Pages

Wednesday, January 22, 2025

Jalan Zoo Melaka


Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Hari Isnin lepas Cuya dan keluarga abang pergi ke Zoo Melaka. Tapi Cuya tak rajin nak tangkap gambar binatang kat situ. So Cuya share gambar sikir-sikit jadi la eh. Buat raso-raso orang kata.

Memandang pada Sabtu lepas ada wedding cousin Cuya, Cuya dan abang tidur di hotel Muar. Jadi abang Cuya yang duduk di Perlis ni lepas habis wedding terus balik Jasin tidur di rumah ibu Cuya. Maka diorang pon ajak la Cuya jalan-jalan ke Zoo Melaka.

Berzaman Cuya tak jejak ke Zoo ni, entah bila last tak ingat. Sekolah rendah agaknya? Bila datang zoo ni takde perubahan ketara pon, biasa-biasa saja. Cuya pon tak hype sangat dengan zoo ni. Perasaan dah tak sama macam mula-mula jejak kaki dekat zoo.



Kena beratur dekat tiket



Dapat tiket warna pink pasang kat tangan





Masa dekat pintu masuk ada photographer yang tangkap gambar kitaorang.
Kakak ipar Cuya beli dengan harga RM100.
Dapat sekeping gambar besar, fridge magnet gambar kami,serta 2 block kaca yang ada gambar kitaorang jugak.

Kak ipar offer nak beli kan gambar, Cuya kata tak yah la. Lagipon balik Cuya boleh print sendiri.. hehe 
Nasib baik dapat gambar bentuk digital.




Dekat luar Zoo Melaka


Posing selagi boleh. Haha
Baby yang kecik tu sampai terkangkang besau hahhhh.. HAHA

Benda merah yang anak buah Cuya pegang tu plastik yang boleh tarik panjang dan dibengkokkan.
Tu pon harga RM10 bai!

Plastik bodoh la Cuya panggil. Kahkahkah  

Scammer! kekeke


Dekat taman burung berbayar. Sorang bayar RM6 tak silap Cuya.
Dapat bagi makan dan minum pada burung , ayam belanda

Anak buah Cuya ni takut-takut dan berani juga diorang.. Hahaha

Cuya masa ni tengah bagi minum pada burung




Kitaorang naik tren dekat situ berharga RM100 untuk 5 orang.
Tren tu akan bawa pusing satu zoo dan boleh stop mana-mana kita nak.

Takleh  bayang Cuya kalau kena jalan kaki dalam Zoo..perghhh berleciak ketiakk babe.
Naik tren pon 1 jam lebih, apa lagi jalan kaki.

Sib baik abang dgn kakak ipar ambil keputusan untuk naik tren.


Beli aiskrim vanila dekat Ice Planet kedai dalam zoo



Lepastu singgah Aeon Ayer Keroh, beli sushi untuk makan dekat rumah.


Saja try sizzling dekat sini sebab Makngah Cuya kata sedap.

Hermmm... bagi Cuya, 
BIASA JE NYAH.

Masin kauuu.... Hahaha Does not meet my expectation. Fail!



Singgah DAISO untuk beli plastik ziplock untuk buku-buku Cuya.
Rupanya taknak buku jadi kuning, kena seal dia dengan plastik. Patutlah buku Cuya kuning.

Lepastu pergi POPULAR nak cari siri komik Magis Manis Coklat  huruf  V.
Siri buku ni memang ikut huruf A-Z.
Bercinta nak nunggu komik ni habis siri dia.





Ni malam sebelum tu, kitaorang pergi makan dekat Ley Park Station di Ayer Keroh sebelah dataran Melaka yang dekat Zoo Melaka tu.

Tak ramai orang pon masa ni


Kak ipar belanja pizza, sebab Cuya yang nak Pizza.


\
Air Butterscoth Latte.

