Pages

Wednesday, December 31, 2025

Menang Giveaway, Hadiah dah sampai!

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Bulan November haritu Cuya ada join satu giveaway. Memang last minute Cuya join.



Tiba-tiba dapat dm daripada TikTok yang Cuya menang GA. Alhamdulilah 




So harini Cuya terima parcel misteri. Cuya rasa daripada giveaway ni la sebab Cuya takde order apa2.

Alhamdulilah dapat mouse! Kebetulan mouse Cuya pon hilang entah ke mana, dapat lak free.



Warna violet lak tu. Cantikkkk. So feminin gitchuu

Terima kasih kepada penganjur GA. Alhamdulilah rezeki tak pernah salah alamat.

Till then, adios amigos!


Tuesday, December 30, 2025

Watsons

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Setelah lama tak beli skincare dan sudah kehabisan, maka kita singgah ke Watsons Pekan Jasin.

Di Jasin ada 3 Watsons, satu di pekan, satu di Jasin Bestari dan di Mydin Jasin . Rasanya semua Watsons harga selaras cuma beza saiz kedai je.

Kalau di pekan kecik sikit kedainya. Tapi sebab senang, dekat dengan rumah maka Cuya pon ke situ.


Selfie duluan. Terasa lama tak selfie. Cuya biasanya selfie kalau gi kerja atau keluar jalan jalan. Kadang tu lupa juga nak selfie.

Sebab dah jarang pos status ws, jadi keinginan nak selfie tu selalu dilupakan. Maka tiada gambar sebagai memori.

Tapi disebabkan nak update dalam blog, maka otak auto ingat nak selfie. Dia kena ada benda trigger barulah kita semangat nak tangkap gambar.




So, Cuya ke Watsons sebab nak beli skincare. Sebelum ni Cuya memang pakai Wardah tapi sebab dah habis Cuya guna skincare ibu jenama NUTOX.

So sekarang Cuya kembali beli set skincare Wardah sebab memang serasi ajer dengan kulit Cuya.

Cuya ingatkan nak beli skincare yang sesuai dengan acne, tapi kulit Cuya sekarang dah jarang naik jerawat alhamdulilah. Sebab sebelum ni Cuya pernah jumpa pakar kulit di hospital government. Setiap kali follow up kena bayar Rm5, so jimat lah.

Pencuci muka dan ubat jerawat yang disediakan hospital gomen free jer. Masa tu dia bagi pencuci Cetrimide, oxy dengan adapalene. 3 benda tu je Cuya pakai. Benda basic je untuk pulihkan kulit Cuya .

Alhamdulilah berkesan dan kulit Cuya dah okay berbanding dulu. Heyy dulu.. teruk gila muka Cuya. Bukan Cuya yang malu dengan muka Cuya, tapi ibu yang kesian dengan Cuya.

Sekarang tinggal parut lekuk je. Moga ada rezeki Cuya buat rawatan dermapen untuk hilangkan lekuk pada wajah Cuya ni. Aamin ya Rabb.

Siapa je taknak cantik kan? 😁

Till then, adios amigos!


Aku Disini Masih Berharap


Assalamualaikum, Hello Coconuts ~

Cuya skrol album dalam phone, macam takde gambar yang sesuai untuk upload. Sejak dua menjak ni, tak rajin Cuya nak tangkap gambar.

Gambar masakan Cuya masak pon Cuya terlupa nak tangkap. Mungkin bukan kebiasaan Cuya untuk tangkap gambar.

__________________________________________

Terkadang hidup ni terasa sunyi, seolah ada yang kosong. Banyak pengharapan dan doa yang Cuya langitkan pada Allah. Hati kecil ni meronta-ronta untuk mencapai impian yang terbuku di dada.

Terasa ingin meluahkan semua benda yang tersemat di jiwa. Luahkan pada manusia, manusia endah tak endah. Lalu hanya pada Allah saja Cuya mampu luahkan semua.

Apa sebenarnya yang buat Cuya rasa tak cukup eh? Sebab tengok hidup orang lain ke? Kang orang cakap kita tak bersyukur. Tapi normal lah kalau seorang manusia nak itu ini. Semua orang ada impian yang nak dicapai.

