Pages

Monday, July 1, 2024

Aku dilamun cinta


Harini aku terbaring saja diatas katil
Sambil mendengar alunan lagu di earphoneku.
Tiba-tiba aku tersengih seorang diri.
Teringat akan seseorang yang pernah mencuri hati aku.
Kisah lucu menggamit memori.
Tapi...
Angau ke aku ni?
Aduh...

Parah ni.
Tidak mungkin perbualan aku dengan dia untuk berapa minit mampu mencairkan hati?
Bukan sudah lama aku move on?
Yaa tapi tahun bila?
Jelas sekali aku suka dia!
Cis!

Aku tidak kisah untuk jatuh cinta
Tapi masalahnya ini sudah kali ketiga!
Tetap saja orang yang sama
Aduhh
Kenapa kamu ni??

Tuhan kenapaaa
Kenapa dia?
Kenapa aku jatuh pada orang yang sama berkali-kali Tuhan?

Bukan aku sudah sembuh dari luka,
Aku takut Tuhan...
Takut untuk jatuh cinta,
Kerana pengharapan kepada manusia itu menyakitkan,

Tapi iyaa
Aku suka dia dulu,kini dan selamanya!



23 comments:

  1. Perbanyakkan doa semoga dapat yang terbaik, hati Allah yang pegang hihi good luck

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah... Semoga baik2 je untuk cuya...

    Tapi kan, baca entry nie.. Teringat entry ku zaman2 baya U cuya... Hahaha... Dekat link blog lama...
    www.kawaiee.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh nanti Cuya nak terjah la hehehe

      Insyaallah kak moga2 yg baik2 saja

      Delete
  3. Mungkin jodoh masih kuat kot Cuya. Doakan semoga dia la jodoh terbaik utk Cuya 🤲🏻

    ReplyDelete
  4. kalau masih suka dan dia masih available, luahkan sahaja. reject atau x tu part lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kumpul kekuatan yang tinggi...tachooodd. (><")

      Delete
  5. kalau rasa berbaloi utk cuba kali ketiga, apa salahnya Cuya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu . Teringin tapi tak berani 🥲

      Delete
  6. cinta itu hadir tanpa dipaksa.. abaikan sahaja.. serahkan rasa pada sang Pencipta.. nanti Dia akan bagi yang kamu punya..

    ReplyDelete
  7. doa yang baik2 untuk Cuya ... aamiin

    ReplyDelete
  8. Makkkkkk tengok dak cuya ni mak. dia nak kawin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiyokkk tak tahu! Agak2 mak approve tak? Kekeke 🤣

      Delete
  9. Doa yang terbaik untuk Cuya. 🥰

    ReplyDelete
  10. Tak salah pun kalau nak meluah daripada menyimpan yg akan menyakitkan hati..

    ReplyDelete
  11. Semoga diberi petunjuk nanti mana yg terbaik buat cuya. Kalo memang itu jodoh cuya, kenapa tidak kan. Apalagi perasaan itu masih kuat sangat. Saat masih seusia cuya, saya pun pernah merasa yg sama. Tapi pada akhirnya kami balik lagi bersama. Walopun ujung2nya putus balik 🤣. Putus nyambung lah 😅. Pada akhirnya Tuhan Kasih juga jodoh terbaik 😁

    ReplyDelete
  12. Solat istikharah ya cuya .. Jangan biar orang sakiti hati kita lagi ..

    ReplyDelete