Pages

Saturday, December 6, 2025

Dah Lawa Macam Ni Pon Tak Nampak ke?







Sepanjang Cuya membesar, tak pernah pon ada orang face shaming/ body shaming Cuya. Cuya tak pernah ada pengalaman sebgitu rupa. Kecuali kena body shaming ngan ibu LOL ( Tu sebab dia nak nasihat jer)

Walaupun kadang rasa muka kita biasa je, tapi zaman sekolah tetap ada boyfriend. Lol
Tetap ada je orang minat kita walaupun boleh kira guna jari.

Orang selalu puji kita cute. Tapi zaman sekarang selalu tengok kat TikTok ada kata,

" Kalau orang panggil kau cute maknanya kau tak cantik"

Kejam gila ayat dia. Ayat dia boleh buat orang lain insecure tau. Seolah olah kita tak bersyukur sedangkan tak semua orang boleh jadi cute.

Alhamdulilah Cuya bersyukur sebab muka ni dicipta dengan sempurnanya. Ada orang lagi kesian, lahir je muka ada kecacatan kekal.

Yang penting bukan tentang pendapat orang pada kita, yang penting tiap kali bangun kita tengok cermin kita akan suka pada refleksi wajah kita. Siapa lagi nak suka kita kalau bukan diri sendiri betul tak?

Kalau diri sendiri pon tak boleh sayang,macam mana kita nak sayang orang lain dan macam mana nak buat orang sayang kita?

Kalau gemuk, boleh jaga makan kuruskan diri. Kalau rasa muka tak clear, boleh cari skincare atau buat rawatan kulit. Semuanya boleh berubah sekelip mata asalkan kita sendiri nak berubah ke arah baik.

Berubah juga adalah cara untuk kita sayang diri.


Love yourself more than anything 💞 
Small changes is better than nothing.
You're improving day by day and that's a success.

Till then, adios amigos.


P.s - Sedang dalam percubaan untuk aktif blogging walaupun takde idea nak tulis apa. Hehe




Friday, December 5, 2025

Private life, less drama

Assalamualaikum Hello Coconuts 

Malam ni terajin nak berceloteh.
Cuya dah mula start untuk declutter barang2 kat bilik ni and at the same time Cuya turut declutter no contacts dalam phone.


Cuya rasa Cuya perlu delete no contacts, Cuya delete terus. Kalau dah takde keperluan untuk contact lagi Cuya buang. Tapi Cuya tulis contact tu dalam buku telefon la senang.

Mana tahu one day kita perlu juga no contacts tu. Sayang senanya nak delete terus jadi kita buat backup.

Cuya dah setting privacy untuk status ws jadi orang tertentu je bole tengok. Tapi Cuya dah jarang update status dahh.

Update blog jela sebab takde orang nak baca.
Kalau boleh diluahkan semua isi hati ni, nak saja Cuya tulis.

Rindu betul kat crush Cuya. Cuya rasa Cuya dah jatuh hati betul kat dia. Tak dapat lupakan dia. There i said it. Rindu yang Allah saja tahu. 

Biar Allah saja yang atur perasaan ini ke jalan yg lebih baik. Siapa taknak crush sendiri? Cuya usaha dah sebaiknya.

Tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk Cuya. Andai dia tertulis untukku, dia pasti akan kembali. Cuya taktahu apa yang Allah rahsiakan untuk Cuya. Tapi Cuya percaya aturan Allah itu Maha Baik.

Kenapa tah Cuya balik2 suka orang yang sama ajer. Bila dia nak sedar ada orang sayangkan dia. Moga Allah menjaga crush Cuya. Awak sentiasa dalam doa saya.

Cuya nak move on tapi tak mampu 😭 
Mohon doa kalian agar Allah mudahkan urusan jodoh Nasuha, urusan kerja, urusan dunia dan akhirat. Aamin




Sambal Omak Jenny Sedap Ke?


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Hari rabu haritu Cuya order sambal daripada TikTok. Ni sebab ibu Cuya dia teringin nak makan sambal daripada artis Nubhan tu, agaknya ibu selalu tengok lalu dekat Tiktok jadi dia pon terpengaruh.

Maka sebagai anak yang baik, kita pon ikut perintah ibu pergi order sambal tu. Tahu tahu tenghari tadi sampai sudah.

