Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Rabu bersamaan 8 April sahabat zaman diploma Cuya datang berkunjung ke rumah Cuya untuk beraya.
Walaupun raya sudah lama berlalu tapi tetap Cuya sambut baik kedatangan mereka.
Kalini sudah kali kedua Kak Wawa datang ke rumah Cuya. Tapi sayang sekali Kak Wawa tak dapat jumpa lagi seorang kawan diploma kami pada hari yang sama dek kerana jemputan makan makan oleh makcik suaminya di Muar.
Nak wat cam mana, belum rezeki.
Biasa kalau dah sama batch lebih seronok berkau aku kan? Tapi panggilan kakak tu sesuai la dengan Kak Wawa yang lembut dan sopan orangnya. Hehe.
Lama juga kami berborak. Cuya sempat menyajikan spageti carbonara untuk family Kak Wawa. Cuya kalau kawan kawan yang datang memang sajikan spageti sahaja sebab senang memasaknya.
Sempat juga Cuya menghulurkan sachets kopi Sleemo aka Kopi jamu yang menjadi kegemaran Cuya memandangkan Kak Wawa juga peminun kopi tegar sama macam Cuya.
Kata Kak Wawa kopi tu sedap giler dan mengenyangkan. Alhamdulilah Kak Wawa suka dengan kopi tu. 😁
Cuya memang biasa contact Kak Wawa sejak dia pon dah pindah Jasin. Siapa lagi kawan diploma Cuya yang ada di Jasin kalau bukan dia. Kak Wawa orang Selangor tapi tinggal di Jasin sebab berkahwin dengan orang Melaka.
Siapa sangka jodoh pertemuan kita kuat juga. Ada juga member Cuya yang dekat dan boleh saling bertukar cerita. Alhamdulilah Allah rezekikan Cuya untuk bertemu dan dekat dengan kawan sama belajar.
Tetamu seterusnya adalah sahabat baik Cuya Ira yang datang daripada negeri Sembilan. Yang ni lagi berzaman tak jumpa. Last jumpa masa konvo. Sekarang dah beranak dua dah guys.
Kak Wawa pon sama anak dah dua. Cuya jer tak beranak lagi, berak ada ler. 🤣
Kami berdua tak banyak bertukar cerita tapi Cuya banyak berborak dengan suaminya Syahdan.
Siapa sangka suami dia lagi peramah daripada Ira 🤣. Tak sangka kuat jodoh mereka berdua. Memang kontra betul personaliti masing2. Dah jodoh tak ke mana ya dak? 😂
Rahsia kita kita jer. 😂
Bolehla buat ngunyah dalam kereta.
Ira ni dia muda sikit daripada Cuya tapi kitaorang macam member biasa. Takde gap pon. Barulah syok nak berkawan kan .
Alhamdulilah segala pujian bagi Allah kerana telah mempertemu dua sahabat baik Cuya. Moga Allah sentiasa merahmati dan melindungi mereka berdua sekeluarga walau di mana pon mereka berada.
Terima kasih Kak Wawa dan Ira sudi berkunjung ke teratak Cuya . Moga satu hari nanti Cuya pula boleh membalas kunjungan kalian. Allah sahaja yang mampu membalas baik budi kalian berdua.
Jangan serik untuk datang lagi ya!
Berura- ura macam ada lagi member nak datang lawat Cuya. InshaAllah jika tiada aral melintang dan panjang jodohnya, pasti bertemu. Aamin ya rabb.
Korang pula macam mana, masih mood beraya lagi ke?
Till then, adios amigos 👋🏻








seronok beraya bersama kawan2 meraikan kunjungan
ReplyDeleteAlhamdulilah pasti seronok menerima kunjungan sahabat lama. Rindu sudah terbalas hehe
Deleteselagi masih syawal, raya masih onzz!
ReplyDeletesaya tgok kawan2 kemain aktif pergi open house setiap weekend
Bagusnya banyak jemputan. Penuh perut! Hahaha
DeleteJarang la tak onzzzz
Alhamdulillah...seronok bila kawan² datang berziarah...
ReplyDeleteAlhamdulilah semestinya seronok hehe
DeleteDiorang bagi Cuya duit raya tak?
ReplyDeleteTakde uncle 😂 . Tapi takpe sebab kawan Cuya yang lain dah bagi duit raya dgn jumlah yg besar hehe.
