Pages

Saturday, March 15, 2025

Suprise Box Daripada KEVIN & COCO

Assalamualaikum, Hello CoConuts!

Beberapa hari lepas Cuya ada beli satu box return parcel daripada jenama KEVIN & COCO. Harga tersangat murah memandangkan pelanggan yang tidak bertanggungjawab telah memulangkan parcel tu. Jadi harga pon murah sebab risiko kerosakkan barang tu tinggi.

Cuya tahu box yang Cuya ni berisi barang makeup daripada KEVIN AND COCO. Cuma Cuya tak pasti barang yang mana satu. So kira macam suprise box la untuk Cuya .Saja nak 'mengejutkan' diri sendiri LOL.



Kotak berisi makeup daripada KEVIN AND COCO


Highlighters puff. Boleh buat badan dan muka berkilat


Lip oil perisa strawberry dan peach


Ni macam lip mud tapi tak pasti apa.  Yang pasti untuk bibir, macam lipstik


Dapat lagi mascara, Haritu dah beli haha

Dapat pen warna warni. Cuya suka pen gini, boleh conteng2


Dapat 2 perfume berlainan baru. Wangi betul. Macam tahu-tahu je Cuya suka perfume

Memang jackpot barang-barang ni sebab biasa barang ni mahal harganya. Rezeki Cuyalah dapat beli dengan harga murah. Alhamdulilah...

Memang betul-betul nak raya ni. Bukan baju je raya, muka pon nak raya XD



Beberapa harini asyik shopping raya je,macam la raya lagi beberapa hari je.

Entah-entah Cuya time raya duduk dapur je.. aiyok..


Cuya ingat lagi biasa Cuya tak berbaju raya pon di pagi raya , orang lain semua pakai lawa2. Kita je selekeh. Tapi tahun lepas Cuya melawa sebab tahun lepas adalah tahun pertama Cuya pergi solat raya selepas lamanya tidak pergi sejak PKP lagi.

  Tahun ni harap dapat melawa lagi. Ala melawa pon duk rumah je.. eheks!


Korang sendiri macam mana raya biasanya? Pergi tak solat raya, ke sibuk uruskan rumah?









7 comments:

  1. Sakan ye Cuya shopping raya hikhik ...

    ReplyDelete
  2. Ooo.. Ade eh yang jual barang macam tu. Kat mana? Shoppe ke TikTok atau apps lain?

    ReplyDelete
  3. waahhh dpt harga jackpot sbb parcel org return bestnyaaa Cuya!

    psstt~ Cuyaaa ade lagi ke live tu return parcel? kalo ada, share link tt dia hehe

    ReplyDelete
  4. Orang dah lawa pakai apa pun lawa...

    ReplyDelete
  5. Surprise tak bila dapatnya Cuya?. Mesti harganya menarik ni kan?

    ReplyDelete