Maka selepas solat Zuhur, kami pon rasmikan sambal tu.


Sambal Hijau Potai Omak Jenny


Sambal Tempoyak Daun Kayu



Ni rupa tempoyak dia. Boleh tahan sedap makan dengan nasi putih. Takdelah pedas mana untuk Cuya yang suka pedas ni.



Ni lak sambal potai dia. Perghh memang paduu. Dah makan dengan nasi, Cuya makan dengan roti lak sebab nasi tak cukup. Kuikuikui

Yang ni pedas sikit daripada tempoyak.
Ibu lak prefer tempoyak.

Ayahlak kata dua2 rasa sama ajer.
Ayah ni lidah tak berapa tajam la agaknya 😂

Harga total dua2 bungkus ni Rm41.80 free shipping.
Harga boleh tahan jugak la tapi yang penting puas hati.

Ada banyak lagi pilihan sambal yang ada kalau korang nak search je kat Tiktok . Kitaorang satu family memang suka makan sambal. Lagi2 yang ready to eat, senang.
Bila nak puasa pon senang takyah risau nak masak apa.

Goreng telur + sambal = Terangkattt 💯


Korang sendiri suka sambal tak?


Till then, adios amigos bye 👋🏻 


Thursday, December 4, 2025

Hadiah dari Langit

Assalamualaikum Hello Coconuts!


Cuya sehabis boleh cuba untuk menulis di blog ni untuk kerap update. Kadang-kadang tu tak tahu nak tulis apa sebab cerita kita biasa ajer.

Tapi bila tengok orang lain pon update simple2, kita pon ikutkan saja senior kita update blog.

Nak update masak-masak tapi kita masak biasa ajer. Takde apa yang special. Nanti dah jadi kategori emak-emak. Sebagai anak muda kita punya entri kenalah merapu sikit. Lol, padahal takde la muda mana memang selayaknya jadi mak orang dah ni. Anak patutnya dah 3 🤣 atau maybe lebih. Hahaha

Sebolehnya nak declare diri ni muda. Al maklumlah bujang trang tang. Bagi chance la yer kepada adikmu ini.

Sepanjang Cuya blogging, Cuya memang tak dedahkan umur Cuya kan. Seeloknya begitulah. Cuya lebih selesa untuk tidak dedahkan melainkan ada berjumpa dengan blogger lain kan. Kadangkala umur itu seeloknya dirahsiakan ikut apa yang Cuya belajarlah dengan ustaz. Wallahualam.

Yang Cuya pasti, para blogger sebahagian besar semuanya orang dewasa dan lagi tua daripada Cuya. Tabik hormat! Hehehe
Yang baya baya Cuya dah tak main dah blog ni, Cuya je suka sebab seronok menulis walaupun blog kita sendu ajer.

Tapi kita ada Google Adsense nak kumpul. So marilah kita kayuh! Menabung sikit2

Btw, Cuya nak share hadiah yang Cuya dapat daripada makcik2 Cuya. Saja simpan sini sebagai kenangan.


Dapat dua hadiah
Kanan speaker
Kiri bekas hiasan


Cantik bekas ni dah la warna pink, favourite Cuya. Taktahu nak letak apa sebab kat rumah Cuya macam macam bekas ada.

Kitalak sejenis banyak gila jewelleries.
Tengok la nanti boleh buat apa dengan bekas ni.



Dapat speaker comel warna pink gak. Rezeki la dapat favourite kaler ni.

Cuya sejenis yang suka headphone, bila dapat speaker ni rasa macam, pakai ke aku nanti?

Tapi orang dah bagi kita terima dengan hati suka ria sebab benda pon free.
Takkan nak tolak kan. Ngeh ngeh

Alhamdulilah rezeki Allah beri tak pernah habis. Allah memang Maha Baik.
Kita tak minta pon Allah tetap beri rezeki tak dijangka.

Rezeki untuk kita akan tetap sentiasa ada.
Jangan risau bab rezeki. Allah kan Maha Kaya, kenapa kita nak takut miskin betul tak?

Till then, adios amigos.


Wednesday, December 3, 2025

Planner Hijanah 2026

Assalamualaikum Hello Coconuts!