DeleteCuya bukan nak duit diorg, asalkan diorg sudi dtg jumpa Cuya dah cukup bahagia. Lagipon diorang dua suri rumah hehe 😊
Semoga ukhuwah terus berpanjangan
ReplyDeleteAamin ya rabb
DeleteRaya kan sebulan. Best kan bila kawan-kawan dapat kunjung ke rumah.
ReplyDeleteYeahh betul2. Memang best. 😁 Sebab setahun tak sekali kan diorg datang hehe
DeleteMZ weekend semlm, tak de mood raya dh sbb puasa qadak ie ari ahad tu...ari ni pun masih berpuasa laaa..tak sabar nak abih ni! bestnya cuya dpt jumpa kawan2 :)
ReplyDeleteLagi sikit je nak raya tu MZ!
DeleteAlhamdulilah rezeki dapat jumpa kawan2, besar nikmatNya. 😊
seronok dapat jumpa kawan2 lama.
ReplyDeleteAlhamdulilah mesti seronok sebab setahun tak sekali jumpa. Dah berzaman tak jumpa hehe
DeleteSeronok dapat jumpa kawan² lama. Semoga ukhuwah berkekalan hendaknya 🤲🏻
ReplyDeleteAamin ya rabb. Moga2
DeleteDari jauh kawan2 diploma datang beraya ke rumah Cuya ye. Semoga persahabatan korang kekal sampai bila2 🤲🏻
ReplyDeleteAamin ya rabb. Alhamdulilah rezeki ada kawan2 yang baik baik belaka hehe
DeleteDah jumpa kawan baik selalunya susah nak stop bercerita. Haha....nak balik dah ni....sambung lagi....errr tak tau bila nak habis cerita...
ReplyDeleteHah tu ada betulnyaa.
DeleteTapi disebabkan Cuya banyak cakap, selalu Cuya yang kena lead conversation. Kita yang kepoh 😂 kawan2 Cuya tak semeriah Cuya hehe
Alhamdulillah masih bersilaturahim dengan sahabat-sahabat zaman belajar. Semoga ukhwah berpanjangan hingga akhir hayat.
ReplyDeleteAlhamdulilah aamin ya rabb. Semoga yang baik2 sahaja buat kami semua. 😊
DeleteAdik Cuya happy kehadiran teman ni kan..layanan pun sangat mesra tu siap gambar menarik..syukur alhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdulilah mesti happy punya dapat jumpa kawan lama. Rezeki yang tidak ternilai. Hehe
Deleteseronok bila ada tetamu berkunjung ni...
ReplyDeletecuya dah beraya ke rumah diorang?
Belum rezeki lagi nak beraya rumah diorang. InshaAllah satu hari nanti jika ada umur yang panjang, mesti pergi inshallah. Hehe
DeleteAarrr sedihnya kawan-kawan baik dari zaman study cheq semuanya dok jauh belaka, dah lama tak ketemu 🥲
ReplyDeleteSekarang zaman teknologi, asalkan boleh contact dari jauh pon okay. Tapi tula, lagi seronok kalau dapat jumpa kan.
DeleteMoga2 sis ada rezeki untuk jumpa diorang semula. Kena buat reunion
Bagusnya, saling mengunjungi di hari raya. Susah nak jumpa kawan-kawan macam ni. Semoga silaturrahim antara Cuya dan kawan-kawan terus terjalin.
ReplyDeleteAamin.. betul. Lagi2 bila semua dah ada komitmen, lagi susah nak jumpa
DeleteSemoga panjang jodoh pertemuan kami.
Seronoknyaaa! Saya tahun lepas kawan2 dtg rumah jugak, tahun ni semua dh balik kg pulak 🥲
ReplyDeleteAlhamdulilah.. sebab jarang jumpa kawan2, jadi ofkos seronok dia lebih.
DeleteTula bila kawan2 busy, susah nak jumpa kan. Semoga akan datang masih berpeluang jumpa kawan kawan lama.
Nikmat sangat Allah bagi teman dekat yg bisa kita ajak mengobrol apapun , bisa jaga rahasia kita. Dan teman untuk tempat kita cerita Macam2.
ReplyDeleteMemang maniiis sangat kak wawa, kliatan pun lembut orangnya ☺️
Betul, kawan juga satu nikmat yang tak ternilai. Alhamdulilah
DeleteBetul, manis kan orangnya? Lemah lembut sahaja dia.
Ramai kawan² Cuya... semua pun nampak mesra.
ReplyDeleteAlhamdulilah syukur mana yang ada ni masih boleh contact
Delete