Pages

Wednesday, April 22, 2026

Kumpul Bonus Di Tiktok

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Jika di entri sebelum ni Cuya share cara Cuya kumpul coins di Shopee. Kalini Cuya share cara nak kumpul bonus di Tiktok.

Dia ada kelainan sikit berbanding Shopee jadi mari kita buat perbandingan.


Klik pada Butang SHOP di bawah sekali belah kiri sebelah butang HOME.

Dan kita dapat lihat atas sekali ada butang BONUS  di bawah search engine.

Jadi tekan BONUS.



Dia akan keluar macam ni.
Dia keluar Bonus Center.

So kita boleh tengok berapa banyak bonus kita ada setelah banyak kali kita purchase dan claim voucher bonus .

Dia akan ada butang untuk CHECK IN setiap hari supaya dapat earn bonus.
Tu adalah Bonus Tasks atau tugasan bonus .




Selain check in tiap hari, kita juga boleh dapat bonus dengan review produk yang pernah kita beli. Macam korang tengok di atas Cuya earn bonus setelah tinggalkan review iaitu kena reach certain patah perkataan serta mesti bagi gambar untuk extra bonus .

Yang membezakan COINS SHOPEE dan BONUS TIKTOK adalah

Coins Shopee - Bila kita gunakan coins untuk pembelian seterusnya kita boleh gunakan sekali arung jumlah coins kita. Contoh haritu Cuya ada coins bernilai Rm12, Cuya boleh tolak semua coins untuk dijadikan diskaun pembelian Cuya yang seterusnya.

Bonus Tiktok- Hanya boleh digunakan mengikut setting Tiktok which mean, kalau kita beli barang, Tiktok yang tetapkan berapa banyak bonus yang boleh ditolak.

Contoh Cuya beli seluar, hanya dapat tolak Rm 1.80 misalnya. Bila beli stevia dengan kuantiti yang banyak, dapat tolak bonus Rm4.10 misalnya.


Berbeza kan? Jadi mana lebih untung? Shopee ke, Tiktok?


Shopee peluang untuk kumpul coins lebih cerah daripada kumpul bonus di Tiktok. Mungkin sebab shopee ni dah lama dalam industri ni, jadi dia tahu apa yang target market dia nak. 

Nak dibandingkan dengan TikTok, masih baru lagi buka kedai kan.

Pengalaman membeli di Shopee bagi Cuya lebih menyeronokkan walhal selama ni banyak juga Cuya membeli di Tiktok.

Sebab di Shopee Cuya boleh main game untuk kumpul coins . 🤣 Jadi kalau Cuya tak membeli pon, coins tetap dapat. Pandai Shopee amik hati customer dia.

Nampak gayanya, Cuya dah kembali 'merujuk' dengan shopee setelah lamanya 'bercerai'. 🤣 

Dapat sesuatu tak guys??


Till then, adios amigos 👋🏻 

18 comments:

  1. Tidak tahu sangat pasal ini. Tq terangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sama2. Memang rasanya tak ramai tahu pasal benda ni.

      Delete
  2. MZ baru dua kali kot beli kat TT tu..tu pun last few yrs..memang setia dgn shopee ajerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya pon nak setia jugak la dgn shopee hehe. Lupa shopee pernah seseronok begitu hehe

      Delete
  3. takde acc TT so memang shopping di Shopee jela.

    ReplyDelete
  4. Taktau pulak Cuya pernah bercerai dengan Shopee. Kita dari dulu setia dengan Shopee je sebab takde Tiktok 🤣 Papepun, moga bahagia ke akhir hayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah makasih 😂
      Saya akan setia selagi shopee tak buat hal hehe

      Delete
  5. Rajinnya Cuya, semoga terus dot banyak bonus nanti 😍. Jom join segmen BLOGLIST akak..
    Segmen Pencarian Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2026

    ReplyDelete
  6. Selalu beli di Shopee, jarang2 dengan TT. Thanks for sharing Cuya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula ramai biasa dgn Shopee.
      Tiktok ni baru lagi dalam bab menjual ni

      Delete
  7. Replies
    1. Shopee untung banyak.. TikTok bole laa drpd tkde

      Delete
  8. kalau tiktok...husband akak power lah.. hahaha

    ReplyDelete
  9. Selalu beli di TikTok tapi tak kumpul coin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tekan claim untuk bonus, nanti bonus auto masuk dalam bonus centre. Cuya dulu pon taktahu ada bonus masuk. Tahu2 je dah expired bonus tu. Sayang tak guna

      Delete