Pages

Monday, December 15, 2025

Green Pistachio Spread

Assalamualaikum Hello Coconuts! 🥥 

Alhamdulilah parcel yang Cuya nantikan dah selamat sampai. Cuya beli sapuan ataupun spread di TikTok. First time keluar iklan TikTok, ni semua abang madnor punya pasal dia promot. Kita pon sapot la dia sebab minat jugak dengan celoteh abang madnor.


Cuya beli Greeny Pistachio Spread yg crunchy punya sebab Cuya suka kalau dapat rasa kacang dia.

Harga takyah cakap memang mahal la sebab kacang Pistachio kot .

Botol besar Rm42

Alhamdulilah banker Cuya bayar, sape lagi kalau bukan abang Cuya 🤣. Tiap bulan ada aje Cuya pau dia, maklumlah abang bujang. Hehehe


Sebenarnya warna dia hijau macam matcha tapi sebab lighting jadi nampak gelap.

Boleh sapu kat roti, biskut, buat air, kek batik dan segala macam manisan la sesuai.
Cuya sengaja beli yang besar, kang menyesal beli yang kecik.

Apapon memang puas hati makan. Rasa dia rasa kacang Pistachio yang lemak berkrim. Perghh paduu toqq. Yang penting FREE. HAHAHA.

Ada yang kata rasa dia macam pistachio aiskrim llao llao, tapi Cuya rasa beza sebab ni lagi likat. Yang Llao Llao tu memang sedap favourite Cuya. Tapi puas hatilah makan spread ni, tak nyesal beli.

Review pon semua bagus bagus. Kalau korang berminat boleh beli kat TikTok. Botol kecik pon ada kalau nak cuba2. Ada dua jenis satu crunchy satu yang kosong.

Alhamdulilah 

Till then, adios amigos.

Nota kaki: Bulan depan nak pau abang apa pula ya? 🤣


45 comments:

  1. Untung la ada abang yang boleh di pau tu. Nampak sedap pulak spread pistachio tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah abang takleh kedekut dgn adik. Hehe
      Sedap2 bolehla akk cuba

      Delete
  2. Abang pun baik dengan adik ok la kan....kacang ni memang mahal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah ada abang yg layankan ajer permintaan adik dia.
      Yup kacang import kn

      Delete
  3. Alah... alang2 mintak la henpon baru ke... hehehe

    ReplyDelete
  4. untung laaa ada org sponsor brg cuya!!

    ReplyDelete
  5. sekilas memang terlihat seperti matcha ya
    dilihat aja pun sudah sedap

    ReplyDelete
  6. Huntonglaaaa abang belanja😆

    ReplyDelete
  7. Kalau sedap kena order lagi lah. 😱

    ReplyDelete
  8. Whoa..Kiranya tak nyesallah beli bekas besor ye ..Macam nak try lah hehee..Kena cari banker gak ke Camana ni 🤪

    ReplyDelete
  9. Nak kena tanya banker dulu ni, boleh dapat tak yang besar macam tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. NI mesti dah jwanjih ngan Abg Madno, nak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA jwannjii kay? Jwannjii beli 🤣

      Delete
  11. kalau iris nampak ni... ada harapan MA yg kena pau.. he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar harapan tuu, MA kena ready duit je ni hahaaha

      Delete
  12. bestnya...rasa kacang pistachio yg mewah...kena try jg nih..

    ReplyDelete
  13. alamak ok je harga untuk t20 ni.. tapi kalau dah ada banker belasah je hihi

    ReplyDelete
  14. pelbagai dah pistachio ni di jadikan menu kan, sedap pula tu .

    ReplyDelete
  15. tk pernh bli pistachio spread..sedap nmpknya

    ReplyDelete
  16. Pertama kali akak tengok pistachio spread. Suami akak hantu kacang pistachio.

    ReplyDelete
  17. Ada juga adik beli tapi jenama lain. Hehe tidak terfikir nak rasa. Sedap kang takut terjebak asyik makan.

    ReplyDelete
  18. Yg free mmg kebiasaannya sedap. Sekian.

    ReplyDelete
  19. uiii sedap ni kalau dapat mkn dgn roti bakar

    ReplyDelete
  20. Ehhhh janganlah anak dara ammi nampak iklan ni kat TT. Dia tak ada abang atau kakak nak dipau. Ke kakak Cuya sudi nak jadi kakak dia? Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamakkk kena berangkat ke ni 🤣🤣

      Delete
  21. nampak sedap. makan ngan roti bakar fuhh mantap gak ni.

    ReplyDelete