Assalamulaikum, Hello Coconuts!
Cuya selalu singgah blog orang lain, mesti diorang share diorang masak apa. Cuya ni pulak tak rajin nak share bab memasak sebab malas nak tulis entri. Hah ni lah masalahnya penyakit M.
Lagipon Cuya kalau memasak pon bukan lah sehebat akak2 blogger lain. Setakat noobies macam saya ni, apalah sangat skill memasak. Hahhaah Tu yang malas nak menunjuk yang kita pon tahu memasak.
Tapi takpela, harini kita sharelah jugak supaya lebih banyak entri tertulis dalam blog.
Ayam Masak Tomato Kicap
Bahan-bahan:
Ayam beberapa ketul
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan
Serbuk kunyit
Garam
Bahan tumis:
Bawang merah
bawang putih
Halia
Cili blend
Sos tomato
Kicap manis
SEMUA BAHAN NI PAKAI AGAK2 JE. ( Mak2 kan suka pakai agak2 je ππ)
1) Campurkan ayam dengan serbuk jintan,ketumbar,kunyit dan garam secukupnya.
2) Lepas tu panggang ayam tu supaya ayam tu masak dengan lembut
*Sori takde gambar.. hahahah
Panaskan minyak.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk
Lepas bahan tumis tu dah naik bau, masukkan cili blend. Masak sampai pecah minyak dan warna cili dan gelap sikit. Lepas dah kering sikit masukkan air kosong sedikit.
Kemudian masukkan sos tomato dan kicap secukupnya. Pandai-pandailah rasa ya. HAHA
Volla! Siap dah...
Kita tak masukkan garam sebab pada ayam dah ada garam. Kicap pon masin sudah.
Cuya kalau masak ikut suka je, takde pon resipi yang sebenar-benarnya. Mak-mak kan pakai agak2 masak ikut instict. Tipikal mak-mak. Hhehehehe]
Nanti korang cubalah resipi ni. Simple aje resipinya wakk... tapi sedap! *Ceh puji diri sendiri
Ya Allah dia keluar ayam tomato pulakkk..dugaannπ
ReplyDeleteHhahaha...sabar eh cikgu..
DeletePergilah makan dulu sebelum baca blog XD
Sedap sedap... Ni makan nasi panas2 pak mertua kat sebelah pun tak perasan ni hahahhaah :P
ReplyDeleteHhahhaa...betul2, pandang pinggan penuh lauk je
Deletesaya baca ayam kicap lepas tu pelik kenapa warna macam sos ahhaha salah baca
ReplyDeletedia memang keliru sikit nama masakannya..
Deletedia kicap campur cili blend dan tomato sos
rajinnyer anak dara cuya ni., mesti sedap kannn., nyumm2
ReplyDeleteAamin...moga sedapla ya
DeleteSedap ni, tengok pun tau...
ReplyDeleteWell done Cuya π
Alhamdulillah moga2 sedap ☺️
Deletemak-mak mmg mcm tu cuya... main anggar je bila nk tumis tu... bila sendiri dah reti masak br tau mmg susah nk explain kat org.. hehehe
ReplyDeleteKan kak,semua mak-mak macam tu hehe
Deleteni makan dengan nasi minyak pun sedap ni Cuya
ReplyDeleteSedap tu kakkk.. hehe
Deletetgh hari nnt tlg hantar ya lauk ni ke opis sy hahahhhahahaha #gurauje
ReplyDeleteAi ai chip! Hahahaha.. klo ofis dekat bisa diatur
Deleteakak pun sama kalau masak campak2 je takde sukatan tu kalau nak bagi resepi susah sikit sebab tak rajin nak menyukat. hihiih
ReplyDeleteBetul tu kak, campak aje semuanya kan.. hahaha
Deleterajinnya cuya, tumbuk ... akk baru je beli lesung kat kedah br ni.. bru nk belajar menumbuk :P.. hihi.. yg pasti kalau bawang tumbuk mesti sedap kan..
ReplyDeleteYa ikutkan orang kata bawang kalau tumbuk lagi sedap
DeleteAkk nk tumbuk bawang ke tumbuk org tu..kekeekek
Mantap. Belum dimakan udah terasa enaknya.
ReplyDeleteAamin Alhamdulillah heheheh
Deletecepat dimasak sedap dimakan kan? Yummy....
ReplyDeleteYeahh tepat sekali. hehe
DeleteCantik kejadiannya, Cuya. Nampak sedap. :)
ReplyDeleteAlhamdulilah :D
Delete