Baru-baru ni Cuya ada preorder planner 2026 daripada Hijanah. Cuya ni bukanlah sejenis yang suka planning ke apa tapi saja beli sebab harga murah saja and dapat free gifts.


Lama juga nak sampai planner ni sedangkan orang beli kat Tiktok laju je dapat planner ni. 


Beli planner dapat 10 gifts

2 bookmarks
5 motivation card
1 notebook 
1 buku motivasi ( ni yg paling Cuya nak)
1 planner


Cuba teka berapa harga?

Cuma Rm20 sahaja termasuk postage. Murah gilakan. Tahun lepas Cuya beli juga planner Hijanah, Cuya jadikan diari harian Cuya sebab banyak ruang untuk tulis 


Untuk planner 2026 ni tak banyak ruang menulis ala diari tapi lebih kepada catat secara ringkas.

Di awal muka ada doa- doa pendek boleh jadi zikir


Ada jugak beauty tips 


Ada period tracker. Senang nak tahu period berapa hari.


Ni la ruang untuk tulis tiap bulan.
Mampat kan. Cuya pandang je taktahu nak tulis apa. Sebab Cuya bukan jenis planning punya orang.

Buat masa sekarang ni takde idea nak tulis apa. Tapi harapan Cuya moga adalah benda yg Cuya nak tulis. Sekarang masih blank. Lagi berapa minggu je nak masuk tahun 2026.


Di hujung bulan ada untuk refleksi diri.


Ni pula isi buku Motivasi Bukan menyerah tapi lelah berjuang.

Buku ni Cuya dah khatam dua kali sebab best. Banyak input dalam buku ni. Sebenarnya Cuya nak buku free ni je. Tapi dah alang2 ada promo sekali planner kita grab terus la.



Dapat motivation cards.
Cantik cantik card dia. Simpan jela buat kenangan


Cuya memang selalu beli planner digital, kadang tu print sendiri. Tapi tak terpakai pon. Taktahu nak tulis apa.

Banyak tulis luahan hati je. Itupon tak selalu tulis hari hari memandangkan kita ada blog untuk menulis. Kadang2 tulis diari sebab benda tu tak mampu luahkan di blog, lebih privasi bila tulis tangan.

Korang sendiri ada planner digital atau buku? Share di ruang komen ya.


Till then adios amigos 💘 


Monday, December 1, 2025

Terjaga Di Pagi Buta


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Cuya terjaga pagi buta harini sebab tadi tidur awal. Lately ni kalau tidur awal, mesti terjaga pagi pagi gini. Agaknya panggilan daripada Allah.

Sebab dah tak boleh tidur tu, Cuya buka YouTube jap dengar lagu. Korang pernah dengar tak lagu Norlela nyanyian Haziq Rosebi?

Sedap tau lagu tu, rentak klasik gitu. Nanti korang try dengar memang best. Cuya lately ni selalu on youtube sebab nak dengar lagu, Cuya tak dengar dekat Spotify, lebih suka YouTube.

Teringat dulu zaman PKP, semua orang nak buat video kat YouTube, acah acah influencer. Dah kemudian tu baru. TikTok hype.

Kalau dulu-dulu TikTok penuh dengan orang menari jer. Sekarang dah banyak orang sharing ilmu yang bermanfaat. Tapi at the same time, banyak gila orang menjual.

Setiap masa scrolling, asyik video jual jual je. Termasuklah Cuya, Cuya pon affiliate. Memang TikTok dah jadi tempat shopping. Tapi okayla, balance. Jual beli ada, sharing pon ada. 

TikTok tu kalau digunakan sebaiknya mesti bermanfaat. Kalau guna untuk benda tidak baik, begitulah kejadiannya. Jadi gunalah sebaiknya Tiktok tu.

Cuya kan dulu expose diri Cuya dekat Tiktok. Cuya buat video nyanyi, makeup dan sebagainya kan. Sebab minatlah ke arah tu...
Tapi sejak Cuya rasa macam insecure ada orang perhatikan Cuya, terus Cuya hidekan semua video Cuya yang nampak muka.

Terus rasa macam diri ni kena judge dengan orang. Satu lagi, sebab ada kawan ibu terjumpa video TikTok Cuya. Sumpah makcik tu kepoh nak report kat ibu Cuya.
Aduhai... 

