Pages

Saturday, December 27, 2025

Apa Nama Lauk ni Tah?


Assalamualaikum Hello Coconuts! 🥥 

Ni cerita untuk hari Rabu lepas. Cam biasa ibu request untuk Cuya memasak. Kadangkala mood memasak ni kelaut jugak tapi disebabkan ibu request maka Cuya turutkan.

Tapi kalau Cuya memang malas nak memasak tu kan, Cuya selalu pujuk hati Cuya sambil berkata " Aku masak kerana Allah". Itu sahaja yang Cuya akan sebut supaya apa yang Cuya buat tu tak sia-sia di mata Allah.

Biasalah kita orang perempuan kan ada mood dia kan. Time nak masak, masak. Time penat gantunglah kuali.

Haritu Cuya masak satu masakan yang Cuya sendiri tak tahu nak panggil apa. Korang tengok la sendiri.




Bahan2:

1) Serai 3 batang
2) Bawang merah 5 biji
3 ) Bawang putih 2 ulas
3) Cili padi 2 genggam
4) Halia 2 inci
5) Santan
6) Kunyit serbuk / kunyit hidup
7) Ayam
8) Hati ayam 
9) Garam
10) Tomato

Cara- cara masak:

1) Blendkan serai, bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Kalau ada kunyit hidup blend kan juga sekali
2) Panaskan minyak 
3) Tumis semua bahan yang di blend
4) Masak sampai garing
5) Masukkan sedikit air
6) Masukkan ayam dan hati ayam. Masak sampai ayam tu kecut
7) Masukkan santan
8) Masukkan kunyit serbuk ( kalau dah blend kunyit hidup takyah masukkan serbuk ni)
9) Masak lama sikit supaya ayam tu masak sepenuhnya 
10) Masukkan garam secukupnya
11) Masukkan tomato yg dh siap dibelah



So, cuba beritahu Cuya apa nama masakan ni? Macam rendang tapi bukan rendang. Macam masak lemak cili padi tapi tak sama.

Siapa ada jawapan sila komen di bawah! 😂 

Yang pasti ayah cakap sedap! Itu yang nak dengar tuuu 😆 . Tapi masa dia cakap sedap dia pergi cakap kat ibu, bukan Cuya. Hahahaha

Dengan Cuya taknak lak memuji hahahaha

Till then, adios amigos!

36 comments:

  1. Risau cakap dekat Cuya..esok nya Cuya masak tak sedap pula.. hihihi

    ReplyDelete
  2. kira rendang lah tu tp versi cuya heheheh

    ReplyDelete
  3. Akak panggil masak campak-campak. Ikut suka hati sendiri dan apa ada dalam peti ais. Alhamdulillah, sedap. Pandai Cuya masak.

    ReplyDelete
  4. Masak campak campak dan tak de nama ni biasanya inshaAllah sedap rasanya .. Pandai Cuya masak...

    ReplyDelete
  5. rendang gak la ni cuye.hehe..kalau orang negori sesetengah kawasan tak letak bawang. bahan lain tu sama cam cuya, pastu ada tambah kacang panjang last sekali. rendang hati dengan kcg panjang..sedap gak

    ReplyDelete
  6. Macam kurma pun ye jugak hehe. Yang penting sedap 👍🏻
    Akak ni pun mmg setiap hari la paksa diri memasak utk keluarga haha. Kalau tak masak rasa bersalah pulak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kadang2 kena paksa diri untuk rajin kan hehe

      Delete
  7. Kalau masakan begini, di sini sebutannya KALIO Cuya. Kalio ayam, atau Kalio daging. Jadi belum berubah menjadi rendang yang kering , masih basah. Krn di sini rendang kan cendrung gelap dan kering. Jadi fase saat masih basah, itu kami sebut Kalio. Macam masakan Cuya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh ini pengetahuan baru untuk Cuya. Thank you sharing!

      Delete
  8. Cuya tanya hari tu resipi ayam percik kan?

    Ayam diperap dengan bawang putih, bawang merah dan halia (tumbuk atau blend).
    Kuah ayam percik :
    bawang putih, bawang merah, cili kering dikisar kemudian tumis. Cili pes pun boleh. masak sampai pecah minyak.
    masukkan santan kacau sehingga mendidih
    masukkan serai diketuk, gula melaka / gula putih / gula perang dan asam keping sikit, garam secukup rasa.
    ***Ayam percik kena rasa manis sedikit. Pastu rasa dari cili kering tu pedas sedikit. Baru balance dengan manis tu. Kuah percik tu kena macam kuah rendang tak berair sangat tapi pekat.

    Ayam tadi dibakar atas pan atau dalam air fryer kemudian dah masak....curahkan kuah percik.

    ReplyDelete
  9. Masakan yang Cuya masak ni akak pun tak sure....tapi nampaknya sedap tu makan dengan nasi...

    ReplyDelete
  10. Cheq panggil ni 'ayam santan berempah' yang ditambah tomato 🤓

    ReplyDelete
  11. Nanti Cuya boleh try masak ayam guna resipi ni pulak 👉 Ayam Santan Berempah 🤓

    ReplyDelete
  12. Nice, boleh tambah lagi satu jenis masakan ayam.

    ReplyDelete
  13. Namanya tak penting, rasanya lagi penting ahak!
    Akk pun nak kena ikut Cuya, Niat Lillahi Taala juga bila malas masak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulakan asal sedap kira onzzz . Hahahhaa.
      Betul apa2 kena niat kerana Allah ^^

      Delete
  14. Tengok bahan2 nya, memang sedap masak ayam Cuya ni.

    ReplyDelete
  15. W’salam Cuya..
    Kalau tengok dari segi warna macam kurma tapi takde pun serbuk kurma dalam bahan-bahan Cuya guna.. Hurmmm apa2 laa, nama masakan tak penting, janji boleh makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna tu sebab kamera kot..tapi asalnya warna kuning.
      Betul! Janji sedap dimakan hehehe

      Delete
  16. Nampak macam ayam masak kari..tengok resipi hanya ada kunyit..apapun masakan wanita yang ikhlas demi family..sedap tu..

    ReplyDelete
  17. Bagus ya Cik Cuya rajin masak kena kekal kan rajin masak ni..

    ReplyDelete