Namun tak semua impian mampu digapai.
Cuya harap dengan ujian yang Cuya hadapi di dunia ini akan menjadi asbab untuk peroleh syurga tertinggi di akhirat kelak.

Kalau disuruh sabar, Cuya dah lama bersabar. Tapi kesakitan itu selalu menyerang fikiran dan perasaan. Kadang terfikir gak, orang lain dia tak ikut perintah agama tapi kemain mudah lagi urusan kerjaya, jodoh dan rezeki.

Agak Allah bagi istiraj ke kepada orang macam tu? Orang tu cuma dapat dunia, akhiratnya tidak?

Yelah, dunia ni ibarat bangkai kambing yang busuk. Takdelah indah mana. Dunia tempat diuji. Sentiasa ada ujian untuk setiap yang bernama hamba.

Moga Allah tidak membebankan aku dengan ujian yang berat dan mengeluarkan aku dari segala kesulitan. Aamin ya Rabb...



Saturday, December 27, 2025

Apa Nama Lauk ni Tah?


Assalamualaikum Hello Coconuts! 🥥 

Ni cerita untuk hari Rabu lepas. Cam biasa ibu request untuk Cuya memasak. Kadangkala mood memasak ni kelaut jugak tapi disebabkan ibu request maka Cuya turutkan.

Tapi kalau Cuya memang malas nak memasak tu kan, Cuya selalu pujuk hati Cuya sambil berkata " Aku masak kerana Allah". Itu sahaja yang Cuya akan sebut supaya apa yang Cuya buat tu tak sia-sia di mata Allah.

Biasalah kita orang perempuan kan ada mood dia kan. Time nak masak, masak. Time penat gantunglah kuali.

Haritu Cuya masak satu masakan yang Cuya sendiri tak tahu nak panggil apa. Korang tengok la sendiri.




Bahan2:

1) Serai 3 batang
2) Bawang merah 5 biji
3 ) Bawang putih 2 ulas
3) Cili padi 2 genggam
4) Halia 2 inci
5) Santan
6) Kunyit serbuk / kunyit hidup
7) Ayam
8) Hati ayam 
9) Garam
10) Tomato

Cara- cara masak:

1) Blendkan serai, bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Kalau ada kunyit hidup blend kan juga sekali
2) Panaskan minyak 
3) Tumis semua bahan yang di blend
4) Masak sampai garing
5) Masukkan sedikit air
6) Masukkan ayam dan hati ayam. Masak sampai ayam tu kecut
7) Masukkan santan
8) Masukkan kunyit serbuk ( kalau dah blend kunyit hidup takyah masukkan serbuk ni)
9) Masak lama sikit supaya ayam tu masak sepenuhnya 
10) Masukkan garam secukupnya
11) Masukkan tomato yg dh siap dibelah



So, cuba beritahu Cuya apa nama masakan ni? Macam rendang tapi bukan rendang. Macam masak lemak cili padi tapi tak sama.

Siapa ada jawapan sila komen di bawah! 😂 

Yang pasti ayah cakap sedap! Itu yang nak dengar tuuu 😆 . Tapi masa dia cakap sedap dia pergi cakap kat ibu, bukan Cuya. Hahahaha

Dengan Cuya taknak lak memuji hahahaha

Till then, adios amigos!

Thursday, December 25, 2025

QQB Butter Caramel Popcorn


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Jam menunjukkan sudah pukul 1:22 pagi. Cuya masih belum tidur sebab ralit blogwalking tadi. So Cuya nak update ringkas.

Semalam Cuya terima parcel daripada order TikTok. Cuya order popcorn dari Kedah. Ni adalah pembelian kedua Cuya sebab sebelum ni member Cuya yang suggest popcorn ni. Sebab teringin, maka Cuya pon beli lagi.


Berat dia 1kg, memang banyak!


