Pages

Saturday, March 15, 2025

Suprise Box Daripada KEVIN & COCO

Assalamualaikum, Hello CoConuts!

Beberapa hari lepas Cuya ada beli satu box return parcel daripada jenama KEVIN & COCO. Harga tersangat murah memandangkan pelanggan yang tidak bertanggungjawab telah memulangkan parcel tu. Jadi harga pon murah sebab risiko kerosakkan barang tu tinggi.

Cuya tahu box yang Cuya ni berisi barang makeup daripada KEVIN AND COCO. Cuma Cuya tak pasti barang yang mana satu. So kira macam suprise box la untuk Cuya .Saja nak 'mengejutkan' diri sendiri LOL.



Kotak berisi makeup daripada KEVIN AND COCO


Highlighters puff. Boleh buat badan dan muka berkilat


Lip oil perisa strawberry dan peach


Ni macam lip mud tapi tak pasti apa.  Yang pasti untuk bibir, macam lipstik


Dapat lagi mascara, Haritu dah beli haha

Dapat pen warna warni. Cuya suka pen gini, boleh conteng2


Dapat 2 perfume berlainan baru. Wangi betul. Macam tahu-tahu je Cuya suka perfume

Memang jackpot barang-barang ni sebab biasa barang ni mahal harganya. Rezeki Cuyalah dapat beli dengan harga murah. Alhamdulilah...

Memang betul-betul nak raya ni. Bukan baju je raya, muka pon nak raya XD



Beberapa harini asyik shopping raya je,macam la raya lagi beberapa hari je.

Entah-entah Cuya time raya duduk dapur je.. aiyok..


Cuya ingat lagi biasa Cuya tak berbaju raya pon di pagi raya , orang lain semua pakai lawa2. Kita je selekeh. Tapi tahun lepas Cuya melawa sebab tahun lepas adalah tahun pertama Cuya pergi solat raya selepas lamanya tidak pergi sejak PKP lagi.

  Tahun ni harap dapat melawa lagi. Ala melawa pon duk rumah je.. eheks!


Korang sendiri macam mana raya biasanya? Pergi tak solat raya, ke sibuk uruskan rumah?









Tebus Sample Percuma Libresse

Assalamualaikum, Hello CoConuts!



Cuya tak ingat bila, tapi dalam tahun ni juga rasanya Cuya pergi tebus sample percuma daripada jenama terkenal pad Libresse. Senang je nak tebus, search je SAMPLE LIBRESSE, nanti keluar la.Tak pun klik je perkataan yang Cuya highlight tu.

Boleh tebus semua free sample yang dia paparkan tu.

Cuya tebus semua tak silap, tapi yang sampai 2 plastik je. Kira okay jela tuu. Janji dapat.




Cuya dapat Libresse SensitiV Pads & Liners

dan Libresse Unscented Pads & Liners.


Sesiapa yang berminat boleh lah tebus free sample sementara stok masih ada. Cuya ni memang selalu mohon sample, benda pon free, kaut je la XD







Friday, March 14, 2025

Karpet Raya

Assalamualaikum Hello CoConuts!


Harini parcel sampai 3 sampai. Dua hadiah daripada blogger, satu lagi karpet raya ibu beli untuk rumah.
Beberapa hari lepas Cuya dengan ibu asyik nonton live karpet tiktok. Daripada hari ke hari, akhirnya beli juga karpet raya.




Dia datang dalam gulungan kecik ni.


Bila bentang besar lah saiz dia 6XL ( 200 cm x 300 cm)

Ibu beli dua. Dalam live nampak cerah warna dia, bila sampai agak pudar.. Tapi takpe, padan je dengan langsir kami.

Mak2 memang suka design bermotifkan ala Turki. Jadi r tu ada karpet raya, karpet lama kitaorang dah buang.

Karpet ni jenis velvet, senang nak sapu dan senang buang habuk. Dia juga anti slip jadi takdelah licin.

Harga pon murah je berbanding karpet Dubai.