Tu yang Cuya rasa Tiktok Cuya dah tak selamat digunakan. Kita punya TikTok tu sepatutnya jadi safe space Cuya, ni lain lak jadinya.

Kenapa orang tua selalu tak sporting eh bila anak muda post kat Tiktok? Korang sebagai mak, memang tak suka ya anak-anak main Tiktok?

Cuya bukan buat benda bukan-bukan pon. Sekadar hiburan di masa lapang. Masalahnya disebabkan ada reporter tak berbayarlah Cuya jadi rasa tak selamat.


Kadang2 ibubapa ni dia tak pernah tengok sisi lain anak dia, jadi dia tak faham cara anak dia luahkan perasaan. Syukurlah ibu dengan ayah jenis tak pandai buka blog. Diorang pon taktahu link blog Cuya 😂 

Kalau diorang tahu, mahu diorang stalk. Sebagai anak, Cuya pon mahukan privacy. Tak semua perkara ibuayah perlu masuk campur. Cuya dah besar kot. Cuya pon nak ada life sendiri.

Sampai satu saat nanti, ibuayah dah takde mesti Cuya kena survive sendiri. Jadi takleh la semua benda nak bergantung pada mereka.

Tapi Cuya rasa, ibuayah tetap concern pada Cuya. Al maklumla satu-satu anak perempuan diorang. Cuma satu hari nanti Cuya harap diorang dapat lepaskan Cuya pada orang yang selayaknya.

Cuya bukan anak manja yang orang selalu cakap anak emas keluarga. Ingat anak bongsu ni semua manja ke? Manja bertempatlah, bukan yang kuat merengek. Hahaha

Betul ke aku ni anak emas??
Gelang emas ada la 😝

Till then, adios amigos!


Friday, November 28, 2025

Giveaway Kembali Aktif LMS X AMC Enterprise



Harini dah tamat tempoh tapi kita join juga last minute


Bismilah 

Semua saya dah follow

IG: @suhaxee
TikTok : nacuyaa
Fb : Nasuha Fadzil

Shopee dengan thread je saya tak aktif



Thursday, November 27, 2025

Declutter Barang Hidup Minimalis

Assalamualaikum, Hello Coconuts! 🥥 

Hari berlalu dengan pantas, harini dah hari ke-80 Cuya kurangkan manis dalam minuman dan lebihkan manis dalam senyuman. Ecehwah! Takdela banyak senyum, semua emosi bercampur baur.

Cuya sekarang ni harapkan pada stevia jer. Tapi memang tak boleh tinggal stevia tu, al maklumla memang peminat manis. Moga Cuya berjayalah dengan cabaran kalini. Aamin...

Topik Cuya pada harini adalah berkenaan declutter barang untuk hidup minimalis.
Recently Cuya sangat addicted untuk menonton video berkenaan hidup secara minimalis.

Hal ini terjadi apabila viral satu TikTok yang tak silap Cuya nama dia minimyalist atau dikenali sebagai mya (miya) yg hidup secara minimalis.

Ini bukan minimalis biasa biasa tau, ni memang dia hidup seminimum yang boleh. Bayangkan dia cerita dalam kehidupan dia, dulu2 dia adalah seorang shopaholic. Kononnya hidup sentiasa nak bergaya dan nampak mewah.

Kini dia hidup simple di bilik yang berada dalam klinik dia, pakaian pon ada beberapa helai je dan dia sentiasa berjubah. Dia pentingkan kualiti berbanding kuantiti barang.





Bila Cuya tengok video dia Cuya rasa macam, wow hebatnya. Sampai Cuya terbaca komen " Nanti akhirat takkan kena banyak soal sebab tak banyak barang dihisab". Well, that's a good thing.

Tengok video dia buat Cuya terdorong untuk kemas bilik, and start untuk buang benda yang tak patut ada dalam bilik. Kalau difikirkan, Cuya tak mungkin mampu hidup seperti dia.

Nak hidup secara minimalis mungkin boleh tapi tu pon kalau Cuya mulakan hidup yang baru. Cuya tak hidup secara minimalis sebab mungkin Cuya ada hobi tersendiri.