Walaupun banyak, tapi sekelip mata saja dah nak habis sebab kami bertiga di rumah kuat ngunyah 😂 

Setakat 1kg popcorn ni apa ler sangat, memang habis macam tu je! Hahaha 🤣 
Cuya kalau pergi wayang pon beli popcorn taknak berkongsi sebab kita makan banyak. 🤭

Memang puas beli popcorn ni, lagi sedap daripada wayang tau! Dahlah ranggup, rasa berlemak dan tak terlalu manis.

Sesiapa nak tu bolehlah beli di TikTok ya.

Till then, adios amigos!



Tuesday, December 23, 2025

Resipi Sambal Tok Tok

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Semalam blogger MZ minta share resipi sambal Tok Tok. Katanya first time dengar sambal ni.

Resipi dia sangat simple semua orang boleh buat.



Bahan bahan

1) Cili padi ikutlah nak banyak mana biasa Cuya masak dalam 2 genggam. Guna cili padi supaya lebih pedas, kalau tak tahan pedas sila guna cili hidup biasa.

2) Ikan bilis
3) Sebiji limau sambal ( kalau takde ganti dengan air asam jawa)
4) Garam secukupnya
5) 2 sudu kecil gula pasir
6) minyak secukupnya
7) Bawang merah dan bawang putih ( boleh letak sesuka hati nak banyak mana, lagi banyak lagi bagus so rencah dia akan banyak)



Cara- cara

1) Tumbukkan bawang merah dan putih, cili padi, dan ikan bilis. ( Ikan bilis option kalau nak tumbuk sekali , kalau tak boleh goreng dan asingkan dgn rencah)
2) masukkan garam dalam lesung batu yg kita tumbuk bahan tadi.
3) Panaskan minyak 
4) Gorengkan semua bahan yg ditumbuk
5) Perah limau ( kalau xde limau masukkan air asam jawa dan masak sampai kering air tu)
6) Dah masak lama sikit sampai garing baru letak gula pasir secukupnya.

Gula jangan letak awal takut hangit. Make sure control api supaya dia tak hangit.



Yang atas ni sambal versi ikan bilis garing. Kalau nak masak yg garing, rencah tadi goreng dulu baru masukkan ikan bilis garing.

Nak masak yg garing kena pastikan rencah dia masak sampai kering baru masukkan ikan bilis garing. Kalau lembab nanti ikan bilis dah tak garing.


Harap dapat membantu sesiapa nak masak sambal tok tok. Simple tapi memang membuka selera!

Till then, adios amigos! 👋🏻 


Monday, December 22, 2025

Menu Buka Simple

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Harini ibu dan ayah berpuasa jadi Cuya masakkan menu request by ibu. Menu paling simple.


Sambal tok-tok Cuya. Ni penambah selera makan.

Ada ayam bakar berempah, sup sayur sawi dengan salad. Simple as that. Tapi orang cakap makan simple ni la yang paling sedap kan?

Cuya senanya dah lama tak buat sambal tok tok tu tapi ibu memang gemar dengan sambal Cuya buat. Dari dulu suka request sambal Cuya. Padahal simple ajer nak masak sambal tu.

Ayah dulu siap kata boleh jual sambal tu. Hahaha. Cuya harini masak rasa lain, esok masak rasa lain 😂. Mana ler nak konsisten dah la kita pakai campak campak ajer. Sedap pon ikut anak tekak kita jer. Hehe

Korang suka sambal tok tok?


Till then, adios amigos 👋🏻 

Dinner 21 Dis 25

Assalamualaikum Hello Coconuts!

First time buat tajuk entri macam ni. Terpengaruh dengan blogger lain la ni. Sebab takde idea punya pasal.

Cuya ni jarang nak share bab makan-makan dirumah. Sebab karang ibu cakap, apa sibuk nau nak tangkap gambar makanan nak menunjuk. Hahaha

Jadi tu pasal bab makan ni Cuya jarang nak amik. Sesekali tu tangkap jugak la gambar sebab tengok blogger lain pon share makan makan. Makanan kita simple jer tu rasa macam, ala buat pe nak share. Tapi mana tahu akan memberi inspirasi pada blogger lain untuk memasak kan?

Tapi cerita semalam, dinner kitaorang tak masak. Tapau bawa balik rumah .


Cuya beli burger ayam crispy untuk Cuya. Haritu beli burgers kahwin, ni lain pulak. Sedap, rangup di luar.

