Pages

Tuesday, October 15, 2024

Pada siapa untuk aku luahkan?

Waktu sekarang sudah agak lewat. Kedai semuanya pasti sudah melabuh tirai. Rembulan pon pasti tersipu malu di balik pohon nan melambai.

Aku baru sahaja selesai mendengar curhat seorang sahabat. Sedang dalam kesedihan dia kerana teringat akan kekasih lama.

Aku bilang, " Sudahlah... Kamu tidak perlukan dia. Bukannya dia pertahankan kamu. Jadi sekarang fokus sahaja dengan hidup kamu. Perbaiki diri dan dekatkan diri dengan Allah"

Ehhh rupanya aku sedang menasihati diri aku juga. Aku juga perlu perbaiki diri. Aku yakin dengan perbaiki diri aku akan menarik cerminan diriku untuk datang dekat pada aku.

Jujur saja ada seseorang yang bermain di minda. Namun begitu, aku tidak mampu mendekatinya. Tapi baru semalam aku menonton video Tiktok daripada Prof Muhaya.

Beliau berkata " If you love someone, let them go. Jangan pegang dia"

Maka dengan ini, aku melepaskan dia tetapi bukan dengan begitu sahaja. Aku melepaskan dia supaya dia sentiasa di bawah jagaan Allah. Moga Allah akan sentiasa memelihara dia untuk aku. Seandainya kami ditakdirkan bersama, maka kami akan bertemu pada titik takdir yang Allah dah tetapkan.

Sejujurnya aku tak pernah lupa untuk doakan dia. Tapi kadangkala aku merasa apa gunanya mengejar cinta manusia yang tidak jelas?

Jelas lagi cinta Allah pada aku. Allah tidak pernah mengecewakan hambanya. Tapi aku sebagai hamba yang selalu mengecewakan Dia.

Entah apa yang terdetik di hati aku sampai aku menulis disini. Sebenarnya aku bukan jenis meluahkan segala benda kepada manusia.

Cara aku meluahkan hanya melalui puisi dengan harapan tiada yang mengerti. Tetapi aku sangat mengharapkan si dia mengerti tapi jelas sekali dia tidak akan mengerti.

Dia tidak akan mengerti puisi aku tertulis untuk dia. Dia tidak akan tahu lirikku berlagu kerna dia. Ahhhh jiwang sangat ke aku ni? Iyaa aku seorang pemuitis. Jelas amat jiwangnya.

Tapi entah mengapa tiada siapa mampu hargai si jiwang ini. Jiwangnya tiada berteman, entah kapan muncul sang pangeran berkuda putih. Hahaha jauh sekali anganku!

Sudahlah,aku makin melalut. Aku mahu nonton Tiktok jap. Bubye!



24 comments:

  1. Kena cakap depan2.
    Diterima ke ditolak ke itu soal kedua.
    Soal pertama dah terlaksana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah tu nak cakap depan2, jumpa pon belum tentu

      Delete
  2. emmm, susah nak kasi advise sbb bebudak zaman sekaran lain dgn bebudak zaman dulu.. tapi betul Cuya tu..cinta kepada Yang Maha Esa...sudah pasti kann...just be ur self & be strong.. percaya kepada ketentuan & aturan Yang Maha Esa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, zaman sekarang dah lain. Ada medsos untuk meluahkan rasa tapi masih kaku untuk memberitahu kebenaran yg tertulis di hati. InshaAllah mommy 💕

      Delete
  3. dulu-dulu berani mengatakan...sekarang takde dah la..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak zaman sekarang sebenarnya advance, tapi sayang sekali hati ni tak berani

      Delete
  4. if that man is really meant for us (our jodoh), dia akan bersungguh cari jalan utk halalkan hubungan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, cuma dia tidak pernah tahu isi hati seketul Cuya.. macam mana dia nak halalkan? Hahaha

      Delete
  5. Zaman cintan cintun dulu memang rasa sedih apabila ditinggalkan.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya benar... Sakit amat. Tapi cinta pada manusia itu memang menyakitkan. Berisiko tinggi

      Delete
  6. Moga diketemukan jodoh terbaik dunia akhirat. Aamiin.

    ReplyDelete
  7. Sungguh puitis. Semoga Allah permudahkan urusan.

    ReplyDelete
  8. Tandanya bukan jodoh kita. Jodoh rahsia Allah. Semoga Allah pertemukan jodoh yang terbaik buat Cuya dan kawan Cuya. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jodoh atau tidak kita masih taktahu. Serahkan saja semua pada Allah. Aaminnn ya rabb

      Delete
  9. Semoga dipermudahkan urusan hatimu ya.. Tiup sikit kat ubun ubun dia.. hahaha

    ReplyDelete
  10. kalau suka kena confess sebab kadang2 lelaki.ni jenis ‘dense’. kalau takdapat cakap depan2 maybe boleh text atau melalui orang tengah. kalau dah ada keputusan dari si dia, baru senang nak move on. kalau tak memang akan sentia terkenang. may Allah ease everything for you ✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, tu jela satu2 jalan untuk beritahu direct sebab lelaki takkan faham hint. Thank youuu

      Delete
  11. Kalau dia tak tahu isi hati cuya, agak susah. Saya pun dulu bukan tipe yg akan menyatakan perasaan. Palinga hanya lewat tindakan. Hanya saja kalo saya lihat dia tak terpengaruh apa2, berarti dia tak ada rasa dengan Aya.

    Di situ belajar untuk menjauh pelan2 ☺️. Terbukti memang tak jodoh. Tapi biasa Allah akan ganti dengan yg jauh lebih baik.

    ReplyDelete
  12. Ya pasti Allah akan beri yang terbaik pada kita kan. Bersabar sajalah dulu hehe

    ReplyDelete