hehehe

      Yang penting enjoy kan kak :)

      Delete
  10. Selamat ber training ye cuya.. banyak ilmu baru dapat masa training macam ini kan..

    ReplyDelete
  11. kemain lagi berselfie yaaa

    selamat ber training...nnt cari laa mknn2 sedap kat kelana jaya tu...terjah 1UTama sekali...dekat dah tu kalau naik LRT ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat tu kak nak jalan, sebab malam pon ada training
      Siang malam hah....kesian 😂

      Delete
  12. selamat menimba ilmu baharu semasa training tu...kena fokus tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, Cuya akan buat yg terbaik 🤗

      Delete
  13. Selamat berkursus
    Dapat ilmu baru, dapat rakan2 baru

    ReplyDelete
  14. akak rasa, akak analytical thinker..

    ReplyDelete