Pastu beli 2 roti john daging. Ibu senanya nak Char Kuey Tiow haritu, tapi kedai tu tutup 


Yang penting sos tak kedekut. Kalau kena pada sos nya memang ngam .

Pastu harini Ibu ayah puasa, jadi Cuya makan lebihan roti john semalam. Menu masakan berbuka Cuya share entri lain. Masak simple2 je.

Till then, adios amigos. 👋🏻 


Saturday, December 20, 2025

Phone Baru

Assalamualaikum, Hello Coconuts! 🥥 

Ni sebenarnya cerita berbulan lepas tapi Cuya tak update sini. Haritu screen phone lama Cuya hampir tercabut. Cuya ingatkan memang dah takleh guna langsung.

Jadi Ibu sponsorlah Cuya phone baru. Tapi Cuya bawa sekali phone lama, rupanya boleh tampal ajer screen tu.


Cuya randomly pick phone mengikut bajet yang ibu bagi. So Cuya amiklah phone Oppo memandangkan sebelum ni pon Cuya pakai Oppo.


So ni phone Cuya yang terkini. Sekarang ni Cuya dah ada 3 phone. Kemain banyak lagi. Tapi phone lagi satu tak berpakai pon.

Tapi yang bestnya, bila satu phone habis bateri boleh pakai phone lain. Senang kerja. Ni pon Cuya update entri guna 2 phone sekaligus sebab nak update gambar punya pasal.

Alhamdulilah, phone tak mahal mana tapi berharga sebab ibu belanja. Hehe
Makcik makcik Cuya pakai phone pon sampai teruk kejadian dia. Tu alamat minta phone baru la.

Bayangkan phone case dia pon sampai terkoyak terus. Cuya yang bagi phone case tu. Cuya punya phone case elok ajer, yang tang dia punya rosak habis.

Ini manusia pakai ke tikus gigit ni? 😂 Adehh makcik makcik... Pastu makcik Cuya mintak lagi phone case kat Cuya. Sib baik Cuya ada banyak. Ehh macam-macam hal.

Phone baru Cuya cuma ada satu je phone case. Cuya nak amalkan minimalis la. Jimat duit. Kalau rasa dah bosan nanti baru fikir nak beli.

Alhamdulilah atas setiap rezeki yang Allah beri.

Nasib baiklah Cuya dah tak rekod video lagi. Tapi fon baru ni camera dia problem sikit taktahu ler pasal apa. Bila rekod video suara lari. Apa boleh buat. Nanti Cuya godek2 la tengok apa masalah. Ala phone murah kan, biasa ler tu problem.

Lainlah phone banker Cuya Rm6 k. Syok ler fon mahal2. Kekeke Patut Cuya suruh dia sponsor Cuya. 🤣 


Till then, adios amigos!



Rezeki Zus yang Tidak Ditolak


Assalamualaikum, Hello Coconuts! 🥥 

Entri ni cerita semalam dan harini.

Semalam Cuya pergi ambil barang ibu di Jasin Bestari. Jasin Bestari dengan Pekan Jasin ni lain tau. Jasin Bestari kira bandar kalau tak silap sebab sana lah ada Mydin dan kedai2 hipster semua .

Jadi Cuya singgah ke perumahan disitu sebab nak amik Kurma Dhuha Jamu Ratu Malaya. Ibu dah berjinak dengan JRM, sekali dah beli mesti beli lagi sebab produk dia sangat bagus dan membantu ibu.

Lepastu Cuya singgah PETRONAS nak beli jajan. Cuya belilah air , kopok dengan cheesekut.



Cheesekut dia mahal tapi sebab tempting, Cuya beli gak la sebab meriah topping.




Memang sedap. Masa beli tu dia keras, lepas biarkan kejap baru lembut. Cuya memang suka cheesekut. Mahal takpe janji sedap.


Lepastu cerita harini, Cuya gantung kuali. Beli lauk dah siap kat luar . Beli 2 ikan cencaru dengan siakap masak lemak kalau tak silap. Cuya tak tangkap gambar la .

