Pages

Friday, April 17, 2026

Buku Nota Labubu

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Alhamdulilah harini ada parcel sampai lagi di rumah. Ceritanya Cuya main game dekat TikTok, tiba2 dapat free bonus. Main game Crack The Egg, tup2 dapat free bonus Rm10. So bila beli barang dapatlah jimat.

Beli barang COD tau. Cuya dah sediakan duit cukup cukup tadi tapi Cuya pelik kenapa courier tu tiba tiba minta jumlah extra 50 sen?. Tu Cuya fikir, aku dah kena tipu ke dengan courier ni? Memang courier sengaja minta lebih ke dia silap kira?

Takkan Cuya kena bayar duit minyak dia lak?

Pelik bin ajaibbbbb

Tapi kira halal jela. Nanti Cuya nak tengok, untuk COD yang seterus ni ada ke dia minta lebih2. Nantikannnn

Yang COD tu barang Ibu. Barang Cuya benda lainnn





Cuya beli buku nota Candy Girl dengan sticker. Cadangnya nak beri anak buah Cuya yang sekolah rendah tu. Untuk gegirl laa . Dia suka la benda2 gini.





Ni buku nota Labubu . Untuk siapaa? Untuk sayaaaa! Hahahah... Sebab lawa teroks lak buku ni. Cantik sangat2. Cover daripada plastik gitu. Dalam dia full warna .

Harga dia tersangat murah dan Cuya siap dapat diskaun lagi. Berbaloi2 la beli.

Cuya tak sure nak guna untuk tulis apa. Tapi Cuya suka conteng- conteng ni.




Isi dalam dia. Comel ennn


Macam sayang lak nak tulis. Heheh 

Labubu ni satu watak kartun yang direka oleh artis Hong Kong. Muka kartun ni macam comel + creepy tapi ramai peminat. Sejak artis Korea yang femes mula kumpul Labubu, tu pasal dah mendunia watak Labubu ni.

Selalu Labubu ada dalam blind box. Kan tengah trend blind box satu dunia kan. Budak-budak muda sukalah blind box ni. Cuya setakat ni tak terjebak dengan mana-mana blind box. Sebab tak minat kumpul patung banyak-banyak.

Peminat blind box ni selalunya makan banyak kos. Lebih baik jangan FOMO - Fear of Missing Out. Semua benda terkini nak kena up to date, penat la mengejar trend yang entah berapa lama relevan.


Begitulah sedikit sebanyak tentang Labubu dan trend terkini. Orang2 muda memang tastenya ginilah, pelik pelik je minat masing-masing. Hehe 

Till then, adios amigos 👋🏻 


14 comments:

  1. Saya notes begini biasa untuk catat semua pasword hahahahaha. Sebab tak suka mencatat pasword apapun di hp. Kalau hp dj hack, habislah sudah. JD saya prefer di catat manual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya ada juga buku yang ada ruangan khas utk password, tapi Cuya masih tak tulis password lagi sebab buku tu Cuya suka letak sepah2 jer.
      Tulis password di buku lagi bagus drpd handphone.

      Delete
  2. Buku nota cantik betul. Dalampun bergambar memang sayang hendak tulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa... Cantik sangat.
      Memang sayang nak guna. Tengah fikir lagi nak guna untuk apa

      Delete
  3. Budak² sekarang taste lain macam.. yang creepy dianggap comel hehehe

    ReplyDelete
  4. MZ jenis FOMO jugak esp apa2 yg MZ baca/tgk kat thread..haishhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah normal tu MZ, zaman sekarang semua fomo sebab macam dah jadi trend dan kemestian untuk fomo. Tapi tula benda2 trend ni viral kejap je, pastu dah tak relevan sangat. Tapi sesekali fomo tak jadi isu pon, seronok jugak hop in trends. 😁

      Delete
  5. Baru je haritu baca news, orang ni habiskan RM200k collection labubu. Pastu dia nak jual balik sbb nk pakai duit, takde org nk beli sbb benda tkde value huhu.

    Tpi saya pun tak suka labubu sbb nape gigi dia tajamm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah benda yang viral tiba2 ni kejap ajer popular pastu akan dilupakan. Membazir beli banyak gitu. Baik beli emas kan.

      Delete
    2. Hahahah gigi tajam dia memang nampak creepy 😂. Kalau malam2 tengok pon menakutkan. Hahaah

      Delete
  6. Sticker momo juga diminati twins di rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh Momo yang muka dia sangat menakutkan tu ka? Lagi seram drpd Labubu kalau gitu.

      Delete