Pages

Wednesday, January 18, 2023

Bagaimana rasanya di reject dan ditinggalkan?

Assalamulaikum dan selamat malam.

Pernah ke korang suka seseorang, dan orang tu reject korang?

Sejujurnya Cuya tak pernah alami insiden sedemikian. Tapi Cuya pernahlah macam reject orang tapi macam tak reject. Maknanya takdelah secara direct Cuya tolak dia.

Kebiasaan Cuya akan berbasa basi menolak dia. Adalah ayat yang Cuya adjust 😂

Tapi memang Cuya tak pernah kena reject, cuma dipermainkan perasaan tu pernah la. Ni cerita dulu2.

Cuya suka lelaki tu, dia ada makwe dah. Tapi dia macam beri harapan pada Cuya.

Lepastu Cuya ambil tindakan untuk block dia di social media. Setahun kemudian, Cuya ada chat dia, tapi sebab nak suruh dia ambil duit dari kerajaan. Lepastu kami berdua terus senyap.

Cuya delete no fon dia, block ig dan tiktok dia.
Cuya rasa itulah jalan terbaik untuk Cuya teruskan hidup.

Biarlah kami bahagia dengan cara sendiri.
Cuya dah maafkan dia.

He was my bestfriend dulu, tapi takdir Tuhan layaknya kami dipisah :/

Namun begitu, tidak bermaknalah semua lelaki sama sifatnya.

Cuya akui Cuya diuji dengan pelbagai cara. Bila Cuya suka seseorang, tengok2 dia ada makwe.
Bila Cuya suka someone, Cuya tak berani jujur dengan perasaan Cuya. 

Kena tinggal pon sakit 🥺

Kawan Cuya suruh Cuya join je apps dating
Tapi Cuya tak percaya apps dating. Banyak fuckboy je dalam tu nak ambil kesempatan, laki orang pon ada.

Cuya malas la nak bercinta banyak kali, kena orang yg salah. Buang masa tahu tak?

Kita cari yang serious nak kat kita, nak bina masjid... Hermm..

Mungkin Cuya kena usaha lagi.

Tula, orang nak kat Cuya, Cuya taknak. HAHAHA

Bila Cuya nak dia, dia lak taknak Cuya...

Ujian...ujian 

Apa apa pon, hidup perlu diteruskan, chin up and move forward!




21 comments:

  1. Akak pernah kena reject abg senior yg akak admire dr sekolah... terjumpa balik masa di u dan cakap lah akak suka dia tp dia x cakap directlah yg dia reject, dia cakap dia anggap adik² je... tapi kita fahamlah... akak pun faham jugak knp akak kena reject sbb balasan akak yg suka jugak reject org jugak...chill² saja zaman muda dan nakal dulu.. hihi.. tp skrg dia divorce dah pun... dlm hati akak itulah reject akak dlu... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah...tula..reject akk lgi...kan dah kene...kekekeke XD

      Delete
  2. pernah. sebab saya sejenis yang suka memulakan/ bertanya. sy ada cerita hahaha. nak baca ?

    saya ni lahir memang xperfect. sy oku. macam cuya ckp la banyak fakboi dalam dating apps. tapi itu satu - satunya jalan untuk saya dapat kenalan ramai. saya mula main dating apps masa umur 16tahun. boleh kata 78% semua nya fakboi, takguna, dan lain lain. cerita yang saya nak tulis ni hanya pengalaman lama hahhaa. saya main tagged. dulu tagged fungsinya sama macam myspace. now, tagged macam tempat cari pasangan fwb.

    saya kenal budak tu 2017/ 2018 bulan april. saya ada event disekitar tmpt dia tinggal. itulah kali pertama say ajumpa dia. di lrt universiti. masa ni dia student UM. okay kami bercinta ~ lama. lepastu saya tanya dia berkenaan hala tuju hbungan kami. dia kata dia xboleh nak ckp sbb skrg dia masih belajar takde duit. sbb soalan sy masa tu pasal "nnt awak akan kawin dgn sy ke?"

