Pages

Wednesday, July 26, 2023

Mengimbau Memori Sekolah : Cuya Si Perigi Cari Timba


Assalamualaikum , Hello Coconuts!

Belum menulis entri Cuya dah tergelak dengan tajuk entri kalini. Entah kenapa bila Cuya mainkan lagu cintan cintun di Youtube, tiba-tiba teringat kisah lama semasa di bangku sekolah. Macam yang tertulis di tajuk utama, ya seketul Cuya pernah menjadi si perigi cari timba. HAHAHA

Disebabkan zaman sekolah pon dah berlalu, tak salah sekiranya Cuya berkongsi cerita. Alaa...sebagai kenangan melambangkan Cuya juga pernah jadi bodoh dek kerana cinta monyet. Kikiki

Kisahnya bermula  begini.....

Cuya berada di tingkatan 4 semasa kejadian ni berlaku.

Pagi tu, kami semua sedang ada perhimpunan di sekolah. Disebabkan Cuya kebosanan, Cuya pergi lah usha budak-budak kelas lain. Sedang ralit memerhati orang, Cuya pandanglah junior Cuya. Saja je pandang, bukan ada niat apapon.

Kebetulan pulak,pandangan Cuya bertemu dengan pandangan salah seorang junior Cuya. Cuya pandang dia, dia pandang Cuya untuk beberapa saat. Lepastu Cuya kalihkan pandangan Cuya daripada dia. Cuya mula memandang ke hadapan.

Lepas beberapa minit, Cuya sengaja pusing belakang untuk memandang dia, ehhh dia pandang kita lagi.
Maka kantoilah Cuya usha dia 😆 Jadi Cuya pon sorokkan diri di balik kawan-kawan Cuya yang lain. Masa perhimpunan sudah tamat, junior Cuya tu dah nak berjalan kembali ke kelas, tapi dia seolah-olah mencari  Cuya and dia pandang Cuya lagi!

Maka, sejak itu bermulalah episod saling pandang antara satu sama lain setiap kali terserempak.

Betullah orang kata, dari mata turun ke hati. Eheks!

Dipendekkan cerita, Cuya make the first move.

Masa semua orang dah balik dari sekolah, Cuya senyap-senyap pergi kelas dia dan selitkan nota bawah meja dia.


Gambar ni diambil oleh dia sendiri selepas kitaorg dh habis skola tk silap. Masa ni mengimbau cerita dulu2 la.. XD Tak sangka kertas macam ni pon dia simpan lagi!


Lepas dia dah dapat no Cuya, dia mesej la Cuya. Memang dia tahu Cuya bagi dia surat ni walaupon Cuya suruh dia teka sendiri.

Mesejnya berbunyi,

" Assalamualaikum. Ni Nurnasuha Mohd Fadzil ke? " 

Lebih kurang la bunyi mesej tu. Hahahah

Maka bermula la kisah-kisah sweet kitaorang.


Memandangkan Cuya suka melukis, bila Cuya jumpa dia Cuya sengaja bagi nota kecil bersama lukisan comel. Kadang-kadang Cuya selit bawah meja dia. Aishh kelakar bila mengingatkan kegigihan seketul Cuya bila dilamun cinta! Dasar cinta monyet! 😂

Dan kebetulan dia pon seorang yang berbakat dalam melukis. Dia pon balas juga nota kecil bersama lukisan. Sweet bersemut tak?


Percaya atau tidak, Cuya masih simpan nota-nota kecil dia. Nostalgia betul. ahahahaha





Cuya simpan segala kenangan, sepertimana dia juga simpan apa2 yang Cuya bagi. ( sekarang ni Cuya tk pasti dia simpan lagi ke tak. Hehe)

Tapi kisah kami setakat gitu jelah....tak mampu pergi jauh.  Hanya menjadi kenangan yang kelakar.
Entah bila kitaorang last contact, Cuya pon malas nak ganggu dia. Mungkin dia pon dah bahagia.
Tapi takpe, sekurang-kurangnya dia pernah menjadi kenangan indah dalam hidup Cuya.

Kami tak pernah ada gambar yang sememangnya disengajakan untuk tangkap bersama. Tapi ada satu gambar yang secara curi-curi ditangkap oleh junior Cuya guna kamera Cuya.



Masa ni kitaorang tak sweet2 lagi dah. Cuya sekadar berborak biasa je, walaupun hakikatnya masa ni Cuya masih menaruh harapan pada dia. Hahahhaha


Tapi dia ni memang hensem la Cuya boleh cakap.Walaupun kulit die hitam manis, features muka dia memang cantik. Hidung dahlah mancung. Badan berketak. HAHAHAHA Bongoklah seketul Cuya, macam ni rupanya taste kau! Hehe takdelah gurau je, taste Cuya tak menentu.

Cuya rasa sampai sekarang pon mungkin hensem juga, entahlah Cuya dah lama tak jumpa dia. Moga dia sihat belaka.

Dulu dialah yang selalu baca blog Cuya yang lagi satu, tapi Cuya dah privatekan.

Dulu-dulu ada masa Cuya call dia sesekali. Dia pon call Cuya. Tapi semua tu dah berlalu, benda dah lama move on. Agak-agak kalau dia terbaca entri ni apalah reaksi dia ya?


