Assalamualaikum Hello Coconuts! 🥥
Ni cerita untuk hari Rabu lepas. Cam biasa ibu request untuk Cuya memasak. Kadangkala mood memasak ni kelaut jugak tapi disebabkan ibu request maka Cuya turutkan.
Tapi kalau Cuya memang malas nak memasak tu kan, Cuya selalu pujuk hati Cuya sambil berkata " Aku masak kerana Allah". Itu sahaja yang Cuya akan sebut supaya apa yang Cuya buat tu tak sia-sia di mata Allah.
Biasalah kita orang perempuan kan ada mood dia kan. Time nak masak, masak. Time penat gantunglah kuali.
Haritu Cuya masak satu masakan yang Cuya sendiri tak tahu nak panggil apa. Korang tengok la sendiri.
Bahan2:
1) Serai 3 batang
2) Bawang merah 5 biji
3 ) Bawang putih 2 ulas
3) Cili padi 2 genggam
4) Halia 2 inci
5) Santan
6) Kunyit serbuk / kunyit hidup
7) Ayam
8) Hati ayam
9) Garam
10) Tomato
Cara- cara masak:
1) Blendkan serai, bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Kalau ada kunyit hidup blend kan juga sekali
2) Panaskan minyak
3) Tumis semua bahan yang di blend
4) Masak sampai garing
5) Masukkan sedikit air
6) Masukkan ayam dan hati ayam. Masak sampai ayam tu kecut
7) Masukkan santan
8) Masukkan kunyit serbuk ( kalau dah blend kunyit hidup takyah masukkan serbuk ni)
9) Masak lama sikit supaya ayam tu masak sepenuhnya
10) Masukkan garam secukupnya
11) Masukkan tomato yg dh siap dibelah
So, cuba beritahu Cuya apa nama masakan ni? Macam rendang tapi bukan rendang. Macam masak lemak cili padi tapi tak sama.
Siapa ada jawapan sila komen di bawah! 😂
Yang pasti ayah cakap sedap! Itu yang nak dengar tuuu 😆 . Tapi masa dia cakap sedap dia pergi cakap kat ibu, bukan Cuya. Hahahaha
Dengan Cuya taknak lak memuji hahahaha
Till then, adios amigos!

Risau cakap dekat Cuya..esok nya Cuya masak tak sedap pula.. hihihi
ReplyDeleteHahaha yelakan 😂
DeleteBoleh la tu rendang style cuya 😁
ReplyDeleteYe ehhh hahahah
Deletekira rendang lah tu tp versi cuya heheheh
ReplyDeleteBole la ni kan hahaha
DeleteAkak panggil masak campak-campak. Ikut suka hati sendiri dan apa ada dalam peti ais. Alhamdulillah, sedap. Pandai Cuya masak.
ReplyDeleteYelakan mak2 semua campak2 hehe
DeleteMasak campak campak dan tak de nama ni biasanya inshaAllah sedap rasanya .. Pandai Cuya masak...
ReplyDeleteAlhamdulilah hehehe Allah bagi sedap
Deleterendang gak la ni cuye.hehe..kalau orang negori sesetengah kawasan tak letak bawang. bahan lain tu sama cam cuya, pastu ada tambah kacang panjang last sekali. rendang hati dengan kcg panjang..sedap gak
ReplyDeleteOhh gitu... Ada kacang panjang sedap gak
DeleteMacam kurma pun ye jugak hehe. Yang penting sedap 👍🏻
ReplyDeleteAkak ni pun mmg setiap hari la paksa diri memasak utk keluarga haha. Kalau tak masak rasa bersalah pulak hihi
Betul kadang2 kena paksa diri untuk rajin kan hehe
DeleteKalau masakan begini, di sini sebutannya KALIO Cuya. Kalio ayam, atau Kalio daging. Jadi belum berubah menjadi rendang yang kering , masih basah. Krn di sini rendang kan cendrung gelap dan kering. Jadi fase saat masih basah, itu kami sebut Kalio. Macam masakan Cuya
ReplyDeleteWahh ini pengetahuan baru untuk Cuya. Thank you sharing!
DeleteCuya tanya hari tu resipi ayam percik kan?
ReplyDeleteAyam diperap dengan bawang putih, bawang merah dan halia (tumbuk atau blend).
Kuah ayam percik :
bawang putih, bawang merah, cili kering dikisar kemudian tumis. Cili pes pun boleh. masak sampai pecah minyak.
masukkan santan kacau sehingga mendidih
masukkan serai diketuk, gula melaka / gula putih / gula perang dan asam keping sikit, garam secukup rasa.
***Ayam percik kena rasa manis sedikit. Pastu rasa dari cili kering tu pedas sedikit. Baru balance dengan manis tu. Kuah percik tu kena macam kuah rendang tak berair sangat tapi pekat.
Ayam tadi dibakar atas pan atau dalam air fryer kemudian dah masak....curahkan kuah percik.
Terima kasih share kak!
DeleteMasakan yang Cuya masak ni akak pun tak sure....tapi nampaknya sedap tu makan dengan nasi...
ReplyDeleteTulaa semua kata macam rendang hehe
DeleteCheq panggil ni 'ayam santan berempah' yang ditambah tomato 🤓
ReplyDeleteOhh gituuu. Nice2 👍🏻
DeleteNanti Cuya boleh try masak ayam guna resipi ni pulak 👉 Ayam Santan Berempah 🤓
ReplyDeleteTerima kasih share!
DeleteNice, boleh tambah lagi satu jenis masakan ayam.
ReplyDeleteYeszaa hahaha
DeleteNamanya tak penting, rasanya lagi penting ahak!
ReplyDeleteAkk pun nak kena ikut Cuya, Niat Lillahi Taala juga bila malas masak :)
Tulakan asal sedap kira onzzz . Hahahhaa.
DeleteBetul apa2 kena niat kerana Allah ^^
Tengok bahan2 nya, memang sedap masak ayam Cuya ni.
ReplyDeleteAlhamdulilah masak simple jer
DeleteW’salam Cuya..
ReplyDeleteKalau tengok dari segi warna macam kurma tapi takde pun serbuk kurma dalam bahan-bahan Cuya guna.. Hurmmm apa2 laa, nama masakan tak penting, janji boleh makan..
Warna tu sebab kamera kot..tapi asalnya warna kuning.
DeleteBetul! Janji sedap dimakan hehehe
Nampak macam ayam masak kari..tengok resipi hanya ada kunyit..apapun masakan wanita yang ikhlas demi family..sedap tu..
ReplyDeleteBagus ya Cik Cuya rajin masak kena kekal kan rajin masak ni..
ReplyDeleteMacam2 bakat Cuya ni rupanya!
ReplyDeletejanji sedap..ons aje Cuya
ReplyDelete