Ini adalah kisah benar yang berlaku semasa Cuya di sekolah menengah.
DI BAS STESEN:
Pada suatu hari, ketika itu semua pelajar sibuk untuk pulang menaiki bas. Begitu ramai sekali pelajar daripada pelbagai sekolah berkumpul disitu. Cuya masih ingat masa tu Cuya form 2.
Cuya sendiri tak terkecuali untuk menunggu bas disitu. Cuya balik bersama rakan sekelas. Dalam Cuya tengah berjalan di situ, tiba-tiba......
Seorang remaja lelaki datang mendekati Cuya.
Dia datang makin dekat....
dan dekat......
dan dekat....
Sampailah Cuya tersandar ke dinding dan kedua-dua belah tangan lelaki tu seolah menolak ke dinding dan menghalang Cuya daripada bergerak. Macam drama gitu!
Dia merenung tajam ke dalam mata Cuya.
Cuya tengok dia.
Dia tengok Cuya
'Ahhh budak ni bukan ke junior aku budak form 1?'
"Ish,orang tengok laaa"
Kata Cuya pada lelaki tu
'Budak ni apa pasal ganggu aku ni... malu la orang tengok'
"Biarlah..."
Kata lelaki tu seolah-olah macam takde orang sekeliling kami. Sedangkan banyak mata yang memandang kami!
"Pergilah mangkuk!"
Cuya mula marah dengan dia. Geram bercampur malu!
Dia semakin mendekatkan diri dengan Cuya...seolah-olah nak cium Cuya.
"Aku! Aku mangkuk!"
Sebab Cuya dah takut sangat, Cuya cakap la macam tu
"Mangkuk apa?" kata lelaki tu saja mengusik Cuya
" Aku mangkuk vintage, mangkuk berjenama ,ko mangkuk tandas"
Sempat Cuya bergurau bagi menghilangkan rasa takut.
"Eeee dah lah mata bulat! Best kalau buat bini ni"
kata lelaki tu.
Lepas tu Cuya tak ingat apa Cuya cakap dengan dia... dan dia pon berlalu pergi.
Masalahnya dia bercakap dengan Cuya masih dalam posisi ala drama kat tv tu!
Memang advance betul budak ni la. Dia ni junior sekolah Cuya.
Cuya tahu dia ada hati dengan Cuya sebab memang banyak kali dia buat benda ni kat Cuya. Kat tengah2 orang ramai lak tu!
dan ceritanya tak berakhir masa zaman form 2 je. Kejadian yang lebih dasyat berlaku semasa Cuya form 4. Masih dengan lelaki yang sama. Ada masa nanti Cuya cerita..
Macam ni pon kira gangguan seksual kan... stress kepala otak melayan.
Tapi tak dinafikan mamat ni hensem. Dah la atlet sekolah. Kekeke
tapi nakal la haiiii... hahhahah
ha ha ha.. takut ada, lawak pun ada.. but time cuya kecik lagi mesti la takut kan.. cuba buat time sekarang, bukan takat mangkuk dah budak tu jadi kan.. ha ha ha..
ReplyDeleteMA dulu masa darjah 6..siap ada budak kejar keliling sekolah lagi sbb nya dia ajak jumpa MA x nak.. takut siap nangis lagi nyorok dlm tandas. MA kasi tau cikgu budak tu kena panggil & kena marah ngan cikgu . silap besar la kan.. MA dah murid kesayangan cikgu tu. padan muka dia... cikgu ckp...nak jaga diri sendiri pun x lepas, ada hati nak kacau anak dara orang..
Hahahah kann..macam lawak pon yaa
DeleteUish mummy siap kena kejar tuu lagi takuttt
Kadang2 pelik cane diorang bole berani sangat en
Betul2 terpengaruh dengan drama rasanya budak tu. Sekarang jadi apa dah dia?
ReplyDeleteDia baru saja mendirikan rumah tangga dgn budak skola baya Cuya
DeleteHahahha
Dengar cite dh jdi polis
Deletejunior tu banyak tengok drama kot cuya
ReplyDeletetula...advance betul
DeleteJadi seperti nonton drama betulan lagaknya ..hahaha
ReplyDeleteiya benarrr.. hahahha
DeleteNak rasa kesian, tapi cerita lucu....! Camana ni?