Ibu siap usha sarung kerusi juga semalam. Beriya suruh Cuya search kt shopee. Macam-macam pula nak dibelinya hahaha

Layankan ajerrrr. Asalkan happy




Hadiah Top Komentar Kak Suria Amanda dan giveaway Blogger REN

Assalamualaikum, Hello CoConuts!


Alhamdulilah, harini Cuya terima parcel hadiah  daripada blogger Suria Amanda dan juga REN serentak.


Baca juga : 

Dapat Jadi Top Komentar di blog orang lain!




Hadiah daripada kak Suria Amanda:


Masa ni hujan... tiba2 courier datang bawa barang. Cuya pelik lah kotak besar apa ni?
Cuya agak2 hadiah daripada kak SA


Cantik kotak dia, apa ni?



Wah dapat mangkuk porcelain. Sesuai untuk letak lauk panas. Alhamdulilah..

Boleh lah guna untuk letak lauk  raya nanti.. hehe

Cuya first time seumur hidup dapat hadiah mangkuk sendiri. Mangkuk pertama Cuya! XD



Ada 3 saiz. Cantikkan?

Semoga kak SA dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah selalu. Terima kasih sebab sudi berkongsi rezeki dengan Cuya. Moga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan tiada habisnya. Aamin ya Rabb



BACA JUGA :



Haritu Cuya join giveaway daripada blogger REN. Alhamdulilah dapat hadiah sampul raya. 


Cantik doodle REN buat! Kreatif dan teliti sungguh

Terima kasih blogger REN :D

Sesiapa yang nak join giveaway REN boleh la click link atas. Ada rezeki dapatlah juga sampul sama macam Cuya ^^



Semoga blogger REN dimurahkan rezeki seperti sungai yang mengalir dengan deras, seperti hujan yang turun dengan lebat dan sebanyak buih di lautan. Aamin ya Rabb




Syukur atas setiap nikmat yang Allah berikan :)



Thursday, March 13, 2025

Penebusan Merchandise Kluang Man

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Pagi tadi Cuya terbaca entri daripada Blogger Bola Katok tentang penebusan hadiah merchandise Kluang Man di bawah syarikat Wonda Coffee.




Cuya tertarik dengan payung Kluang Man ni sebab rumah Cuya payung macam ada takde je ni.
Payung Cuya pon hilang entah ke mana..

Jadi, pagi tadi ayah dan Cuya ke pasar. Alang-alang tu kami singgah ke Petronas.



Lama Cuya tak ke pasar. Biasa ayah saja yang pergi beli bahan basah


Suasana di pasar di pagi hari. Tak ramai orang


Ayah tengah pilih sayur.


Cuya beli Wonda Coffee sebanyak 10 tin sebab nak cukupkan harga RM30 untuk tebus payuung Kluang Man. First time beli kopi  gini.

Ibu terkejut, ingatkan Cuya beli kopi paket, rupanya air tin. Bukan murah kannn



Harap dapatlah Cuya payung Kluang Man tu, kalau  tak sia-sia je beli kopi  tak dapat apa2.
Sebab Cuya baca dekat  Facebook ada yang sampai tunggu 12 hari pon takde balasan mesej daripada Wonda Coffee ni.

Bismilahi tawakaltu allallah.

Nak payung tu plz!



Ni pengaruh Bola Katok la ni. Hahaha 
Payung tu cantiklahh, dah la limited edition.

Mula2 Cuya ingatkan boleh la  tebus terus dekat Petronas. Staff Petronas tu pon macam blur dengan promo Wonda ni. Baca komen kat FB pon diorang kata benda sama. Masing-masing staff macam tak jelas dengan promosi ni.

Tak kisahlah, janji Cuya dah submit resit.








Hadiah Top Komentar CCL Dah sampai!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sebelum ni Cuya  ada tulis entri yang Cuya dapat jadi top komentar di blog Cik Cappuccino Latte.
And hadiahnya dah sampai!  Alhamdulilah..  Nervous gak nak tahu  dapat hadiah apa. Hahaha


jeng jeng... hadiah apa ini? hehe


Wahhh cantiknya! Memang feminin hadiah dia, sesuai untuk remaja dewasa macam Cuya.