    lepastu sy break. 2019 kot bersambung balik. sy tanya dia lagi. nak kawin dgn sy tak? jawapan dia "nnt la sy baru keje . baru nak merasa pgg duit dan belanja family". lah. hahahah sy break lagi. sy doakan semoga dia selamanya dapat merasa pgg duit dan belanja fmily smpai puas. dan tak perlu kawin HAHAHAHA. geram!!

    sy tak serik. ada macam2 lah lelaki sy jumpa. last sy main dating apps dkat facebook. situlah tempat saya jumpa suami saya. BAYANGKAN jumpa kali pertama hujung bulan 4 2021 masa tu puasa. lepastu sy tanya dia hala hubungan kami. jawapan dia mmberansangkan walaupun kami berdua TAK ADA DUIT LANGSUNG! hahaha. lepastu bulan 10 2021 nikah!

    kitorang buat keputusan sendiri HAHHA. takde nak bincang2 family. just inform "mak, sy nak kawin dgn lelaki sekian2." apa segala hantaran semua buat sendrii. hantaran semua campak2 je yg biasa2, xde meriah cm org lain. lagipun time tu pkp HAHAH. cumanya ingt dpt nikah awal. tp kena covid./ AHAHAH. dpt la nikah lambet sikit

    awak boleh baca entri ini

    https://kanvasdakwat.blogspot.com/2021/11/perkenalan-singkat.html

    https://kanvasdakwat.blogspot.com/2021/11/cinta-mulai-tumbuh-dan-dibaja.html

    kisah penuh saya. ^_^ hahah membebel pula. terima kasih bagi ruangan saya komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...ending membahagiakan...tahniah sis dah jumpa jodoh. Cuya mungkin akan join website yang islamik cari jodoh...mungkinla...tak tahu

      Yalahkan...kita nak cari yang serius, tapi rata2 mainkan perasaan org je... uhuks

      Delete
  3. akk jenis introvert, nak buat confession, nak buat first move tu mmg tak lah...admire dari jauh...last2 terlepas...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham kak.. kadang2 Cuya pon macam tu juga..

      Delete
  4. Semoga dipermudahkan urusan jodoh awak. Keep praying and trust in God timing :)

    ReplyDelete
  5. jgn terburu2 nak cari jodoh. biar lambat asalkan selamat. tp pd masa yg sama kena cuba2 la juga...x leh berserah aje... all the best!

    ReplyDelete
  6. Hihihi kena reject dan mereject tu biasalah. Jangan risau sangat tentang jodoh. Insya-Allah, the time will come. Mungkin buat masa ni, Allah ingin beri peluang Cuya luangkan lebih masa dengan ibu, dengan keluarga… berbakti pada mereka…

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshAllah kak...mungkin rezeki Cuya untuk bersama keluarga..

      Delete
  7. Lama lagi perjalanan hidup tu. Kot2 berkat doa ibu, jumpa jodoh kat tempat kerja nanti, mana la tau. Dua dalam satu terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... inshaAllah..moga yang terbaik yang datang :D

      Delete
  8. InsyaAllah ada jodoh
    Jgn terburu2 bab jodoh ni
    Kena pilih

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah . Akan ada jodoh yg trbaik buat cuya . Dgn siapa pun kita bpasangan sebelum menjadi yg halal jgn tburu2 & jgn trlebih rasa kasih sayang

    ReplyDelete
  10. For me lebih manis lgi bercinta selepas kahwin.. Tp nak cari jodoh pun susah kan.. kita serius org lain permainkan kita haha.. Apapun kalau mmg niat ke arah perkahwinan insyaAllah sampai masanya jodoh tu akan hadir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah dia akan hadir pada waktu yang tepat :D

      Delete
  11. just enjoy ur life now. jodoh ni aturan Allah.... mcm MA pernah kawan ngan somebody.. 5 tahun, lepas tu tu putus.....kawan ngan org lain.... jumpa balik dgn mamat yg tadi tu..ingatkan jodoh la sbb jumpa balik..but bukan jugak. sekali ngan kawan ngan arwah suami 1 tahun je..bertunang 1 tahun..alhamdulillah kawin dah. but Allah lebih sayangkan dia..
    now alhamdulillah happy with 2 org tanda cinta kami..
    doa yg baik2 & always percaya aturan Allah..moga jodoh yg baik2 jugak utk Cuya yer....aamiin

    ReplyDelete