Contohnya suka membaca dan suka berdandan. Maka barangan yang Cuya ada banyak semestinya buku dan makeup. Bila Cuya tengok video minimalis yang lain terasa macam, ya Allah adakah aku ni teruk sebab shopping banyak barang? Hahaha 🤣 



Bayangkanlah dia hidup mewah dulu2 tapi dia belajar untuk berubah memandangkan kehidupan dulu mengganggu financial dia dari segi hutang.

Kehidupan dia berubah 360 darjah. Memang jauh beza dengan kehidupan dulu. Jadi Cuya terinspirasi untuk mencontohi sedikit sebanyak drpd kehidupan dia.

Tabiat dia sangat bagus untuk didik diri berjimat cermat dan guna apa yang terbaik saja untuk diri kita.

Alhamdulilah Cuya dah declutter buku, pakaian dan barang barang yang tidak diperlukan. Slow slow Cuya buat supaya fikiran Cuya pon akan jadi lebih tenang dan aman.

Bila kita tengok rumah kita lapang dan kemas mesti hati akan tenang kan. Daripada rumah serabut, maka jiwa pon kacau. Jadi Cuya menyeru dan mengajak semua orang untuk start declutter barang, buang barang tak berguna, sedekah pada orang yang memerlukan dan simpan barang yang memang kita pakai.

It is not easy, tapi kita boleh mencuba. Cuya pon banyak barang yang tersimpan ni, banyak benda kena kemas, wish me luck 🤞🏻 


Bak kata sorang TikToker tu,
Remember LESS IS MORE. 💕 

Till then, adios amigos 😁 



Saturday, November 22, 2025

Cabaran Masih diteruskan


Assalamualaikum Hello Coconuts,

Pagi ni Cuya tak boleh tidur sebab terjaga. Semalam tidur awal, eh boleh pulak terjaga. Last2 tengok youtube, sampai pagi ni takleh lelapkan mata.


Bila sampai waktu pagi buta macam ni mulalah datang emosi menyerang. Terkenang itu, terkenang ini. Banyak sangat fikir. Overthinking itu ini. Orang perempuan memang ginilah gayanya.

Kadang senanya Cuya taknak pon menaip kat blog ni, tapi entahlah. Rasanya ni saja medium yang kawan-kawan Cuya takkan baca. Entah2 ada je kawan Cuya baca tapi diam- diam tak? Aiyokkk taktahu...

Ala biarlah... Malas nak pikir.
Cuya sekarang dah slow social media, lebih fokus dengan life realiti yg ada. Berpijak di bumi yang nyata. Senanya blog pon dah slow sebab kadang tu nak taip malas, kadang takde idea.

Kadang rasa macam taknak share sebab takut ada orang stalk, kadang rasa diperhatikan tapi kadang teringin sangat share dan luahkan. Complicated jadi seorang perempuan hahaha.

Teringin sangat luahkan isi hati ni pada dunia tapi apakan daya bukan semua benda boleh diluahkan. Risau jugak kena judge. Kita lak muda lagi, kang silap sikit kena tegur lak. Kena tegur kang kecik hati 😂 

Kitalak sejak menjadi dewasa, makin lama makin sensitif. Lagi2 bila banyak kali ujian datang menghentam, sakit woohh. Rasa sakit diuji, tapi tahu Allah takkan uji seseorang luar daripada kemampuannya.

Alhamdulilah untuk nikmat dan ujian Allah beri.

Btw, harini dah hari ke-75 Cuya lalui cabaran kurangkan gula dalam minuman.
Cuya hanya minum manis bila gi umah orang kahwin atau dihidangkan air manis oleh tuan rumah Cuya kunjung.

Alhamdulilah berat turun la sikit. Tak banyak pon. Okayla drpd tkde kn.

Minuman manis je kurangkan, tapi makanan lain Cuya makan ajer. Pastu tiba2 bestie Cuya si Liza tu dah planning untuk cabaran Cut sugar untuk setahun. Gilaaa... Mana mungkin Cuya boleh cut sugar terus.