Dalam dia banyak compartment boleh simpan kad.


Alhamdulilah untuk rezeki ni. Terima kasih CCL!
Moga dimurahkan rezeki yang tiada habisnya dan sebanyak buih di lautan. Aamin ya Rabb

Jom la kita komen dekat blog CCL ramai-ramai. :D







Wednesday, March 12, 2025

Barang Raya Udeh Nyampei


Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Late night update, i 've receive my barang raya!
Semalam kan Cuya cakap Cuya order baju raya daripada Indonesia. Lawa sangattt Cuya expect warna macam merah2 gitu tapi memang maroon betul. Takpela, baju pon murah siap free shipping lagi.




Parcel baju... Baju tak tunjuk sebab surprise!

Ibu kalau Cuya beli sendiri baju, ada je komen dia. Macam la kita budak kecik 😂😂
Memang dari dulu ibu jela tentukan baju Cuya. Ni baju Cuya beli sesuka hati sebab duit Cuya kan. Kalau duit ibu terpaksa la mengikut dia... Hahah



Pastu dapat battle untuk beli Baby Bear Duna EDP. First time nak cuba sebab terpengaruh anak buah pakai bau wangi amat.

Betul2 bau baby 🍼. Suka sangat bau dia

Satu botol kecik ni cuma Rm15 10 ml.
Kalau yang besar Rm40 30 ml.

Nanti raya nak diri ni bau baby je manjang. Baby tuaa... Hehehe




Tadi pergi bazaar Jasin Bestari. Dapat tebus Rm20 TnG. Sumbangan drpd kerajaan Melaka rasanya. Merasalah shopping di bazaar.

Gambar makanan Cuya tak up sebab malas nak tangkap gambar. Hehe


Dekat tempat korang ada ke sumbangan macam ni?

Btw ayah Cuya dapat Sumbangan Asas Rahmah. Kawan Cuya cakap, siapa yang dapat STR pon akan dapat jugak sumbangan asas ni. Kalau dapat boleh shopping barang dapur.

Korang dah cek ke dapat ke tak?


Boleh semak dekat sini




Tuesday, March 11, 2025

Shopping Raya

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


It's time for Cuya shopping raya! Cuya dengan ibu ayah memang takde tema raya jadi sesuka hatilah Cuya nak beli baju apa. CUya pon tak fikir nak tema apa, just randomly pilih.

Jadi Cuya pon skroll la shopee cari baju. Dekat titkok harga semua beratus.Aduh mati lanak baju raya mahal amat. Pakainya sesekali je. Jadi Cuya ikhtiar cari di shopee baju yang murah2.

Skroll punya skroll jumpa akhirnya!  Murah je bajunya, Cuya beli kebaya daripada Indonesia. Baju tu takde tulis ukuran, CUya agak2 je dengan saiz Cuya. Kalau yang sampai besar sikir takpe, jangan terlebih kecil pulak, lagi tak muat nak pakai . Aiyoyo

Ni Cuya tengah menanti kehadiran baju Cuya la ni. Tak sabar nak cuba! Hehehe .Harapnya tema tidak terlalu awam warna dia ya... Jangan pergi sini sana semua pakai warna  sama. Btw, Cuya warna maroon merah gitchu... Baru la garanggg...kekeke

Lepas dah beli baju tu, bab tudung tu Cuya try la cari tudung matching dekat gerobok Cuya. Harap ada yang sesuai, malas nak cari tudung lain.

Now, mekap pulak. Order Cuya dah sampai harini. Mari kita tengok~


Beli Lipgloss dengan mascara.
Mascara ni first time nak try daripada jenama Kevin and Coco. Biasa Cuya beli eyeshadows dia je


Banyak ni cuma RM20 je.. Sebab Cuya beli return parcel, so dia murah la. Kalau tak lagi mahal  harga dia


Mascara ni ada warna coklat dan warna hitam. Tak try lagi, tapi tengok feedback macam best.
Mascara ni RM10 je. Murah2 jer


Mata kiri pakai mascara coklat.. not bad. Kena tambah layer lagi ni




Next, Cuya beli perfume. Al kisahnya masa makan iftar bersama family Cuya, anak buah Cuya ni bau wangi je bila dekat dengan dia. Jadi Cuya pon tanya pakai perfume apa, sedap bau dia.

