Pages

Thursday, April 23, 2026

Instant Luna Mariyam

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Semalam Cuya baru sahaja menerima bungkusan pembelian tudung baru Cuya. Bayangkan, last Cuya beli tudung masa tahun 2023! Masa konvo tuu.. lama kan?

Cuya tak membeli tudung sangat sebab Cuya dah sedia mewah dengan tudung pemberian orang lain. Alhamdulilah... 

Tak membeli pon ada orang bagi. Tula rezeki tu Allah dah atur kan..

Baru-baru ni Cuya beli tudung bawal sarung instant atau nama lain dia Instant Luna Mariyam oleh Tudung Ekslusif.


Cuya beli 4 helai tudung instant. Harga asalnya Rm10.49 . Dia bidang 50. Sengaja Cuya beli labuh2, senang kalau nak buat style lain.

Tudung ni berjahit tengah, so tinggal sarung dan ada 2 layer


Dulu zaman diploma Cuya ada satu tudung sarung macam ni beli dekat depan Poli Merlimau masa tu ada pasar jual beli .

Best tudung sarung macam ni. Senang nak pakai.



Ni warna-warna yang Cuya beli. Sengaja beli warna yang selamat pakai dan senang matching dengan semua baju. Next time kalau nak beli warna lain boleh consider brand ni .



Ni Cuya pakai off white. Warna macam putih kekuningan sikit.  Tapi warna yang macam ni kena pakai inner neck sebab jarang sikit .

Yang penting awning mudah bentuk.
Dah macam budak sekolah menengah pula sekali pandang. 😂 




Warna purple belacan. Macam warna grey gelap 



Warna pink peach. Warna lebih kurang warna nude. Tak nampak sangat pink dia .


Last sekali warna hitam. Tudung ni memang labuh sebab Cuya pilih semua bidang 50, memang tutup pusat.

Tapi kalau kita pandai styling kan, takde la labuh pon. Just nice.

Tudung ni antara harga yg paling murah Cuya jumpa dekat TikTok. Walaupun tak ramai sangat pembeli, tapi berbaloi dengan harga dia. Ada Cuya jumpa tudung yang sama harga mencecah Rm20+. Tersangat jauh beza.

Tapi kedai tu ramai orang beli sebab dia ada tudung saiz XS , S, M, L jadi banyak la pilihan.

Kan rata- rata orang Malaysia kan suka pakai tudung yang saiz dia sederhana kecil. Kalau beli labuh2 sahaja nak label orang tu ustazah 😂 

Bagi Cuya, tak kisahlah seseorang tu bertudung pendek ke labuh ke ataupun tak bertudung langsung , yang penting connection kita dengan Tuhan mesti kena baik.

Hati mesti kena baik. Memang orang kata pakaian tu cerminan diri, namun begitu kita sebagai manusia tidak layak sesekali untuk judge seseorang hanya daripada luaran sahaja betul tak?

Moga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua supaya sentiasa menjaga dan memperbaiki diri agar menjadi manusia yang lebih baik.

Jaga hati jaga iman, inshallah Allah sayang lebih!

Till then, adios amigos 👋🏻 

16 comments:

  1. Replies
    1. Sesekali tudung sarung function jugaa. Lagi2 time malas nak menggosok sangat dan nak jimat masa

      Delete
  2. Cuya ada beg kuning ke kat TT? Apa nama TT, boleh akak shopping apa yg perlu kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Tapi Cuya tak banyak sangat barang jual kat sana. Tapi kalau akak nak tengok, search je @nacuyaa.
      Nanti akak skroll jela TikTok Cuya tu ya.

      Delete
  3. Murah harga tudung tu, memang berbaloi la Cuya beli sbb tudung labuh 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Walaupun labuh, harga dia takdelah mahal. Kena pandai cari kedai dan gunakan bonus yg dpt daripada Tiktok untuk lebih penjimatan.

      Delete
  4. Uncle rasa uncle tak pernah beli tudung....
    Eh? Hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naluri Cuya juga mengatakan begitu pada uncle. Eh? 😂

      Delete
  5. Tudung bawal sarung kan, Faa mula2 pakai tudung pun pakai jenis hat ni. Terletak elok. Tak ingat jenama apa tapi ada lambang crown kat hujung tudung depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kan tudung macam ni. Siap cepat je dan less iron

      Delete
  6. Eh kok jadi tertarik saya 😍😍. Macam mudah jadi pakainya. Di sini yg instan, rata2 dari kaos, jersey, chiffon. Blm ada yg bawal lah. Nak cari lah saat ke KL nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang material bawal biasa ada juga rasanya. Tapi yang Cuya beli ni Chiffon juga. Belum pernah beli yang material bawal yang biasa.

      Sekarang ni bawal pon banyak jenis material kan

      Delete
  7. tudung sarung ni nampak mcm kne gosok je. awning dia mcm bawal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang kena gosok sikit. Tapi senang jer. Yang penting bila pakai cepat siap dan tak mudah renyuk

      Delete
  8. kebetulan MZ pun ada beli tudung instant ie shawl chiffon..senang nak pakai sbb dh jahit siap2 kat area muka dan ada getah jugak..cuma tak sure sesuai ker tak dgn muka MZ sbb MZ jenis berbawal ajer ke mana2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe boleh try dulu. Lagipon MZ tak beli banyak kan? Kita try and error saja dulu

      Delete