ReplyDeletetula...cerita dia lawak jugak enn.. hahaha
DeleteWah m m.tgk adegan k drama la. Mesti dia suka cuya
ReplyDeleteKan... tula mcm drama...
DeleteAah dia suka Cuya tu time tu hehe
Ini macam...Gangguan hati! Hahaha.. Tendang je kaki dia tuuuu Len kali π
ReplyDeleteuish takut dia lak apa2 kan saya nanti..hahha
DeleteHAHAHAHAHH. banyak tengok drama la cuya
ReplyDeletetahu takpe! ingt hero drama agaknya... hahaha
DeleteAkak dulu tak pernah terjadi begini, sebab muka akak tak lawa, dah la tu, garang pula. Jangan biar lelaki buat sewenang-wenangnya macam ni, ni khalayak ramai. Kasi tendang itu lato-lato.
ReplyDeletetak boleh pikir kak nk buat apa time tu....
Deletemalu sangat org duk tengok kiter
benda pon dah lepas, jdi kenangan je la... hahha
Nasib la. Masa tu form 1... Kalau slrg mau kene penumbuk kn.. Geram betul..
ReplyDeletekasi tendang je telur dia... hahahha
DeleteErkkkk form 1 dh berani mcm ni? Kalau ammi mmg dah kena tendang dah kot
ReplyDeleteHermm Cuya nervous masa tuu tkleh fikir dah
DeleteCuya ni penakutlah
ReplyDeletebagi aje penumbuk sebijik
memang masa tu tk fikir apa...orangnya lagi tinggi drpd Cuya tuu
Deleteapalah insan lemah ni bole buat pada lelaki tu... hahha
advance betul cara mengoratπππ tp tu laa... niat x menghalalkan cara. tu ttp dikira gangguan seksual. bkn scene drama korea
ReplyDeleteni bru masa form 2...kena dengar cite masa form 4 pulak...
Deletennti klo Cuya rajin Cuya update.... hehe
Luar biasa junior tu yaaa ππ. Confident sangat dengan kakak kelas hahahaha. Walopun memang caranya tak benar juga, setuju dengan kak Anies, bisa dianggab gangguan seksual
ReplyDeleteTapi bicara sexual harresment , saya pernah alami saat di Penang, zaman masih kuliah. Pulang kuliah nak balik rumah, saya memang sering lewat jalan belakang, yg mana agak sepi, tapi semacam shortcut. Tau2 laki Chinese lewat naik motor, dia stop depan saya, lalu tangan menyentuh dada saya. Lalu kabur. Saya macam freeze, baru setelah itu rasa mau nangis tapi juga marah sangat.
Sejak itu tak nak lewat jalan yg sama. Macam trauma π. Ntah kenapa pikiran para pelaku ini yaa.
Uuish... kalau depan orang ramai pon bahaya...apa lagi kalau sendiri kan?
DeleteZaman sekarang mana2 pon bahaya. Duduk rumah sendiri pon gak selamat Y_Y
serammm walaupun orgnya ensem..berani betul junior buat camni,kan..aihhh...betul lah cuya gaya dia buat ni dah macam dalam drama pulak...
ReplyDeletetulakan kak....banyak pengaruh tv agaknya
DeleteMulai baca tu takut jer bila diserang orang laki macam tu, lukisan cuya terbaik memang babak dia dah macam drama dah, yang part last tu ketawa akak sebab sempat lagi tu puji laki tu hensem hahaha
ReplyDeleteKan..macam saya ni pelakon dalam drama diganggu oleh lelaki yg terlebih advance.
DeleteRasa macam tk sangka diganggu sebegini rupa..
tak padan muka hensem, tpi kacau kita cmtu .. hahah
buat laporan dengan cikgu dan kes polis...habis la masa depan dan nama baik semua pihak...nasib baik tak ada perkara yang lebih buruk lagi
ReplyDeleteYa, tapi parent pon taknak memburukkan keadaan, tapi Cuya lah menanggung kesannya
Deletesiyes mcm dlm drama/novel laaaa
ReplyDeleteyee...betul tu MZ...ahahhaha tak sangka alami gini
DeleteFuhhh... mmg mcm dlm drama... eei.. geramlah kalau jumpa lelaki mcm ni
ReplyDeleteye...dah kita macam watak utama dlm ni..heroin.. hahahaha
Deletewahh luarbiasa drama gangguan seksual nih., hehe
ReplyDeletehahaha jarang2 berlaku kecuali di tv..XD
Delete