Assalamualaikum Hello Coconuts!
Hari demi hari makin malas nak memasak ya. Tapi kita gigihkan jugak memasak sebab ada perut yang perlu diisi.
Kalau duduk sendiri takpeler, makan biasa-biasa je. Ni duduk ramai kenalah memasak walaupun malas .
Marilah bersama saya dalam episod malas memasak.
Daripada malas memasak, jadi tetaplah memasak walaupun malas. Hehe
Ni coins collect daripada live dan video Shopee. Lagi sikit nak cukup kan 1000 coins. Jiayok!!!..
Usaha tak mengkhianati hasil!
Alhamdulillah dengan coins Cuya kumpul, dapat belikan hadiah untuk anak2 buah. Harini anak buah Cuya dah terima hadiah set mewarna Cuya belikan tu. Dia dah pasang angan-angan nak bawa set mewarna gi sekolah untuk subjek pendidikan seni dia tu. Seronok diorang.
Bila buka je set mewarna tu masing-masing macam " Wowwwww". Dulu masa Cuya kecik selalu berimpian nak set mewarna macamtu. Alhamdulillah Cuya penuhi impian Cuya dgn belikan anak buah Cuya set mewarna. Semoga bermanfaat lah buat anak buah Cuya.
Anak buah Cuya yang perempuan tu ingatkan painting pallet tu mekap 😂. Dia memang suka mekap tapi Cuya tak belikan la . Cuya harap diorang happy terima hadiah kecil Cuya. Selalu Cuya terima hadiah, kalini Cuya pulak memberi.
Anak buah Cuya yang lain Cuya berikan buku nota, sticker, pensil case dan yang dewasa Cuya berikan mekap. Anak dara sorang tu dah pandai mekap dah. Bila tanya mana belajar? Rupanya kawan2 dia semua pandai mekap.
Kalau tak dulu dia mana pandai mekap. So Cuyakan memang mekap collector, Cuya bagi je set mekap Cuya pada dia. Alhamdulilah Cuya dah ada geng mekap dah sekarang. Baru syok nak beri mekap.
Nota kaki: Korang dah join giveaway Cuya? Klik banner belah kanan atas sekali ya. View web version baru nampak.






Dari malas lama² ikhlas, yang penting tak berenti masak terus. Malas² Cuya pon masakan semua nampak sedap.
ReplyDeleteBetul, daripada malas lama2 ikhlas buat kerana Allah.
DeleteAlhamdulilah Allah bagi sedap, tetap la kena komen dgn mem besar 😂
Ada hari memang malas masak, tapi tetap juga kena masak.
ReplyDeleteDulu² je kalau shake² tu boleh dapat belas², puluh²... Sekarang memang idak dah .
Betul, malas2 tetaplah memasak.
DeleteDalam list shopee tu ada tulis org dpt puluh2. Ikut nasib kot
sedapnya ubi kayu rebus tu. lama tak makan.
ReplyDeleteTula Cuya pon lama tak makan. Ni pon rezeki orang bagi
Deletebudak2 zmn genZ ni memang advanced lah bab2 make-up! terliur ubi kayu rebus la plakkk
ReplyDeleteYa sangat advance ya! Hahaha.
DeleteMalas² pun berasap juga dapur tu Cuya 👍🏻
ReplyDeleteSukalah anak² buah tu dapat hadiah best gitu.
Harus berasap. Hehe.
DeleteAlhamdulilah nampak gaya suka tu
Kak SA hari biasa x masak...abah dan dania masak..ni last minggu Dania ada kat rumah...lepas ni akak kena masak semula la...
ReplyDeleteBaguskan ada orang boleh memasakkan di rumah. Senang kerja hehe
DeleteAmboiiiiii kecik-kecik dah pandai makeup. Kita yang tua ni calet powder je dengan lipstick. Malas tapi masak tetap nampak sedap. Ubi rebus tu kalau akak lebih suka cecah dengan sambal tumis.
ReplyDeleteHaah si kecik tu minat mekap. Tapi yg Cuya bagi mekap tu pada anak buah dewasa.
DeleteAlhamdulilah Allah bagi sedap. Tula Cuya masak sambal tu sebab ibu nak makan dgn ubi
Sedapnya ubi rebus. Lama tak makan ubi rebus cicah sambal ikan bilis 🤤
ReplyDeleteCuya pon jarang makan ubi rebus.. ni pon sebab orang.bagi merasalah kami
DeleteUbi rebus mkn dgn sambal ikan bilis pun layan jgk =D
ReplyDeleteCuya suka makan dgn gula Melaka.. hehe
DeleteNampak ubi rebus, sedap nya
ReplyDeleteAlhamdulillah sedappp hehe
DeleteMalas² cuya pun, jadi juga sambal ikan bilis dan nasi goreng.
ReplyDeleteSeronok anak² buah Cuya dapat hadiah dari Busu. 😊👍
Malas2 pon haruslah memasakkan.. ada perut perlu diisi..
DeleteAlhamdulillah seronok diorang.tuu
So far kalau malas atau letih memasak, suami akak kata makan kat luar...ok lah jugak. Ada option. Memang selalu memasak....tak kisah la simple macam mana pun. Ni Dania nak gi field trip pun nak memasak jugak biar dia kenyang nanti.
ReplyDeleteBagus senanya memasak ni. Pengikat kasih sayang. Pahala pon dapat kan.
DeleteCuya pon kadang tak masak, beli luar je senang. Tapi zaman ekonomi tgh merundum ni banyakla kena jimat. Sesekali takpe