Dalam makanan harian semua ada gula, kuih muih, jajan... Bukan senang nak tinggalkan semua sekali arung. Orang kuat semangat je boleh. Cuya tak mampu lagi. Kalau suruh kurangkan takpe, janganlah cut terus... Kempunan kita nak makan2. 🤣


Tapi Cuya yakin, kalau Cut sugar terus confirm kurus kan. Boleh bayang dah. Sebab sebelum ni Cuya diet boleh turun banyak. Kena diet balik ni... Tapi tak semangatlak takde geng diet. Hoho

Mungkin kena diet macam Liza kawan Cuya tu, sebab dia memang tengah diet. Makan berat sekali sehari je. Waktu lain makan buah.


Taktahu cabaran kalini Cuya dengan Liza berjaya atau tidak ya? Nantikannnnn



Till then, adios amigos!

Friday, November 14, 2025

Tempat Aku Merenung



Inilah kerusi tempat Cuya selalu termenung sendiri sambil ditemani sekole kopi. Cuya akan duduk disini untuk tenangkan fikiran sambil mungkin memainkan YouTube lagu berjudul Gangnam style 😂. Arghh lagu selaju ini bisa naikkan adrenaline Cuya!

Ya, Cuya suka lagu rancak. Bagi Cuya ianya memberi semangat baru untuk Cuya yang sorang diri merenung nasib tak sudah. Bila duduk di kerusi ni, banyak yang Cuya fikirkan.

Tentang kenangan lalu di zaman sekolah, arghh rindunya aku waktu zaman tu. Banyak memori manis dan pahit yang masih termaktub di minda.

Tak sangka Cuya dah capai usia tua, walaupun kadangkala orang cakap " Ehh tak nampak pon usia macam tu"

Terima jela hakikat kita dah tua. Tapi selagi belum kahwin, aci tak kalau cakap masih muda? Ngeh ngeh ngeh 

Pagi ni Cuya bukan terjaga awal, tapi malam tadi Cuya tidak mampu melelapkan mata. Entah kenapa terasa banyak fikiran yang berlari di minda. Terbayang wajah-wajah orang yang pernah Cuya kenali.

Terasa sebak di dada sehingga tak mampu menahan sedih melanda. Ke manalah pergi orang yang pernah Cuya sayang satu ketika dahulu? Sahabat sahabat Cuya... Semuanya sudah melalui jalan kehidupan tersendiri.

Haish... Meningkat dewasa semakin terasa sepi. Seolah-olah ada yang kosong di hati.
Barangkali sudah tiba masanya untuk membina keluarga sendiri.

Orang kata di usia ku ini sudah terlalu tua apabila bicara soal kahwin, sedangkan kalau aku mati di usia sekarang pasti orang akan cakap " Kesian dia.. muda lagi tu".

Begitulah manusia.

Hari hari Cuya lahirkan rasa syukur pada Allah kerana memberi peluang untuk merasa kenikmatan hidup.

Tapi ada hari juga Cuya akan persoalkan, Kenapa Tuhan aku diuji sebegini, mana silapku?

Begitulah Cuya, yang imannya turun naik. Kadang di atas, kadang di bawah.

Mungkin Cuya sebenarnya perlukan teman berborak. Sebab tu ada masa Cuya kacau bestie Cuya.

Berborak dengan ibu dan kawan terasa jauh bezanya. Duduk di rumah, Cuya selalu mendengar bebelan ibu. Cuya lebih banyak mendengar keluh kesah ibu, cerita ibu dan jenaka ibu yang suka bodyshaming Cuya. Hahaha

Hari hari ibu risau tengok badan Cuya . Katanya tak sajak usia semuda Cuya berbadan berisi. Lainlah kalau dah kahwin.

Ibu ibu... Nasuha bukan apa, risau nanti dah kurus macam lidi Nasuha digilai ramai lelaki. Susah la macam tu nanti 😂.


Nah! Tepek gambar kita posing. Cun tak?

Disebabkan Cuya lebih banyak mendengar bebelan ibu, dari hari demi hari Cuya semakin tak serancak dahulu kala. Sedangkan Cuya terkenal dengan mulut banyak atau pon orang Melaka panggil Kak Nam.

Cuya banyak salurkan perasaan Cuya dengan menulis kata-kata motivasi di Tiktok. Kata kata itu semua ditujukan khas sebagai peringatan untuk Cuya.

Sunyi betul hidup aku, nak motivasi pon kena diri sendiri yang beri semangat. Tapi bestie Cuya bagi semangat juga.

Tapi macam Cuya cakap, ada yang kosong tapi bukan gelas.

