Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Harini adalah hari yang paling dinantikan Cuya. Beberapa hari lepas Cuya tiba-tiba terasa nak guna servis manicure ke rumah. Manicure tu maknanya perbuatan mencantikkan kuku uolls. Yang main kilat-kilat tu. Cari punya cari, akhirnya jumpalah satu servis manicure area Jasin juga.
Lepas dah tanya itu ini, so today it's the day! Cuya janji jam 11 am, tapi disebabkan Cuya ada hal, so sister yang buat manicure ( Cik Ra) datang petang. I am super excited sampai tunggu depan pintu rumah. Beberapa kali ulang alik juga menunggu penantian kereta yang asing untuk meluncur masuk ke dalam kawasan rumah Cuya. Gitchewwww.
Al maklum ler, kita first time buat manicure. Haritu turun KL banyak gila kedai manicure, kita jadi teringin dan terbawa-bawa impian kita sampai ke harini. So harini kita nak realisasikan impian kecil kita.
Cik Ra kita sampai dalam jam 5:30 petang. Datang-datang Cuya ajak masuk bilik sebab dah on aircond. Tu diaa semangat nak manicure dalam ekon.. eheks . Jom kita tengok proses kilatkan kuku Cuya!
Antara peralatan dan bahan manicure
Mula-mula Cik Ra bersihkan kuku Cuya dengan wet towel yang sudah direndam.
Lepastu ketip kuku Cuya diatas bantal babypian edisi Haqiem Rusli. Tu diaaa siap mention jenama bantal.Kah!
Lepastu buang cuticle di tepi kuku. Cik Ra kata biasanya kalau certain tempat buat manicure takde pon buang cuticle macam ni.
Nampak macam mudah, tapi susah juga proses pembuangan kutikel ni sebab ada penggunaan alat yang agak tajam dan membahayakan. Orang yang expert je boleh guna.
Ni pulak proses filing, untuk membentukkan kuku
Cuya baru perasan Cuya terlupa ambil gambar proses Buffer. Basically buffer tu untuk kilatkan kuku.
Maklumlah Cuya terlalu ralit tengok Cik Ra kitai kuku kita. Hahahha
Proses sama diulangi untuk tangan kiri dan diakhiri dengan penyapuan krim pada tangan.
Proses manicure ambil masa jam 1 jam sahaja.
Lepastu Cik Ra main tarik jari jemari Cuya macam senaman jari.
Nak tengok hasilnya?
Sebelum, kuku Cuya memang sengaja Cuya biarkan panjang.
Selepas dipotong pendek, dan dikilatkan. Kalau tengok depan mata lagi nampak kilatnya.
Nampak pantulan pada kuku Cuya tu kan? Macam pantulan kaca gitu kilat dia.
Harga classic manicure RM40 jer.. Haritu Cuya tanya spa area kawasan Cuya RM40 juga, tapi express punya manicure. Selalunya express ni takde buang kutikel.
Ni RM40 siap datang rumah lagi. Jimat minyak uolls... mana untung? Hehehe
Ofkos buat kat rumah ๐
Selain buat servis manicure, Cik Ra pon buat servis urut tradisonal, bertungku dan urutan lain sesuai untuk orang yang baru bersalin. Btw Cik Ra kata dah nak dekat 2 tahun dia tak buat servis manicure.
Yang lebih mengejutkan Cuya Cik Ra sedang sarat mengandung! Gigihnya Cik Ra kita datang buat servis.
Terima kasih sejuta lemon!
Lepastu dapat alat filing free. Masheh Cik Ra cantik!
Papepon Cuya puas hati dengan servis Cik Ra tambah 10 markah sebab dia peramah. Hehehe
Cik Ra pesan suruh makan suplemen ada zint, vitamin E sebab kuku Cuya macam tak berapa sihat. Nanti nak kena cari ni.
Nak manicure ni tak boleh hari-hari tau. Dua minggu tu kalau nak buat filing sahaja pon dah okay. Sebab kuku kalau manicure selalu nanti jadi lembut dan menipis.
Sesekali manjakan dan reward diri sendiri tak salahkan?