Pastu ajak pergi Zus coffee, kononnya nak beli la minuman yang blogger lain duk post Pistachios Chocolate tapi sayangnya dah habis stok . Sedih takyah cakap ler.

Dahlah cuma ada bulan ni jer. Bukan rezeki Cuya la. Jadi Cuya beli benda lain.


Cuya beli Salted Caramel Frappe dan abang punya Strawberry Banana Frappe. Yang banana ni takde dalam list depan kaunter tapi kalau nak boleh je order.

Dua2 ni sedap. Yang penting Cuya punya ada coffee baru sedap.

Pastu beli cheesecake dengan kek baru Chocolate Kunafa. Saja je beli sebab abang offer belanja. Oh ya, lupa nak cakap Cuya keluar dengan banker Cuya 😂. Dia balik Jasin semalam. So setiap kali dia balik wajib ajak pergi Zus dan dia yang bayar. Ngeh ngeh ngeh.

Alhamdulilah rezeki jangan ditolak. Cuya doakan abang Cuya dimewahkan rezeki berlipat ganda di dunia dan akhirat. Aamin ya rabb

Korang makan apa harini?

Till then, adios amigos.

Friday, December 19, 2025

Booster Harini

Assalamualaikum Hello Coconuts! 🥥 

Hari cuti telah tiba~

Semalam Cuya susah nak tidur, jadi bangun dari katil Cuya start mengemas apa yang patut sikit-sikit.

Sebab takleh tidur, taktahu nak watpe jadi kemaslah jawabnya. Pastu Busu Cuya WS, ajak pergi breakfast di JKR Jasin. Cuya pon onz jela dah orang ajak.


Cuya makan roti telur dengan air nescafe ais. Pastu bungkus mee goreng, kuih seri muka dan 4 keping roti canai untuk ibu ayah. Busu yang belanja semua ni. Moga dimewahkan rezeki busu dunia dan akhirat. Aamin...



Kucate ni lak minuman kesihatan. Dah lama Cuya beli tak habis lagi. Jadi semalam Cuya minum sekole air suam Kucate. Ni produk mak Neelofa ni. Murah je sebab jualan gudang.


Isi dia macam ni. Ada bunga dengan halia bagus untuk perut.



Ni Cuya beli oreo sebab teringin plus nak kumpul Photocard yang sebenarnya Cuya takde minat pon kumpulan kpop dia. Saja kumpul isi masa lapang. Hahaha


Kumpulan Baby Monster. Cuya tak pernah dengar pon lagu diorang. Nantilah Cuya try dengar mana tahu in love.

Kelakar enn dah la tak minat group ni tapi sibuk kumpul Photocard dia. Baru ada 3 je. Patut Cuya beli Oreo masa kumpulan Blackpink baru betul. Tu baru Cuya minat. Takpela, simpan jela wat kenangan. Cantik gak card dia. Hehehe

Btw Cuya dah start journaling dekat buku. Ala-ala diari kehidupan. Seronok pula menulis secara fizikal. Boleh tulis macam-macam.

Dan planner 2026 ni Cuya takde idea nak buat apa, takkan nak biar kosong je. Tengah fikir, apa la benda aku boleh tulis. Kitalak bukan jenis planning.

Beli planner pon sebab nak buku free je. Harap boleh dapat idea la sebelum tahun baru menjelma.

Macam mana dengan hari korang? Story apa harini? Jangan lupa update di blog, kalau ada masa nanti Cuya blogwalking.

Till then, adios amigos!


Thursday, December 18, 2025

Cuya Menang Challenge

Assalamualaikum Hello Coconuts! 🥥 

Alhamdulilah Cabaran 100 Hari Kurangkan Gula dalam minuman sudah selesai semalam.

Dan bestie Cuya dah selesai cabaran turunkan 10 kg berat badan dia. Namun begitu bestie Cuya cuma dapat turunkan 7kg jer, lagi sikit jer nak menang.

Jadi bestie Cuya hadiahkan Cuya Rm50 dalam bank. Alhamdulilah rezeki yang tidak dijangkakan. Walaupun Liza tak menang, tapi banyak juga berat dia turun tu .

