Pages

Tuesday, September 4, 2018

Bolehkah Aku Menangis?


Duhai hati,
jangan bersedih,
hapuskan duka dan lara,
jangan biar diri merana

Duhai hati,
tersenyumlah dikau,
ayah dan ibu ada sama,
turut ada Maha Pencipta

Duhai hati,
bisakah aku bertanya?
adakah kau sedih kerana dia,
dia yang jauh di mata?


Percayalah,
pengaturan Tuhan itu indah belaka,
Kau tunggu dan lihat sahaja,
ada cahaya menanti di depan sana,
kelak kau akan bahagia.

Duhai hati,
senyumlahhh....


:')


Sebagai seorang blogger,saya seringkali meluahkan rasa hanya melalui puisi,pantun....tapi puisi lebih menggambarkan isi hati saya...Perasaan itu bercampur baur...puisi tak terlalu mendalam,masih boleh difahami....sebab tu tak guna kata2 yang terlalu puitis....Maafkan saya kerana puisi saya yang biasa2 ini..Andai kamu di tempat saya,pasti kamu akan memahami.. :)



5 comments: