Pages

Sunday, July 21, 2024

Buah Tangan Daripada Luar Negara

Assalamualaikum Hello Coconuts !

Semalam adalah hari dimana adik perempuan ibu Cuya balik melawat ke kampung Cuya di Jasin. Diorang balik berempat termasuk sepupu Cuya.

Ada juga tetamu bakal besan makcik Cuya datang ke kampung. Saja-saja diorang ziarah dari Muar kebetulan makcik Cuya pergi ke Muar untuk perbincangan perkahwinan sepupu lelaki Cuya.

Dan family Cuya datang tangan tak kosong. Memandangkan sepupu Cuya , Kak Thirah baru sahaja balik daripada Holland atas urusan kerja, jadi Cuya dapatlah merasa buah tangan dari sana.



Snacks popular daripada Holland 
Stroopwafels


Rupa wafels dari dekat.
Kak Thirah kata tekstur asal dia keras
Tapi masa Cuya makan dia dah jadi chewy sambil ada rasa caramel.
Sedappp


Foaming shower gel diperbuat dari Europe.
Tak sabar nak try 




Lepastu dapat hadiah daripada sepupu Cuya lagi sorang Iqa.

Hadiah yang tak dijangka.





Tadaa!! Matawang baru!!!

Dapat matawang Indonesia, Thailand dan negara baru dalam list, Rwanda!

Wow... Rezeki2 Alhamdulillah 

Kak Thirah dan Iqa pon ada bagi syiling Euro, Rupee dan Rupiah.

Syiling Genting Highland pon iqa bagi. Lawak laa



Dia kata " Ni syiling lama Genting, ko takkan dapat mana2" 🤣🤣


Syiling kak Thirah dan Iqa bagi. Alhamdulillah 


Buku matawang kertas Cuya dah penuh! Alamat kena beli baru la ni

Syukur sangat Allah keliling Cuya dengan orang baik2.

Tak lupa juga pada makcik Cuya yang ada menghulur duit pada Cuya . Semoga Allah sentiasa meluaskan rezeki mereka semua dan memberi kejayaan buat mereka dunia dan akhirat.

Terima kasih orang baik!


24 comments:

  1. Alhamdulillah Cuya dapat ole2, syiling dll, moga terus dimurahkan rezeki. Stay sweet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih atas doanya 🤗

      Delete
  2. Bestnya Cuya!
    Duit Rwanda tu rare 👍

    ReplyDelete
  3. sy pula yg teruja bla nampak duit rwanda. wanna know why? sbb sy teringinnnnn nak pegi ke sana lps rwanda menjadi negara plg bersih (di atas singapore!)

    cuma 1 halangan kalu nk g sana... nak dpt kan visa tu kemain mahalll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh akk teringin ke sana ya...Cuya doakan moga ada rezeki ke sana.. Aamin

      Delete
  4. waahhhhh bestnya Cuya dpt ole-ole!

    ReplyDelete
  5. foaming shower tu nampak besh! obersi tuuu

    ReplyDelete
  6. Nampaknya dah hampir lengkap yg Rupiah yaaa . 😁 Tinggal yg notes Rp1000 cuya. Tp memang tak banyak yg pakai. Tp msh valid . Baik2 teman cuya memberikan hadiah yg sesuai dengan hobi cuya 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma ni yang rupiah lama kan... Kalau yang terkini tak pasti bagaimana bentuknya
      Ini sepupu saya yang beri... Hehe

      Delete
  7. Rezeki tu Cuya. Waffle tu nampak sedap.

    ReplyDelete
  8. Kampung Cuya kat Jasin ke? See, what a small world. Dulu Kak Tini belajo kat MRSM Jasin now known as MRSM Tun Ghaffar Baba kat Jalan Simpang Kerayong tu. Entah-entah pernah terserempak kat Pasar Gesel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Cuya orang Jasin. MRSM Jasin tu sekarang anak buah Cuya belajar situ
      Kecik je kan duniaa. Kannn... Silap2 pernah terserempak hehe

      Delete