Terima kasih sebab pernah jadi sebahagian daripada kenangan yang Cuya ada. Arigato gozaimase!
Semuanya kini menjadi kenangan yang lucu untuk dikisahkan dalam penulisan Cuya.

P.s-Korang macam mana? Pernah ada kisah cinta monyet tak? Hehe





34 comments:

  1. Pernah juga cinta monyet. Kite pun bila teringat kisah macam ni, memang tersengih sesorang. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak....sebab kelakar la dulu2 punya cerita, memang tak boleh lupa hehe

      Delete
  2. so sweet... yes, semua ni kenangan yg x akan berulang kembali..
    MA pun pernah mcm Cuya... lagi dasyat kot sbb MA akan ushar dia..dr dia sampai(sbb dia naik motor)
    masa time perhimpunan..dia pengawas.. MA akan pandang dia sampai merah muka dia yer... sbb dia putih sgt.
    semua kawan2 MA ckp mustahil la MA dpt sbb dia anak ustaz, MA memang nakal la time tu and surprising..time tu.. ha jgn x caya yer.. dia form lower six.. MA baru form 1.. ha ha ha.. and yet.. kami couple but couple budak sekolah, cinta monyet la... 5 years plus2 yer... sampai MA masuk UiTM .. kita org clash tu pun sbb MA la.. nakal sgt kan. butttt...ha.. ada kesinambungan lagi, kami jumpa balik lepas MA dah start keja, time tu MA ingat dah jodoh la but bukan jugaks..
    ha ha ha.. panjang komen MA kat sini.. sowie ek...Cuya la, buat flashback, MA pun terjebak sama.. he he he
    good morning! have a good day!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersengih Cuya baca cite mummy. Eheks!
      Lama tu mummy 5 tahun tuuuu....
      Tak memasal flashback kisah dulu2 kan. Haish memori indah gitu~ hehehehe

      Delete
  3. Akak baca story ni, sambil tersenyum kambing dik non..tetibe teringat kisah diri sendiri hahaha...
    nanti la akak share dkt blog..ish...terlalu banyak kenangan sekolah kan klu kita kenang kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kenangan lama memang mencuit hati kita kan....
      share kak jgn tk share...heheh

      Delete
  4. ada...tp tak pernah jadi perigilah. kita pemalu wakkk

    ReplyDelete
  5. alolo sweetnya....tersenyum2 kita yang membaca ni

    ReplyDelete
  6. amboi..dia dah kawen ke lum cuya..on la balik mana thu jodoh..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berani la cik nor.... lama dah tk contact...hahaha

      Delete
  7. Salam perkenalan cuya,
    alooloooooo
    bersemut haaiihhh
    InsyaAllah akan ada jodoh yang lebih baik nanti amiinnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenall...

      InshaAllah moga jodoh yg terbaik dtg.. ^^

      Delete
  8. ejulz masa sekolah dulu2 pun selalu jugak dapat surat2 macam ni.. hehehe.. lucu jer bila diingat balik. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh ada juga kenangan dulu2...
      Siapa tak merasa kenangan gini rugi la...kekeke

      Delete
  9. Ala takelh teruskan ke? sweet sangat. ada juga cinta monyet, lepas sekolah baru tegur-tegur tapi tak ada jodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah cuba, tapi complicated... hahaha
      takpe, berjodoh dgn org yg lebih baik gitu

      Delete
  10. haruss la ada he hee surat2 menyurat. kenangann, zaman indah la konon kan tp satu pun xda lekat jodoh😁 ingat blk bf pertama jiran sblh umah je berthn kawan tp alhamdulillah hanya kekal sekadar sahabat sekolah. msg2 ada jodoh lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula...bercinta kemain ramai, sorang pon tk lekat ngn kita...hahahha
      uish jiran jadi bf ehh...dekat2 je...hehehe

      Delete
  11. Pengalaman berharga tu. Belum dapat surat tapi selalu dapat kertas lukisan. Peminat mintak tolong lukis dan warna homework seni diorang. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh pandai arts...patutlah org minat... hehehe

      Delete
  12. eceh ecehhhh bersurat bagai yaaaa ada buh bedak tak? hahaha
    cinta monyet sy disailang oleh bdk 1 dorm. konon ckp adik angkat. rupanya kapel. bye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bedak takde kak...kekeke
      berani ya dia sailang, jom pukul ramai2...xD

      Delete
  13. Dari tepi tu nampak macam student saya je dekat uitm ni. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu dia uitm, tpi dia dah habis belajar dah kak... pelanduk dua serupa kot.. hehe

      Delete
  14. Nak share jugak lah, sekurang-kurangnya cinta monyet Cuya tu disambut tau, akak nie lagi la, syok sendiri je. Cinta tak berbalas sbb akak hitam, dia tak suka.. tp bila pikir2 elok jugak dia tak nak sbb skrg nie tgk muka dia mmg tak hensem langsung.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA...Alhamdulilah akk tk jdi ngn dia ehh... dapatlah yg lagi hensem .....XD

      Delete
  15. tak salah pun perigi cari timba....

    ReplyDelete
  16. Zaman sekolah Dulu2 ada la suka kat sesorang hahaha, sama2 suka tapi tersimpan dalam hati jer.

    ReplyDelete