Rupanya perfume dia  adalah perfume  yang Cuya kena battle sebab stok selalu takde. Jadi kebetulan semalam masa Cuya tengok tiktok perfume tu, stok baru restock. Cuya apa lagi grab la dua.

Alhamdulilah dapat la tapi tengah tunggu sampai rumah.

Tak sabar nak tunggu 2 parcel ni sampai rumah. Setakat ni tu jela beli. Beli benda yang rasa pakai dulu, yang boleh beli kemudian nanti kita fikirkan lain hari.


Korang dah shopping raya lom?









Monday, March 10, 2025

Suasana Hari Raya Versi PKP oleh Nacuyaa

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Masa zaman Cuya di Uitm, Cuya ada masuk pertandingan nyanyian raya. Jadi Cuya olah sendiri lagu raya menjadi lagu sempena PKP. Sebab masa tu memang kes Covid. So jom lah enjoy dengar. Tak sedap mintak maappp . HAHA



Cuya pon tak ingat pernah share ke tak dalam blog pasal lagu ni.


So untuk hiburkan korang, Cuya share lagu Suasana Hari Raya versi PKP.


Cuya dapat top 5 tau lagu ni. Tapi Cuya rasa sebab Cuya tak dapat kumpul 'LIKE' yang banyak, so takdelah menang. Bukan rezeki.

Yang penting kita enjoy zaman contest2 ni. Seronok tau dapat join contest 

Rindunya zaman dulu! 


Apa macam, okay tak lagu Cuya nyanyi? Moga terhibur!






Sunday, March 9, 2025

Berbuka Bersama Family

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Hari semalam merupakan hari Cuya dan adik beradik merancang untuk berbuka bersama di rumah kami Jasin, Melaka. Alhamdulilah plan menjadi.Cuya sengaja taknak beritahu ibu tentang kehadiran abang-abang Cuya tapi dah terkantoi sebab ibu call abang no 4. Last-last ibu tahu, terkejut lah dia.


Ikutkan ibu taknak anak-anak dia susahkan diri balik Jasin. Semua adik beradik Cuya ada kecuali abang no5 yang berada di Perlis. InshaAllah yang no 5 ni balik masa raya.



Anak buah Cuya dah rasmikan spagetti carbonara sebab dia tidak berpuasa.. hahahha


Kaklong bawa nasi jagung dengan sambal ayam merah
Ada juga lauk telur masak kurma rasanya tak pasti, CUya tak makan


Abang-abang Cuya tengah rancak berborak


Anak2 buah Cuya sibuk dengan gajet saja. Hahaha Biasalah orang muda kan, gajet tak tinggal.


Family Cuya ada berbuka di bawah , ada juga di meja.
Meja tak muat.. family besar kan


Lauk pauk


Ayam masak merah


Ada juga kuih muih dan bubur pulut hitam
Murtabak
Pengat pisang keledek


Lepastu malam solat magrib, isyak dan terawih sama-sama.


Alhamdulilah syukur dapat buat family gathering. Setahun sekali je kan.

Abang ada yang dari Putrajaya, Shah Alam... dan 2 orang memang duduk Melaka. Senang la.

Gambar ni pon sikit je buat kenangan. Simpan sini 


Korang lak cane? Dapat berbuka bersama keluarga tak?






Friday, March 7, 2025

Beli Apa Hari Ini?















Air lemon RM4


Bubur lambuk percuma dari masjid..Sedap!




Harini Cuya masak lemak ayam. Pedas punyaaaaaa



Lepas memasak kenalah membasuh. Apa boleh buat kita orang bujang kena buat semua kerja.

Misi Mencari Syurga di Telapak Kaki ibu!