Dah dewasa ni banyak waktu kena pandai pujuk diri.

Takpela Cuya, satu saat nanti kau akan jumpa juga bahagia yang kau cari. Tak harini, esok. Tak esok , lusa pasti ada.


Kejar akhirat, dunia pasti datang.


Terima kasih sebab baca sampai habis. Cuya sangat hargainya. 


Till then, adios amigos.



Jiwa kosong,

Wednesday, November 12, 2025

Isi Hati Tak Terluah

Assalamualaikum, Hello Coconuts ~

Cuya sekarang ni dah jarang update blog kan. Dah tak serajin dahulu kala. Cehh macam dah berzaman pulak.

Sebenarnya Cuya ada banyak cerita yang nak diluahkan. Tapi kadangkala dek kerana segan dan takut terlalu ikut perasaan maka Cuya tak mampu sampaikan.

Cuya kan duduk dengan parents dekat rumah. Ada ibu, ada ayah. Kalau Cuya nak bercerita, mestilah dengan ibu. Namun, kalau melibatkan kesedihan hati yang melanda Cuya terpaksa menahan sendiri.

Cuya taktahulah adakah disebabkan Cuya anak bongsu, Cuya tak mampu nak luahkan ataupun faktor environment yang tidak mengizinkan.

Seolah-olah Cuya taknak orang tengok Cuya bersedih sebabnya karakter Cuya adalah seorang yang happy go lucky.

Ujian yang Tuhan beri itu datang tanpa diundang. Ianya melukakan hati, terasa perit parutnya mendalam. Taktahu nak luah pada siapa melainkan pada Allah.

Sedih semua sorang sorang. Yang temankan cuma Allah. Kesedihan dengan dugaan kerja, rezeki, jodoh dan lain-lain itu sentiasa ada.

Sampai tertanya-tanya, mana silap Cuya? Kadangkala tu tak tahu arah tuju kehidupan, haishh taip ni pon bergenang air mata. Sejak dah makin berusia ni terasa makin sensitif pula hati kecil ni.


Cuya tak dapat beritahu kesedihan apa yang melanda sebab Cuya terasa diam-diam ada yang memerhati blog Cuya. Cuya taknak satu dunia tahu. Hahaha... Ada benda yang kita kena simpan sendiri tanpa diketahui khalayak ramai.

Bukan semua benda kita kena dedahkan. Air muka kita juga perlu dijaga. 


Kalian tolong doakan supaya Cuya dapat keluar daripada segala kesulitan yang melanda diri.

Semoga Nurnasuha Mohd Fadzil dimewahkan dengan rezeki berlipat ganda, dipermudahkan segala urusan dan dikeluarkan daripada segala kesulitan yang melanda. Aamin ya Rabb.


Sekian sahaja luahan kecil Cuya, terima kasih kerana sudi membaca. Cuya sangat hargai. Hehe

Till then, adios amigos~





Thursday, November 6, 2025

Review Buku Tuhan Tak Pernah Pergi oleh Iddin Ramli


Bismilah, Assalamualaikum sahabat online Cuya. Kalini intro sopan sikit ehek...

Harini Cuya nak review buku yang tengah hype dekat Tiktok iaitu Tuhan Tak Pernah Pergi oleh Iddin Ramli.

Iddin Ramli ni penulis dan motivator yang popular dalam kalangan anak- anak muda dekat Malaysia ni. Cuya pon merupakan pengikut Iddin Ramli di TikTok. Sebahagian karya Iddin memang ada dalam simpanan Cuya.


Cuya beli kombo Tuhan tak pernah pergi 1&2.

Dapat harga Rm53+

Alhamdulilah abang Cuya yang belanja.
Moga abang Cuya dimewahkan dengan rezeki berlipat ganda


Seperti dalam gambar, buku ni ada tagging.
Penulis dapat inspirasi daripada Al- Quran tagging drpd luar negara

Jadi boleh baca ikut situasi yang kita sedang alami

Sinopsis buku ni


Buku ni ada bahagian,
Tadabbur ayat Quran,
Pengajaran dan refleksi ayat

Serta Pesan2 dewasa

Cuya tak susun tau, just random je gambar











Banyak yang Cuya belajar daripada buku ni. Buku ni penuh dengan motivasi islamik yang memang kena dengan jiwa. Cuya belajar untuk lebih menghargai diri dengan sentiasa bersyukur dengan Allah.