Cuya baru minum sikit dah habis.
Sumpah scamm.. banyak ais je.  Adoiiii


Masa ni ada karoeke berbayar RM3 untuk satu lagu, RM5 untuk dua lagu.
Masalahnnya perut Cuya penuh dah... so takdela pergi nyanyi.

Baru nak show off bakat yang tak berapa ada ni.

Kekeke


Ni baru tadi selesai print gambar-gambar yang Cuya nak. Senang ada printer sendiri, boleh print.


Tapi kualiti dia takdelah perfect mana. Asal boleh jela... Janji ada kan.




Terima kepada abang ku, abang Hakiim dan kak ipar Kak Tikah bawa Nasuha jalan-jalan Melaka.

Moga Allah murahkan rezeki abang dan akak dan dirahmati Allah selalu.
Nanti balik Jasin lagi ya! Seketul Nasuha kebosanan sendirian di rumah... Hehehe

Till then, 

adios amigos!




















25 comments:

  1. MZ last few yrs pernah gi zoo melaka ni..zmn2 covid tp time pkp dilonggarkan tu.so gigih kami gi zoo🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok ya ke zoo? Kalau ada anak2 kecil lagi seronok hehe

      Delete
  2. MZ last few yrs pernah gi zoo melaka ni..zmn2 covid tp time pkp dilonggarkan tu.so gigih kami gi zoo🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  3. Bestnya jalan-jalan ke Zoo Melaka dengan family! 😄 Walaupun zoo tak banyak berubah, tetap seronok bila dapat luangkan masa bersama. Naik tren tu memang penyelamat, kalau jalan kaki confirm leciak ketiak! 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Alhamdulillah dapat spend time bersama. Jarang² berlaku ni
      Hehe... Ya nasib baik naik tren, kalau tak ketar lutut 🤣🤣

      Delete
  4. pi melaka masa darjah 5 rasanya tahun 1995. 30 tahun dah wuiii

    ReplyDelete
  5. dulu masa Ian & Iris kecik pernah la gi zoo melaka ni.. memang jenuh kalau kena berjalankannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa Cuya zaman sekola rendah rajin la ke zoo , besar zoo Melaka ni

      Delete
  6. Pantas dia print gbar...
    Weyh cuya, zoo pandai buat duit dah skang.. Tiket tren pun mahey... Adudu... Igt nak masuk sebab ada dinosour tu, tapi.. Mahey beno tiket.. Pk banyak kali... Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa pandai gila

      Dinasour tengah renovation kak..memang mahal semuanyaaaa
      Huhuhu botak kepala!

      Delete
  7. Tempat² gini mmg keraslah harga apa pun. Kadang rasa cam krik krik gak kan...
    Anyway, it seems that you had a great time with your bro & his family 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa binatang ada yang tak aktif siang
      Boleh la buat raso2 pengalaman bagi burung makan hehe
      Alhamdulillah

      Delete
  8. Alahai..Rindu plk nk jalan2 ke Melaka...=)

    ReplyDelete
  9. Seronok jalan2 zoo & makan2 dengan family. Comel aunty Cuya dengan anak2 saudara.

    ReplyDelete
  10. Suka la anak2 sedara ada mak sedara yg suka melayan!

    ReplyDelete
  11. Dah lama jg x gi zoo...seronok gi zoo dgn kanak², ceria suasana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar tengok anak buah kena kacau dengan ayam san arnab hehe

      Delete
  12. Naik tren saja makan waktu 1 jam ya cuya 😂😂?? Besar sangat lah berarti zoo ini??

    Lucuuuu gemaaas anak bayi duduk di stroller itu. Lagi latihan nak split dia 😄

    Kalo mee hot plate with Masin, memang tak akan best. Saya pun mungkin tak bisa habiskan kalo Masin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar zoo ni... Berjam2 nak jalan kaki

      Yaa mungkin belajar split 🤣

      Makanan kalau gak enak terus gak ada mood kan

      Delete