Pages

Friday, April 24, 2026

Bag Fuggler Dah Sampai!

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Harini cuaca baik. Cuya sebenarnya tengah menanti bungkusan Cuya sampai ke rumah.
Saja lah cek apps, tengok dah out of delivery belum.

Rupanya barang tu dah ada atas tembok depan rumah. Akhirnya!

Barang yang dinantikan sudah sampai.

Cuya senanya beli bag Fuggler. Bagi yang taktahu Fuggler tu apa,

Fuggler = Funny Ugly Monster.

Kan trending budak-budak sekarang suka patung buruk yang creepy tapi at the same time nampak comel kan?

Cuya pon terjebak! Tapi Cuya tak beli anak patung. Cuya beli sling bag. 

Cuya search juga dekat internet kalau ada jual di kedai Malaysia, nampak gayanya Malaysia tak amik stok untuk bag ni. Mungkin sebab tiada demand.

Sebab Fuggler ni belum famous habis dekat Malaysia. Banyak orang hunting Fuggler keychain je dekat family mart. Tapi Cuya tak hunting la . Sebab tak seFOMO itu. Hehe

Tapi Cuya bila nampak bag Fuggler ni terus tertarik nak beli. Hah moh ler kita tengok apa ngupernya fuggler bag ni.


Datang dengan kotak yang besar. Sangat secure ya.

Bag ni pon ada kotak khas dia. Sesuai untuk birthday gift ke apa. Cuya beli bag rabbit yang tengah tu 





Tadaaa!! Meriah kan bag nii. It is so me! Very cheerful and bubbly bag. Sebelum ada yang judge, Cuya memang suka unusual bag yang pelik dan rare . Memangkan bag ni tak jual kat Malaysia, maka ianya adalah rare untuk Cuya. Orang lain taknak pakai, Cuya nak pakai. ๐Ÿคฃ 

Even though nampak macam bag budak2,
like who cares?? ๐Ÿ˜‚ Kita dah minat kot, suka hatilah nak pakai bag apa.



Tagging dia
 



Dapat paperbag, tu sesuai untuk hadiah.




Korang tengoklah harga online macam mana? Nampak macam bag biasa kan, tapi harga dia boleh tahan luar biasa ๐Ÿคฃ

Tengok je macam bag budak2, tapi orang markup harga tinggi woh.

Papepon Cuya puas hati dengan bag ni. Tak sabar nak rasmikan.


Jiwa keanak-anakan Cuya meronta-ronta melihat bag ini ๐Ÿคฃ


Till then, adios amigos ๐Ÿ‘‹๐Ÿป 

22 comments:

  1. Minat ni macam2 kan....begnya warna-warni sungguh.....hanya yang berani boleh pakai....beg sis jarang yang berwarna warni. Minat masing2 kan....saling menghormati minat masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, hanya yg berani sahaja selayaknya pakai. Orang tertentu je boleh pakai dan orang tu adalah saya ๐Ÿ˜‚

      Brtul, minat masing-masing. Orang lain tak minat takpe, kita ada minat tersendiri. Hehe

      Delete
  2. Hmm.. boleh dipakai kemana tu eh? Cuya memang rare la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dipakai jalan2. Dia macam handbag/ sling bag biasa je. Bezanya design dia rare.

      Orang macam Cuya je berani pakai. Barulah rare ๐Ÿ˜

      Delete
  3. omg! saya peminat fugglers! sukanyaa design bag tu! keinginan nak beli dah ada, tapi lepas tengok harga tu... telan air liur jela mampu huhuhu เซฎ(˶ใ… ︿ใ… )แƒ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh ada geng!
      Yaa harga dia mahal sikit, tapi bole je explore online mesti ada yang murah sikit. Kena pandai cari. Hehe

      Delete
    2. nampaknya nak kena menyelam la ni. selalu duk menyelam dekat alibaba tengok ada jumpa banyak yang murah untuk sylvanian family punya. tapi tak pernah try lagi cari fugglers dekat situ. nanti nak cuba cari. harap ada yang murmur :'D

      Delete
    3. Hah Cuya tak pernah try lagi alibaba. Best ke sana?
      Mesti ada yang murah punya, kena rajin2 la menyelam tu. Hehe

      Delete
  4. Wah, boleh tahan harganya. Seronok Cuya, dapat beg idaman hati. Akak baru tahu tentang fuggler ni. Ketinggalan ketapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah fuggler ni terkenal dalam kalangan orang muda biasanya. Budak2 zaman sekarang tahu la trending fuggler ni.

      Alhamdulilah dapat bag idaman ๐Ÿ˜‚

      Delete
  5. lawa gilerr kaler dia! cute jugak walaupun orang cakap ugly hahaha.
    harga dia boleh tahan ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn...
      Warna dia terang betul, dari jauh boleh nampak ๐Ÿ˜‚
      Tula harga pon meriah gak ni tapi kena pandai cari kedai yg memang affordable

      Delete
  6. Lain orang lain minatnya. Teruskan je Cuya, asal jangan kacau dompet Akk ahahaha ๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau, dompet akak tak kurang 1 sen pon ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

      Delete
  7. rare sungguh! asalkan bahagia! taste setiap org berbeza pastinya so kita raikan ajer!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul raikan sahaja!
      Terima kasih MZ ๐Ÿคญ

      Delete
  8. Oke apa dare to be different dengan orang lain. You do you, Cuya.. Btw, comel jugaa beg tu ✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you!
      Be unique be different hehe

      Comel kan! ๐Ÿ˜‚

      Delete
  9. Cuyaaaa.... jangan sampai Wafi nampak.
    Dia peminat Fuggler... boleh geng dengan Cuya.
    Cuma setakat ni dia ada patung key-chain tu.. harga tak murah uiiiiiii sebab dia beli kat kedai toys. Ni kalau dia nak beg, akak soh dia dapat no top 5 dulu๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ada geng la!
      Ya kakkk.. keychain pon mahal ohhh!

      Habislaaa kalau Wafi nampak ni pokai duit akak! ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

      Delete