Pages

Monday, August 17, 2020

Blogger Pilihan Cuya :KasihkuAmani

Assalamualaikum ,Hello Coconuts!

Entri kali ni memang sangat berbeza dengan entri sebelum-sebelum ni.Kalini Cuya akan share antara blogger pilihan Cuya. Cuya ni jenis takkan baca semua entri di blog orang. Maksudnya Cuya memilih berdasarkan tajuk entri dan juga kekerapan update blog tersebut.

Jadi,untuk entri ini, Cuya telah memilih untuk review, buat pertama kalinya blog kegemaran Cuya iaitu



Pandang sayang ke mari,
Pandang aku yang kau cintai,
Antara blog yang menarik hati,
Sudah pasti KasihkuAmani!



Apa yang Cuya suka tentang blog ni adalah;

1)Kekerapan update entri

Kak Sha kerap sungguh update entri di blog dia.Walaupun entrinya ringkas, tapi cukup padat dan senang untuk difahami. Cuya suka orang yang selalu update ni, rasa seronok dengar semua kisah hidup dia

2)Suka update tentang buku

Memandang Cuya ni pon ulat buku, apa yang ulat buku lain update,mesti Cuya suka..especially melibatkan novel dan komik.Cuya seronok kak sha ada sasaran sendiri untuk capai tahap pembacaan dalam bulanan dan tahunan.

3)Suka update tentang makanan

Cuya bukan sahaja suka buku,malah makanan yang rare dan viral pun Cuya suka.Kak Sha jenis suka benda baru,eh sama pula dengan Cuya kan.. Hehe... kadang-kadang kak sha rasa dekat sangat dengan diri ini.

4)Suka update pasal movie

Walaupun Cuya jarang ambil tahu tentang movie terkini, tapi melalui blog kak Sha, Cuya tahu la cerita-cerita yang cukup asing bagi Cuya. Kak Sha macam suka cerita penyiasatan, horror dan aksi. (Betul kan Cuya kalau silap,ini hanya melalui pengamatan Cuya)


Ni lah antara sebab utama kenapa Cuya suka blog kak Sha ni. Kadang-kadang kak Sha turut kongsikan info terkini yang sedang terjadi di sekitar kita.

Antara entri kegemaran Cuya adalah:




dan banyak lagi!

Ya,kebanyakan tentang makanan yang menjadi kegemaran Cuya.HAHAHA



Jom korang,terjah blog kak Sha!




JOM SINGGAH!!!


Pen aku berwarna merah
 Ku tuliskan kata pujangga,
Terjah tau jangan tak terjah
Jalinkan hubungan dengan mesra

22 comments:

  1. blog kak sha memang menarik. banyak benda yg dia kongsi :)

    ReplyDelete
  2. fav blog ika juga :) hehe kak sha memang banyak update.

    https://ikashoid.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. I like you bcs always rajin untuk blogwalking 😍

    ReplyDelete
  4. Wah.. Terharunya.. TQ Cuya untuk review yang sweet sangat.. Hehehe..
    Lagi semangat akak nak buat entry.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Saya pun suka baca blog Kak Sha. Antara rakan blogger terawal selepas saya join blogging.

    ReplyDelete
  6. Blog kak Sha sememangnya ramai yang baca, disebabkan review dia pada buku dan novel.. akak sendiri pun takleh lawan dengan kak Sha, even kitorang sama-sama dalam bidang jawatan yang sama.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula ..kak sha rajin bagi review..pasni kak shikin pon bole buat..hehhe

      Delete
  7. same here...
    suka baca blog kak shaaa jgk :)
    simple and active

    ReplyDelete
  8. Betul tu Kak Sha ramah orangnya ;)

    ReplyDelete
  9. Kak Sha tak pernah lekang update blog walaupun sehari. Sentiasa ada je coretan walaupun tak panjang. ^^

    ReplyDelete
  10. antara blog yg mesti jengah jugak. lagi satu dia rajin komen blog jugaks... :-)

    ReplyDelete