Pages

Sunday, March 15, 2020

Saya Mahu Produk CREATIVE UNITED Psan!



Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Pemanis kalam awal kata,
Awal bismilah pembuka bicara.

Tinggi sungguh pokok sena,
Tinggi lagi cinta kita,
Giveaway menarik sudah tersedia,
Ayuh semua join sama.

Pergi singgah ke negeri Melaka
Datang membeli ikan nuri,
Syarat2 mudah belaka,
Rugi kalau tak join sekali.

Dagang Pak Malau dagang melipat,
Dagang hamba tuan nak sebat,
Ayuh kawan ayuh cepat,
Siapa cepat dia dapat!




Bunga melati dipetik orang,
Tanda hati mula dicuri,
Dalam banyak2 barang,
Beg ni paling berkenan di hati.

Sebab diri tak pernah memiliki,
Beg lukisan rupa sebegini,
Wajah makanan penuh dihiasi,
Andai memiliki sukanya hati.

Memandangkan diri suka makan,
Beg ini sangat bersuaian,
Bukan sahaja unik menawan,
Malah kacak dan tampan.(kuikuikui)

Beg sling pilihan hati,
Sebab warna-warna ceria
Cantik dipandang mencuit hati,
Kalau sudi tolong sedekah.๐Ÿ˜‚

Memandangkan usia masih muda lagi,
Beg sling sesuai digayakan,
Untuk pergi ke kelas atau parti,
Bergaya sambil mandi atau makan. (pon hado?)

Ikan kekek mak iloi2,
Ikan gelama mak ilai2,
Harga pon berbaloi2,
Terasa nak mengilaii(tiberrr..)

Sling beg kesukaan diri,
Senang digayakan itu pasti,
Lagi2 untuk kita yang muda lagi(uhuk!)
Memberi keyakinan yg tinggi!

Syarat semua sudah diikuti,
Moga ada juga rezeki,
Buat aku kamu disini,
Mari join sekaki!






Tag


P.s-Ni dah kali ketiga aku tukar gambar beg,sebab setiap kali ak refresh laman web creative united tu,beg dia tukar2 design.aku confuse HAHAHA.

Akhirnya baru aku faham,memang bole tukar design.Alahai bodohnya diri..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Sekian,kisah sengal aku.

18 comments:

  1. Halah.. halah.. comelnya entry cuya nie.. semoga ada rezeki Cuya.. thanks tag akak ye..

    ReplyDelete
  2. Yayyy tq for joining! Fuyooh canggihnya dia berpantun~ (เน‘•̀ใ…‚•́)ูˆ✧

    Kekeke... ha'ah kena scroll ke bawah n explore sikit product choices yang available di page Creative United tu. Ada sesetengah design tu boleh juga dicetak on multiple products :D

    ReplyDelete
  3. Comel lah hehe. Good luck and all the best. Dtg dari segment yg Sama.

    ReplyDelete
  4. wahhhh kreatif ni selamat berjaya tau

    ReplyDelete
  5. good luck ya
    dari segmen sama

    ReplyDelete
  6. good luck cuyaaa seronok kita baca pantun ! rasa macam zaman sekolah hahaha walaupun selalu kena berdiri bila cikgu suruh buat pantun... thanks juga sebab bagitahu pasal ga ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. maseh awak....sama2 juga! jemput join ya...:D

      Delete
  7. Singgah dari GA yang sama :)

    https://akukaudansesuatu.blogspot.com/2020/03/contest-saya-mahu-produk-creative.html

    ReplyDelete