Kuku cantik, kita pon feeling2 cantik bak kata Cik Ra
walaupun muka kita tak cantik. KAH!
Last but not least,
Masheh Cik Ra servis tiptop!
waaa beshnyaaa MZ tgh nak cari masa nak gi spa ni...berkurun dah tak gi massage dan body scrub ni...tp jadual keje penuh, so tak tau la bila boleh pegi spa niiiii
ReplyDeletepergilah kak...sesekali manjakan diri kan best wohh
Deleteseronoknya siap datang rumah eh. lebih privacy takyah pakai tudung hiihih
ReplyDeleteyeah betul tu!
Deletebestnya, kuku pun nampak berseri seri. rasa nak try juga, kuku nampak berseri seri tu
ReplyDeleteTry jangan tak try..tak rugi cantikkan kuku
DeleteCantik dia buat walaupun takde buffer. Murah sebab dia datang rumah.
ReplyDeleteAda buffer tu.. Maksud Cuya, Cuya lupa nak ambil gambar masa dia tengah buat buffering..
DeleteKalau tkde buffer die tk kilat.. hehe
uncle seriau kalau orang lain potong kuku uncle....
ReplyDeleteHahhaha...Cuya ni pon first time orang luar potongkan kuku Cuya.. hehe
DeleteWahh tak sangka ada juga servis ke rumah. Senang tak perlu keluar rumah hehehe
ReplyDeleteAda je..cuma kena rajin google ... hehehe
DeleteSeronoknya memanjakan diri. Best juga tunggu kat rumah je kan.....kilat kuku cuya....
ReplyDeleteYeah...akak try la..sesekali kan. Aah tengok depan2 lagi kilat macam kaca
Deletesesekali memang perlu memanjakan diri ya :)
ReplyDeleteya benar itu hehe
Deletewah bestnya ..siap dtg rumah lagi..nice
ReplyDeletekann...bukan selalu hee
Deleteya Allah Cuya..kak linda nk potong rambut pun x sempat p kedai...hahaha...
ReplyDeleteahhaha suruh org dtg rumah kak.. Cuya penah je panggil org dtg rumah potong
DeleteWah cantik kejadiannya ...tk sangka kat jasin pun ada servis ni
ReplyDeleteAda...spa pon ada cikgu.. hehe
DeleteJasin makin maju๐
Deletemurah juga tu...
ReplyDeleteooo tengah pregnant rupanya...
rezeki baby laa tu bila cuya hire dia...
Alhamdulilah...... betul2
Deletebestnya.. dekat uni zaty ada jugak student yang buat servis ni and yah sampai tertidur jugak la sebab selesa hehehehe.
ReplyDeletetula sebab best kan... memang kadang2 org dibuai mimpi.. hehe
DeleteBestnya, ala² princess gitewww ahak!
ReplyDeleteyeahh benar itu! feeling2 princess
DeleteMenarik juga tu. Manicure kat rumah.. tak sangka pula servis manicure pun ada ke rumah juga. Biasa dengan facial dengan hair care. Lagi best buat kat rumah la.. hehe..
ReplyDeleteAah Cuya pon saja2 cuba mencari kot2 ada manicure ke rumah. Alhamdulilah jumpa gak
DeleteBaru perasan saya tak follow blog cuya lagi.. ok dah jadi follower yg ke 646 :D
ReplyDeletehhaha makasih!
Deleteammi tak pernah buat manicure...biasanya pergi buat pedicure and foot treatment je sbb kuku tangan habis digigit...mujur kaki tak boleh nak dilentur dah. kalau tak kuku kaki pun selamat ahaksss
ReplyDeletealamak suka gigit kuku ya... hahahhah nasib baik kaki tak boleh gigit
DeleteSaya pun suka manicure pedicure ๐❤️❤️. Biasanya 6 bulan sekali, kebetulan rutin perawatan rambut, jadi kalo sedang treatment, sekalian kuku pun di rawat ๐.
ReplyDeletemurah sgt tu cuya siap dtg rumah lagi. best betul
ReplyDelete