Pages

Sunday, April 12, 2026

Menerima Kunjungan Raya Sahabat Diploma

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Rabu bersamaan 8 April sahabat zaman diploma Cuya datang berkunjung ke rumah Cuya untuk beraya.

Walaupun raya sudah lama berlalu tapi tetap Cuya sambut baik kedatangan mereka.




Tetamu pertama ialah Kak Wawa yang kini dia menetap di Jasin juga. Sebelum ni Cuya dah pernah mengunjung rumah lama dia di Jasin Bestari.

Kalini sudah kali kedua Kak Wawa datang ke rumah Cuya. Tapi sayang sekali Kak Wawa tak dapat jumpa lagi seorang kawan diploma kami pada hari yang sama dek kerana jemputan makan makan oleh makcik suaminya di Muar.

Nak wat cam mana, belum rezeki.


Kak Wawa dengan Cuya takdelah jauh beza umurnya tetapi tetap Cuya panggil sebagai Kakak tanda hormat. Walaupun zaman diploma Cuya lebih suka kalau orang bawah umur Cuya panggil kau aku je dengan Cuya supaya lebih mesra 😂 

Biasa kalau dah sama batch lebih seronok berkau aku kan? Tapi panggilan kakak tu sesuai la dengan Kak Wawa yang lembut dan sopan orangnya. Hehe.

Lama juga kami berborak. Cuya sempat menyajikan spageti carbonara untuk family Kak Wawa. Cuya kalau kawan kawan yang datang memang sajikan spageti sahaja sebab senang memasaknya.

Sempat juga Cuya menghulurkan sachets kopi Sleemo aka Kopi jamu yang menjadi kegemaran Cuya memandangkan Kak Wawa juga peminun kopi tegar sama macam Cuya.

Kata Kak Wawa kopi tu sedap giler dan mengenyangkan. Alhamdulilah Kak Wawa suka dengan kopi tu. 😁 

Cuya memang biasa contact Kak Wawa sejak dia pon dah pindah Jasin. Siapa lagi kawan diploma Cuya yang ada di Jasin kalau bukan dia. Kak Wawa orang Selangor tapi tinggal di Jasin sebab berkahwin dengan orang Melaka.

Siapa sangka jodoh pertemuan kita kuat juga. Ada juga member Cuya yang dekat dan boleh saling bertukar cerita. Alhamdulilah Allah rezekikan Cuya untuk bertemu dan dekat dengan kawan sama belajar.


Tetamu seterusnya adalah sahabat baik Cuya Ira yang datang daripada negeri Sembilan. Yang ni lagi berzaman tak jumpa. Last jumpa masa konvo. Sekarang dah beranak dua dah guys.

Kak Wawa pon sama anak dah dua. Cuya jer tak beranak lagi, berak ada ler. 🤣 


Ira selalu berkongsi cerita dengan Cuya, dan biasanya memang rahsia dia Cuya pegang sampai sekarang. Alhamdulilah Cuya bukan jenis nak membuka pekung orang. Cuya yakin kalau kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita, betul tak?



Ira datang bersama suami, 2 orang anak kecil dan adiknya.

Kami berdua tak banyak bertukar cerita tapi Cuya banyak berborak dengan suaminya Syahdan.

Siapa sangka suami dia lagi peramah daripada Ira 🤣. Tak sangka kuat jodoh mereka berdua. Memang kontra betul personaliti masing2. Dah jodoh tak ke mana ya dak? 😂 


Lepastu Cuya bagi can pulak dekat ibu untuk berborak dengan Syahdan. Cuya pergi ke Ira untuk saling bergosip hanya kami berdua sahaja. Mungkin Ira pon lebih selesa untuk kami berdua bercerita lebih privasi sikit kan. Biasalah kadangkala ada benda kita taknak orang lain tahu. Hehehe

Rahsia kita kita jer. 😂 


Kami sedondon warna hijau. Sebelum Ira balik, Cuya sempat bekalkan coklat batu lejen pada Ira sebab tengok dia macam suka jer. Lagipon Cuya banyak stok, sape pulak nak makan di rumah. Sharing is caring.

Bolehla buat ngunyah dalam kereta.


Macam2 pesen gambar suami Ira tangkapkan. Geli hati Cuya tengok. Biasalah dah jadi suami kenalah tangkapkan gambar isteri dia dengan member .

Ira ni dia muda sikit daripada Cuya tapi kitaorang macam member biasa. Takde gap pon. Barulah syok nak berkawan kan .

Alhamdulilah segala pujian bagi Allah kerana telah mempertemu dua sahabat baik Cuya. Moga Allah sentiasa merahmati dan melindungi mereka berdua sekeluarga walau di mana pon mereka berada.

Terima kasih Kak Wawa dan Ira sudi berkunjung ke teratak Cuya . Moga satu hari nanti Cuya pula boleh membalas kunjungan kalian. Allah sahaja yang mampu membalas baik budi kalian berdua.

Jangan serik untuk datang lagi ya!

