PENCUCI
MUKA ALOE VERA TERBAIK 2023 – KULIT MUKA LEBIH SEGAR DENGAN ALOE AC CLEAN
BUBBLE CLEANSER
Pernah tak
korang mengalami masalah kulit kusam, kulit berminyak dan tidak bermaya? Setiap
bulan mesti keluar duit beratus ringgit semata-mata untuk membeli produk yang
mahal lagi berkualiti. Ramai percaya, lagi mahal produk tu lagi ianya berkesan
untuk kita. Salah! Sebagai seorang yang mempunyai masalah kulit yang teruk,
Cuya telah pergi merujuk kepada pakar untuk dapatkan nasihat tentang kulit Cuya
ni. Kulit muka Cuya sebenarnya sangat sensitive dan adalah kulit kombinasi
antara berminyak dan juga kulit kering.
Kalau bahagian kulit
yang berminyak adalah di bahagian T zone muka dan yang kering semestinya di
kawasan pipi. Kulit muka Cuya juga kadang-kadang mudah naik jerawat dan
berparut. Kalau dulu Cuya terpaksa pakai produk dari hospital, sekarang ni
doktor menasihati Cuya untuk menggunakan produk yang 'mild' atau bersifat
lembut terhadap kulit. Puas mencari produk yang sesuai dengan kulit muka Cuya.
Akhirnya Cuya sudah jumpa jawapannya!
Masa
Cuya tengah research berkenaan produk kulit, Cuya ada jumpa satu produk review
daripada salah seorang blogger. Review dia macam menarik pula apabila dibaca.
Jadi sudah semestinya Cuya nak cuba.
Pencuci Muka
Aloe Vera Hansaegee Nature
Memperkenalkan produk Hansaegee Nature Aloe Ac Clean Bubble Cleanser, 100% made in Korea dan merupakan pencuci muka water based yang sesuai untuk semua jenis kulit (kulit berminyak, kulit kering, kulit kombinasi).
Aloe AC Clean
Bubble Cleanser, sejenis cleanser aloe vera dari Hansaegee Nature menggunakan pelbagai
jenis ekstrak tumbuhan semula jadi dan pati minyak (essential oil). Dua bahan
utamanya pencuci muka aloe vera terbaik ini ialah Aloe Barbadensis Leaf
Juice dan Tea Tree Leaf Oil yang sememangnya bagus untuk kulit. Aloe vera
ni bagus untuk kulit yang berjerawat macam Cuya ni. Bukan sahaja mampu membersihkan
kulit,merawat jerawat, melegakan sunburn, antiradang, melembabkan kulit malah
dapat mengurangkan bintik hitam. Tea tree oil juga mampu merawat jerawat di
kulit. Selain itu, boleh membersihkan kulit, melembutkan kulit, mengurangkan
jangkitan bakteria serta anti fugus. Pencuci muka aloe vera ini juga selamat
untuk kulit sebab bebas paraben, sulfate dan alcohol. Maka ia merupakan the
best cleanser untuk kulit sensitive dan juga pencuci muka yang bagus untuk
semua jenis kulit.
Bila Cuya first merasai sendiri cleanser
aloe vera ni, terkejut dengan tekstur dia yang sangat watery soft bubble,
smooth dan moisturizing. Kira dia dalam bentuk foam yang lembut sangat. Memang
puas kalau guna untuk cuci muka. Lembut sahaja bila pegang dan menyentuh kulit.
Dengan tekstur yang watery soft bubble, pencuci muka terbaik ni mampu menanggalkan
kekotoran jauh ke dalam pori-pori kulit, memberikan penampilan yang lebih sihat
dan serta membuat kulit muka bersih dan moisturizing tanpa rasa tegang dan
kering.
Tekstur
pencuci muka aloe vera terbaik - watery soft bubble membersihkan
hingga ke liang pori
Ada banyak kebaikan bila cuci muka menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Disebabkan Cuya ni adalah
seorang yang suka makeup bila berjalan-jalan, pencuci ni bagus sebagai
pembersih mekap. Bila cuci, memang ianya akan membersih hingga ke dalam
pori-pori. Jadi Cuya pon tidak akan was-was untuk mengambil wuduk setiap kali
solat. Pencuci ini juga boleh membuang segala kekotoran yang ada di dalam
pori-pori jadi muka akan terasa sangat bersih. Kulit muka Cuya yang berminyak
ni pon dah tak terasa berminyak malah menjadi lebih lembab dan lembut apabila
disentuh. Kulit memang tak terasa kering! Mengekalkan kulit kita lembap
sepanjang hari selepas proses mencuci, kulit tidak kering, buih yang gebu dan
lembap menghalang kulit kita daripada mengering. Cleanser terbaik ini juga
mampu menanggalkan kotoran, sel kulit mati dan menjadikan kulit kelihatan
bersih dan cerah.
