Pages

Tuesday, July 30, 2024

Terima Hadiah Daripada Blogger Rabia



Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini Cuya selamat terima hadiah pemberian blogger Rabia  . Alhamdulillah syukur atas rezeki pemberianNya.

Moga Allah sahaja membalas budi baik si pemberi. Semoga juga Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah, kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

May Allah bless you!

Warna tudung ni cantik dan terang, Rabia macam tahu2 je Cuya suka warna terang. Masheh!


Monday, July 29, 2024

Kau Lebih Indah Dari Purnama


Dalam kejauhan
Ada rindu yang tersimpan
Tersemat dalam hati
Tanpa perlu aku luahkan

Cuma doa yang mampu aku tadahkan
Kerna itu adalah bahasa rindu terdalam
Buatku untukmu

Sungguh aku mencintai
Namun entah mengapa aku cuba menjauhi
Aku yakin andai ada takdir antara kita
Pasti akan terbina cerita indah bersama

Biarlah aku mengejar cinta Tuhan
Sebelum aku mengejar hambaNya
Yakin dan pasti
Andainya kau tertulis buatku
Kau pasti akan kembali padaku


Sayang
Kau lebih indah dari purnama 
Tiada sinaran yang dapat melawan keindahanmu
Kau bagaikan jatuh dari syurga
Tepat di hadapanku

Namun kau milik sang Pencipta bumi
Maka aku meminta pada yang Esa
Agar menghadiahkan dirimu buatku
Di dunia ini dan di akhirat.

Aamin....

Sunday, July 21, 2024

Buah Tangan Daripada Luar Negara

Assalamualaikum Hello Coconuts !

Semalam adalah hari dimana adik perempuan ibu Cuya balik melawat ke kampung Cuya di Jasin. Diorang balik berempat termasuk sepupu Cuya.

Ada juga tetamu bakal besan makcik Cuya datang ke kampung. Saja-saja diorang ziarah dari Muar kebetulan makcik Cuya pergi ke Muar untuk perbincangan perkahwinan sepupu lelaki Cuya.

Dan family Cuya datang tangan tak kosong. Memandangkan sepupu Cuya , Kak Thirah baru sahaja balik daripada Holland atas urusan kerja, jadi Cuya dapatlah merasa buah tangan dari sana.



Snacks popular daripada Holland 
Stroopwafels


Rupa wafels dari dekat.
Kak Thirah kata tekstur asal dia keras
Tapi masa Cuya makan dia dah jadi chewy sambil ada rasa caramel.
Sedappp


Foaming shower gel diperbuat dari Europe.
Tak sabar nak try 




Lepastu dapat hadiah daripada sepupu Cuya lagi sorang Iqa.

Hadiah yang tak dijangka.





Tadaa!! Matawang baru!!!

Dapat matawang Indonesia, Thailand dan negara baru dalam list, Rwanda!

Wow... Rezeki2 Alhamdulillah 

Kak Thirah dan Iqa pon ada bagi syiling Euro, Rupee dan Rupiah.

Syiling Genting Highland pon iqa bagi. Lawak laa



Dia kata " Ni syiling lama Genting, ko takkan dapat mana2" 🤣🤣


Syiling kak Thirah dan Iqa bagi. Alhamdulillah 


Buku matawang kertas Cuya dah penuh! Alamat kena beli baru la ni

Syukur sangat Allah keliling Cuya dengan orang baik2.

Tak lupa juga pada makcik Cuya yang ada menghulur duit pada Cuya . Semoga Allah sentiasa meluaskan rezeki mereka semua dan memberi kejayaan buat mereka dunia dan akhirat.

Terima kasih orang baik!


Wednesday, July 17, 2024

Hari Merayau ke Melaka

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Semalam, hari Selasa 16 Julai Cuya diajak oleh kawan mystep Cuya untuk berjalan ke Melaka.
Jadi disebabkan Cuya cuti, kasi on la!

Ikut perancangan nak tengok wayang, tapi timing dia tak kena pula. So kitaorang jalan-jalan di Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade


Cuya and Amira di Kaison cuci mata saja membuang masa 🤣





Jumpa Syaza masa lunch





Tekak kehausan jadi minum air tembikai Rm4


Makan2 di Boat Noodle. Last Cuya makan kat sini masa degree sebelum PKP



Sebab Cuya kenyang sebelum lunch Cuya makan sushi, jadi Cuya order Thai Fried Chicken sebab yang Popeye Tempura takde. haish baru nak merasa


Bil kitaorang



Dah habis makan tu Cuya pergi cari baju cotton untuk ibu dengan ayah dekat brands outlet. Alhamdulillah murah baju dia, dapatlah beli 3 helai. 



