Pages

Friday, April 24, 2026

Hasil Kumpul Coins Di Shopee Setakat Harini

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Pada entri yang lepas, Cuya ada share cara untuk kumpul coins di Shopee.



Harini Cuya nak tunjuk hasil Cuya kumpul coins setelah beberapa hari.


Nampak tak kegigihan Cuya nak dapatkan diskaun? LOL.

Ni hasil setelah main game, browse video dan live shopee. Kalau tengok live memang menguntungkan. Banyak coins dia bagi.

Tapi kadang-kadang tu Cuya mainkan sahaja live dia, tangan sebelah tengok phone lain 😂. Kira dekat Cuya ada dua phone la. Multitask gitchuuu 😝

Every cent counts! Setiap sen tersangat bernilai.

Tanpa 1 sen, tak mungkin jadi seringgit 
Tanpa 1 sen, tak mungkin jadi Rm100.
Betul tak?

Hargai duit anda 🤣

Kalau boleh diskaun, kenapa perlu bayar lebih? (Baca dengan nada iklan tv) 
Hehe

Cuya planning nak shopping nanti, itu pasal lah gigih kumpul coins. Seronok pula bila tengok coins makin bertambah. Usaha tak mengkhianati hasil.. ahhh gitchuuu 😝 

Cuya tengok rata-rata komen memang shopping di Shopee yaa. Senang sekarang dunia hujung jari. Apa-apa kita nak semuanya ada. Alhamdulilah atas rezeki Allah beri yang tiada habisnya.

Syukur...

Till then, adios amigos 👋🏻 

23 comments:

  1. kakcie selalu sampai ratus2 je terus guna. pernah jugak main games kalau ada masa. selain dari tu coin dari check in & review je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya pon sama dulu2 ada coins terus pakai. Bukan jenis mengumpul. Lately ni je rasa nak kumpul. Tak sangka lak mudah saja. Cuma kena banyak bersabar

      Delete
  2. adik MA pun suka join ni...siap ajak kitaorg lagi join 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah yekee.. seronok dia kumpul coins ya

      Delete
  3. Akak pun suka jugak kumpul coin kalau free, nnt kalau shopping tolak coin.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Wow, gigihhh Cuya, haha. Banyak diskaun nihh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah bolehla, lepaslah nak beli nasi goreng. Hehe

      Delete
  5. Salut lah, Cuya gigih mengumpulkan koin nya 😄👍👍👍. Saya sering tak ingat kalau soal coins ini. Apalagi jika hrs check in tiap hari. Lupaaa 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nak konsisten bukan senang kann. Hehe

      Delete
  6. Uish, banyaknya!
    Kita dah nampak 3 angka, terus redeem huhuhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe redeem jer.. sebab kan ada tamat tempoh hehe

      Delete
  7. Warga emas macam wak ni dah tak terjebak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham sangat. Sebab bukan zaman wak kan.. hehe

      Delete
  8. Warga emas macam wak ni dah tak terjebak

    ReplyDelete
  9. lajunya cuya hadap live ngan main game berhari2 boleh dpt 2k?? saya nak kumpul 1k pun susah tau. hari2 selalu check in tapi berapa jelah sangat. tunggu beli barang n redeem coins jela baru dpt lebih sikit huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok live konsisten nanti dia bagi gifts bentuk coins. Kadang2 terus dapat 100 coins sebab tu cepat saya punya coins naik. Yang penting senanya kena konsisten.

      Dia memang kena tengok live lama2, nanti akan ada hadiah lain menyusul. Senanya saya dapat banyak drpd live la. Kuncinya konsisten.

      Delete
  10. waaa byknyaaa MZ kalau kumpul2 ni. paling byk pun ratus jer coin kdg2 50 coins jer kumpul then terus guna time nak beli apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya memang gitu la orang buatkan. Cuya kumpul untuk next shopping sebab nak beli kuantiti banyak. Senang dapat diskaun sekali banyak boleh tolak

      Delete