Mari Cuya
tunjuk step cuci muka yang betul dengan cleanser terbaik ni.
Cara Guna
Pencuci Muka Aloe Vera / Cara Cuci Muka yang Betul
1) Basahkan muka dan tangan dengan air. Pamkan sedikit Aloe AC
Clean Bubble Cleanser ke telapak tangan
2) Sapukan rata buih pencuci ke muka dan gosok secara membulat
3) Basuh muka dengan air.
Lepas kali pertama membasuh muka dengan
pencuci muka terbaik ni, muka akan rasa segar dan bersih. Kulitmuka pon terasa moisturizing,
memang best. Kulit Cuya yang pada asalnya berminyak di bahagian T zone dah tak
berminyak dah. Muka rasa lembut sangat bila disentuh. Tak kering langsung. Memang
best sangat!
Selain mencuci muka, cleanser aloe vera terbaik ini juga boleh
membersihkan mekap di muka. Gambar di bawah menunjuk cara Cuya bersihkan mekap.
Sebelum Cuya cuba untuk buang mekap, Cuya oleskan maskara, pemerah
pipi dan juga lipstik di tangan Cuya. Cuya cuma pamkan sedikit Aloe AC Clean
Bubble Cleanser pada tangan Cuya yang mempunyai kesan mekap, kemudian gosok dan
bersihkan dengan air atau tisu basah. Bersih betul!
Jenis : Pencuci Muka Water Based
Kegunaan
: Muka
Tekstur
: Watery Soft Bubble
Isi
Padu : 150ml,
Size 5.29 fl.
Pencuci
Muka Aloe Vera Untuk Kulit Berminyak - Review by Cuya
Selepas menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser, Cuya rasa kulit
Cuya lebih bersih, segar dan penuh dengan kelembapan. Kulit muka Cuya dah tak
berminyak macam dulu lagi dan tidak kering. Memang best pencuci aloe vera ni.
Jerawat pon dah susah nak tumbuh dan cepat kecut. Sekali pakai terus in love!
Untuk
lebih info, boleh la hubungi syarikat di bawah :
πBrand:
Hansaegee Nature
πWebsite:
www.hansaegee.com/shop
πIG
page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
πFB
page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
πYoutube
page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Kulit wajah saya juga sensitif dan cenderung berminyak...kayaknya Aloe Vera cleanser yang ini cocok deh buat tipikal kulit wajah kayak saya...agak jarang ya ada pembersih yang bubble "gitu..lucuk dan unik yahπ
ReplyDeleteiya lucu...hehe best untuk digunakan
DeleteUntuk orang tua macam uncle sesuai tak? ehek!
ReplyDeleteeh mestilah sesuai...produk yg nature gitu kan, bagus untuk kulit! hehe
Deletepencuci muka yg mama paling suka. dh guna ni mmg mama tak guna yg lain dah
ReplyDeletebetul tu mama..best kan?
Deletebrand dari korea ni mmg dah terbukti keberkesanannyaπππ
ReplyDeleteya betul tu sis...best guna!
DeleteAssalamualaikum Cuya... Kita pun try juga produk ni.. mudah
ReplyDeleteWaalaikumusalam..wah ada geng..hehe
DeleteWahhh makin cantiklahh
ReplyDeleteAlhamdulillah...yang penting konsisten ^^
Deletewah best nya..nak try la. hari tu MA try whitening cream dia, water based..pun best tau!
ReplyDeletewah yeke? Kena try juga ni...hehe
DeleteOwh.. best eh.. x pernah cuba jenama nie..
ReplyDeleteaah best juga...boleh la akk cuba search
DeleteDah cuba juga beberapa rangkaian produk Hansaegee Nature. Baguskan!
ReplyDeleteYeah best!
DeletePernah cuba pencuci muka brand hansaegee ni . Memang best .tak keringkan kulit muka ..fall in love sangat dgn buih dia tu
ReplyDeleteBetul2, Cuya setuju sangat
Delete