Then merayau ke Muzium Penjara Malaysia. Tiber sangat kann hahahaha

Ni first time Cuya pergi sini



Some random photo 

 

Kawasan ni adalah kawasan pancung banduan.
Seram sebab ada keranda kat situ


Ni pula ruangan yang memaparkan hasil seni banduan.

Pegawai cakap yang banduan ni melukis tanpa rujukan. Hebatttt


Ada sajak lagi tau



Baju² banduan

Kelengkapan harian penghuni penjara 



Cuya pantang nampak mata wang asing ni. 🤣



Tolonggggggg!


Macam 3D arts kan.

Masa ni ada jumpa pegawai banduan/polis penjara kat sini.
Dia tanya Cuya dari mana.
Lepastu dia tanya lagi
"Cik ni mengajar ke?"

Pastu Cuya cakaplah
"Saya ni nampak macam pengajar ke? Haha"

"Gaya macam cikgu..."


Nampaknya Cuya memang ada aura cikgu la. Ni bukan kali pertama macam ni 😂
Patut jadi cikgu kann hehehe





Sesi mengorat patung. Nak mengorat orang tak berani. Hahaha


Dah balik Cuya pergi ke tempat kerja sebab ayah jemput kat situ



Lastly, dapat hadiah handmade daripada Amira. 💕


Masheh semua sebab sudi spend masa dengan Cuya. Insyaallah ada rezeki lepak lagi eh.

Muachhhh cikedd

Wednesday, July 10, 2024

Koleksi Matawang Baru!

Hello Coconuts!
Cuya dapat matawang baru! Sebenarnya dah lama dapat masa lepas raya haritu tapi tak menyempat nak update.

Makcik Cuya yang bagi. Alhamdulillah rezeki Cuya. Buku Cuya pon hampir penuh.


Tudiaaa Macam-macam negara ada

India, Vietnam, China, Indonesia,Brunei


Dah siap masuk buku dahh

 
Terima kasih kepada bibik sebab sumbang matawang ni pada Cuya. Nak penuh dah satu buku ya, alamat kena beli buku baru ni. Moga ada rezeki untuk Cuya jalan-jalan luarnegara nanti.

Siapa-siapa nak kongsi matawang dengan Cuya roger-roger la. Mana tahu ada yang murah hati nak beri Cuya matawang negara lain. Ngeh-ngeh 

Kitanya suka kumpul duit bangsa asing sebab seronok tengok duit yang dah berhijrah jauh datang ke Malaysia, hingga ke tangan Cuya 🤣

Duit yang travel, bukan Cuya ya. Moga berkekalan la hobi ni 💕 


 

Tuesday, July 9, 2024

Marrybrown Ganjeong Burger Padu!

Halo coconuts!

Semalam Cuya kerja, rehat la dekat Marrybrown. Sekali ada menu baru, kita pon cubaaa

Ceritanya Cuya order set ayam sahaja. Dalam pada menunggu order siap, tiba-tiba terasa nak juga makan burger baru tu tapi tak terbeli la masa tu.

Then, entah macam mana supervisor MB tu datang dekat dia kata staff salah key in order saya. Dia ter key in set burger . Jadi dia pon kata dia bagi 2 ketul ayam free dan harga Cuya bayar adalah jauh lagi murah .

Tak sangka, Allah dengar apa yang Cuya teringin. Alhamdulillah.. besar kuasa Allah.

Air apple Fizz. Sedap gila! Macam ada boba dalam dia



Gangjeong Chicken Burger

Merah makngahhh

Rasa pedas-pedas manis.

Isi dalam burger

Ayam dia pon pedas-pedas manis.

Sedappp

Resit MB Cuya. Ikutkan harga dia lagi mahal dapat Rm24 ke atas rasanya...
Rezeki Cuya dapat murah.

Order yang bawah tu untuk staff lain.


Nanti korang try la bagi sesiapa yang suka pedas korea ni. Sementara ada stok. Hehe