Cuya belajar yang Allah uji kita sebab dia sayang kita, dan Allah sedang siapkan hadiah untuk kita. Kalau bukan hadiah di dunia, di akhirat sudah pastinya.

Buku ni Cuya baca berulang kali sebagai peringatan Cuya. Buku ni mengingatkan Cuya untuk sentiasa ingat aturan Allah itu Maha Baik. Allah dah aturkan jalan cerita kita dengan sebaik-baiknya dan kita cuma perlu follow the flow saja. Dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Mungkin kita kata cliche kata kata dalam buku ni, tapi kita memang selalu kena diingatkan banyak kali tentang Allah supaya kita tak lalai dengan duniawi.

Melalui petikan yang Cuya share saja dah menunjukkan betapa ilmiahnya buku ni jadi tak rugi kalau beli. Very recommended! Kalau korang perlukan motivasi hidup, Cuya memang suggest buku ni, sangat bermanfaat.

Cuya takde benda nak review lagi, korang wajib baca buku ni tau.

Nanti ada masa Cuya review buku kedua. Cuya dah habis baca dua2 buku ni.

Till then, adios amigos 💖 






Tuesday, October 14, 2025

Ke Kelate La Kiter

Assalamualaikum Hello Coconuts!


Entri ni untuk tarikh 18 Sept yang lalu.
Cuya tak rajin nak menulis sebelum ni. Memandangkan dah taktahu nak tulis apa, kita throwback saja cerita lama yang masih belum basi.


Pada 18 Sept yang lalu Cuya dan 5 orang ahli keluarga Cuya telah bertolak ke Kelantan. Bukan atas sebab bercuti, tapi ada pernikahan sepupu Cuya belah ibu.

Dah berzaman tak ke Kelantan. Rasanya ni kali ke 3 Cuya ke sana. Jaranglah nak gi Kelantan sebab takde keperluan untuk ke sana. Kalau nak berjalan jauh sekali.

So kami bertolak pagi dan tiba sana dah petang. Kami pergi masa hujung cuti sekolah, Alhamdulilah jalan tak jem. Kalau awal cuti sekolah mesti jem kan...


Ni masa Cuya dah sampai hotel 
BTW, Cuya duduk di Humaira Hotel di Tanah Merah.

Parking susah cari ya masa awal awal datang. Penuh.

Kitaorang beli makan, lepastu rehat terus dalam bilik. Sebab esoknya dah wedding cousin.


19 Sept 2025


Tempat wedding tak jauh daripada hotel kami. Kejap je dah sampai.

Yang duduk ni semua family Cuya belah Melaka. Ni wedding kecil saja, jemputan tak ramai.


Cuya bersama kakak ipar.
Kami berdua kena duduk belakang sekali.
Naik kereta baru abang, Veloz.

Merasalah kami kereta baru bau kedai.
Hahahaha

Kalau takde kereta abang ni memang kami tak dapat pergi Kelantan.

Ni pon kakak ipar Cuya, dia orang Kelantan gak


Cousin Cuya yang kahwin yang lelaki ni.


Bergambar ala2 di taman bunian . Yang biru tu puteri bunian hehe 

Keluarga Cuya belah Melaka dan Singapore



(Gambar di delete sebb tk konfiden hahaha)

Cuya nampak sangat gemuk dalam gambar ni. Memang patut pon ibu suruh kurus 😂

Susah ya nak jaga badan lagi2 badan senang naik. Nak makan sihat tu yang terasa susah hehe



Lepastu balik daripada wedding singgah rumah mentua abang Cuya kat pasir puteh Sri Gedombak setelah bertahun lamanya tak ke situ.

Time ni la Cuya makan kuih Akok. Sedap gila, lembut ajer.


Cuya memang tak jalan ke mana, sebab kitaorg kat sana 3 hari 2 malam je. Tapi sempatlah beli keropok lekor dan keropok untuk dimasak. Gitu gitu je sebab niat bukan untuk bercuti kan.

Bolehlah buat raso raso.
Hehehe


Okay itu saja entri pendek daripada Cuya,

Till the,
Adios, amigos 👋🏻