Dia masih teruskan cabaran dengan adik2 dia sampai bulan 2. Dia nak capai BMI normal. All the best Liza.


Maka Cuya celebrate kejayaan Cuya dengan minum kopi Super White Coffee Hazelnut.


Haruslah kopi ais. Wahhh nikmatnya minum kopi manis.

Segala pujian bagi Allah atas setiap kenikmatan yang Dia kurniakan.

Sekarang cabaran seterusnya untuk Cuya adalah untuk minum air masak dengan kerap dan kurangkan jajan.

Cuya pon nak turunkan berat badan sempena tahun baru ni. Jiayok jiayok!


Apa azam tahun baru korang?

Memori bersama keluarga

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Cuya jarang nak pos gambar family sendiri. So sesekali nak pos gak.


Gambar raya 2 tahun lepas tak silap. Masa tu kebetulan Cuya sedondon dengan abang yang bujang. Dia ni la banker Cuya 😂 

Tapi sekarang dah ada penambahan lagi satu anak buah baru. Masa ni dia belum lahir.

Cuya 6 orang adik beradik. 5 lelaki , Cuya seorang je bongsu perempuan. Abang yang sulung paling banyak menyumbang cucu kepada keluarga Cuya. Hahaha


Ni anak buah sulung Cuya, dah masuk degree dah sekarang. Tengok pon dah macam member² dah. Tinggi orangnya


Anak buah no 3


Anak buah no 5 dgn 6


Anak buah no 2, ni pon dah masuk asasi. Kejap je dah besar


Anak buah no 4


Diorang semua duduk Bukit Katil kat Melaka. Jadi selalulah singgah rumah Cuya di Jasin.

Abang Cuya 2 orang duduk di Melaka. Yang 2 orang nilah selalu berkunjung ke rumah.

Abang lain duduk KL, Putrajaya dengan Kedah.

Tapi ada jugak diorang balik ke Jasin lagi lagi kalau ada wedding family ke kan. Diorang akan mintak cuti.

Sekarang Cuya duduk bertiga je dengan ibu ayah. Sebelah ada makcik Cuya duduk dalam satu kawasan sama dengan Cuya.

Apapon abang Cuya suka Cuya duduk dengan parent sebab ibu pon dah tak kuat macam dulu. Sebab dia sakit arthritis, saraf kaki dah tak elok.
Kadang2 tu dia takleh jalan.

Ibu ayah dua2 dah tua.
Ayah tahun depan dah 71, ibulak bakal 70.

Kalau dulu zaman skola, Cuya jela ibu ayah yg paling tua. Kawan kawan Cuya semua mak ayah muda lagi.

Sebab ibu lahirkan Cuya tak silap umur 40/41 gitulah. Sebab ibu teringin nak anak perempuan, dapat ler Cuya. Lepastu ibu teringin nak rasa lahir caesar, maka Cuya pon lahir dalam keadaan dibedah. Hahahah

Apa ibu teringin semua dia dapat merasa. Alhamdulillah. So sekarang Cuyalah peneman ibu dan ayah.

Sebab itulah agaknya Allah ciptakan Cuya. Sebab nak jaga ibu.

Alhamdulillah.
Bukan abang je banker Cuya, ibu pon banker Cuya gak HAHAH 😂 
Ibu memang rajin memberi, jadi Cuya pon mencontohi sikap ibu dalam memberi.
Ibu tak pernah kedekut dengan anak anak dia.

Alhamdulillah 


Till then, adios amigos.







Wednesday, December 17, 2025

Masak untuk puasa

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Malam ni Cuya masak untuk ibu ayah puasa esok. Cuya masak simple2 je.


Masak Asam Berlada. Taktahu ler apa nama masakan ni. Main campak2 ajer. Janji sedap untuk dimakan. Harapnya kena pada tekak ibu ayah.

Ni selfie petang tadi punya makeup sebab ada yg tanya kat komen. Cuya belum remove makeup so bolehla tunjuk.

Nilah mekap yang ayah kata macam opera cina. Ada ke patut dia kata gitu? Padahal ni mekap simple je pon.

What do you think? Hahaha