Pages

Thursday, October 12, 2023

Bukan Takdir Kita


Malam semakin tua, aku disini masih leka mendengar lagu-lagu melankolik di Youtube. Mendengar lagu sedih membuatkan hatiku sayu dan terasa sedih sekali. Entah apalah yang mengetuk  pintu hatiku.

Air mataku hampir mengalir tanpa sedar. Aku sendiri tidak tahu apa punca sebenarnya. Terluka ke kau ? Sakit ke hati tu? Siapalah yang mengguris hatimu itu.

Kenapa hidup tak selalu bahagia? kenapa hidup tak selalunya indah ya? 
Kenapa kadangkala terasa kosong?

Kenapa pertemuan dengan seseorang itu ada suka dan duka? Kenapa pertemuan itu kadangkala hanya untuk seketika. Kenapa kadangkala pemergian orang lain itu tidak diiringi dengan ucapan selamat tinggal?

Terlalu banyak persoalan di kepalaku.

Aku terlalu sakit untuk memikirkanya.

Benarkah ini semuanya ujian untukku? Bila terlalu sayangkan sesuatu, Tuhan mengambilnya daripadaku?

Lelah. Lemah.

Bagaimana dengan aku? Terlanjur menyayangimu...

Terlanjur sayang seorang teman itu gak nyaman juga ya?
Terluka dan menangis tapi ku terima.


17 comments:

  1. Pernah dengar ada orang kata, kalau hidup cuma yg indah2 belaka, kita takkan rindu syurga. Jangan sedih2 tau. Cheer up! 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada betul juga tu... kalau semuanya indah bosan gk kn.. hehe
      Masehh :D

      Delete
  2. Hidup ni ada atas, ada bawah. Kadangkala taufan, kadangkala ribut lepas tu akhirnya ada pelangi pulak. Kita tempuh juga nanti pengalaman ni la akan mematangkan kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa begitulah kejadiannya... Moga Allah permudahkan segalanya untuk kita

      Delete
  3. Cuya lagi sedih yaa 🤗.. tak apa sedih sedikit, menangis sedikit. Biar lepas dulu ganjalan di hati. Nanti kalo dah tenang, bisa ceria lagi. Kadang hidup memang tak selalunya bahagia. Sesekali kita diajar utk merasa sedih, kecewa, supaya bisa semakin kuat ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar... sedih itu perlu, barulah belajar untuk hidup

      Delete
  4. Terasa sayu jugak di hati... Sama lah teringat ingat.. Moga kuat!!

    ReplyDelete
  5. sebab itulah lumrah dunia. Semua yang berlaku akan mengingatkan kita bahawa takde apa yang kekal dalam dunia ni, termasuk this world itself. Cuba cari sudut pandang yang boleh buat hati tenang dengan takdir. U can do it! All the pain shall pass, so do the happiness :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya faham, kena positifkan diri walau kadang-kadang susah juga, yalah hati dah kecewa, sakit....
      Ambil masa untuk sembuh :)

      Delete
  6. MA kalau rasa sedih or rasa down, MA selalu fikir..mesti ada yg lagi sedih or down dr kita....yg lagi berat ujian nya dr kita.. in sya Allah.. time tu kita akan rasa bersyukur sgt dgn apa yg kita ada.... keep ur head up & just enjoy ur day as always key.. moga yg baik2 saja utk Cuya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu, ada orang lagi tidak bernasib baik macam kita.. terima kasih MA :)

      Delete
  7. Jangan sedih-sedih tau..
    semoga semuanya baik-baik saa buat Cuya..

    ReplyDelete