Berura- ura macam ada lagi member nak datang lawat Cuya. InshaAllah jika tiada aral melintang dan panjang jodohnya, pasti bertemu. Aamin ya rabb.


Korang pula macam mana, masih mood beraya lagi ke?

Till then, adios amigos 👋🏻 


38 comments:

  1. seronok beraya bersama kawan2 meraikan kunjungan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah pasti seronok menerima kunjungan sahabat lama. Rindu sudah terbalas hehe

      Delete
  2. selagi masih syawal, raya masih onzz!
    saya tgok kawan2 kemain aktif pergi open house setiap weekend

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya banyak jemputan. Penuh perut! Hahaha

      Jarang la tak onzzzz

      Delete
  3. Alhamdulillah...seronok bila kawan² datang berziarah...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Takde uncle 😂 . Tapi takpe sebab kawan Cuya yang lain dah bagi duit raya dgn jumlah yg besar hehe.
      Cuya bukan nak duit diorg, asalkan diorg sudi dtg jumpa Cuya dah cukup bahagia. Lagipon diorang dua suri rumah hehe 😊

      Delete
  5. Raya kan sebulan. Best kan bila kawan-kawan dapat kunjung ke rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahh betul2. Memang best. 😁 Sebab setahun tak sekali kan diorg datang hehe

      Delete
  6. MZ weekend semlm, tak de mood raya dh sbb puasa qadak ie ari ahad tu...ari ni pun masih berpuasa laaa..tak sabar nak abih ni! bestnya cuya dpt jumpa kawan2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi sikit je nak raya tu MZ!
      Alhamdulilah rezeki dapat jumpa kawan2, besar nikmatNya. 😊

      Delete
  7. Replies
    1. Alhamdulilah mesti seronok sebab setahun tak sekali jumpa. Dah berzaman tak jumpa hehe

      Delete
  8. Seronok dapat jumpa kawan² lama. Semoga ukhuwah berkekalan hendaknya 🤲🏻

    ReplyDelete
  9. Dari jauh kawan2 diploma datang beraya ke rumah Cuya ye. Semoga persahabatan korang kekal sampai bila2 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya rabb. Alhamdulilah rezeki ada kawan2 yang baik baik belaka hehe

      Delete
  10. Dah jumpa kawan baik selalunya susah nak stop bercerita. Haha....nak balik dah ni....sambung lagi....errr tak tau bila nak habis cerita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah tu ada betulnyaa.
      Tapi disebabkan Cuya banyak cakap, selalu Cuya yang kena lead conversation. Kita yang kepoh 😂 kawan2 Cuya tak semeriah Cuya hehe

      Delete
  11. Alhamdulillah masih bersilaturahim dengan sahabat-sahabat zaman belajar. Semoga ukhwah berpanjangan hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah aamin ya rabb. Semoga yang baik2 sahaja buat kami semua. 😊

      Delete
  12. Adik Cuya happy kehadiran teman ni kan..layanan pun sangat mesra tu siap gambar menarik..syukur alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah mesti happy punya dapat jumpa kawan lama. Rezeki yang tidak ternilai. Hehe

      Delete
  13. seronok bila ada tetamu berkunjung ni...
    cuya dah beraya ke rumah diorang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum rezeki lagi nak beraya rumah diorang. InshaAllah satu hari nanti jika ada umur yang panjang, mesti pergi inshallah. Hehe

      Delete
  14. Aarrr sedihnya kawan-kawan baik dari zaman study cheq semuanya dok jauh belaka, dah lama tak ketemu 🥲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang zaman teknologi, asalkan boleh contact dari jauh pon okay. Tapi tula, lagi seronok kalau dapat jumpa kan.
      Moga2 sis ada rezeki untuk jumpa diorang semula. Kena buat reunion

      Delete
  15. Bagusnya, saling mengunjungi di hari raya. Susah nak jumpa kawan-kawan macam ni. Semoga silaturrahim antara Cuya dan kawan-kawan terus terjalin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.. betul. Lagi2 bila semua dah ada komitmen, lagi susah nak jumpa
      Semoga panjang jodoh pertemuan kami.

      Delete
  16. Seronoknyaaa! Saya tahun lepas kawan2 dtg rumah jugak, tahun ni semua dh balik kg pulak 🥲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah.. sebab jarang jumpa kawan2, jadi ofkos seronok dia lebih.
      Tula bila kawan2 busy, susah nak jumpa kan. Semoga akan datang masih berpeluang jumpa kawan kawan lama.

      Delete
  17. Nikmat sangat Allah bagi teman dekat yg bisa kita ajak mengobrol apapun , bisa jaga rahasia kita. Dan teman untuk tempat kita cerita Macam2.

    Memang maniiis sangat kak wawa, kliatan pun lembut orangnya ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kawan juga satu nikmat yang tak ternilai. Alhamdulilah

      Betul, manis kan orangnya? Lemah lembut sahaja dia.

      Delete
  18. Ramai kawan² Cuya... semua pun nampak mesra.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah syukur mana yang ada ni masih boleh contact

      Delete