Pages

Friday, April 10, 2026

Aku Beli Matawang Luarnegara

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Bagi sesiapa yang mungkin pernah terbaca entri di blog Cuya yang dulu dulu pasti tahu Cuya adalah peminat kepada matawang dalam dan luar negara.

Cuya adalah seorang collector newbie yang ada hobi mengumpul matawang. Kebiasaannya Cuya dapat matawang baru daripada family terdekat Cuya yang travel ke luar negara.

Baru-baru ni Cuya ada beli matawang daripada shopee yang dijual oleh orang Malaysia. Betullah orang cakap, hobi ni sangat mahal ya harganya. Tapi disebabkan kita minat, maka kita relakan sahaja wang kita terbakar. 🤣 

Jom tengok matawang apa yang Cuya beli.

Btw Cuya pick random sahaja memandangkan Cuya memang tak pernah ada semua matawang yang Cuya pilih ni.

Btw, nilah kali pertama Cuya beli matawang luarnegara. Selama ni orang bagi jer. Ada rezeki lebih, kita pon belilah. Hehe


Brazilian Real


Venezuela Bolivares


Venezuela Bolivares


North Korean Banknote Specimen

Biasanya specimen ni adalah sample dimana ianya dikeluarkan secara limited dan dikatakan rare.

Yela Malaysian pon takleh gi North Korea kan. Lagilah susah nak dapatkan matawang negara dia.

Sebenarnya masa Cuya beli Cuya taktahu pon ni note North Korea. Tak sangkalak rare note ni.


Chinese 5 Jiao


Ukrainian 1 Hryvnia



1000 ticket banknote, Russia

Untuk collectors sebagai peringatan memori sejarah skema kewangan.



50 Mongolian Tögrög



50 Möngö

Kecik gila duit ni macam duit mainan game Saidinar/ Jutaria. Ingatkan hanya wujud dalam dunia game sahaja, rupanya in reality pon ada .

Cuya beli total 11 keping duit tapi dia bagi extra 1. Alhamdulilah 

Duit dia semua cantik2 and takde lipatan pon. Elok je.


Dah beli duit, nak kena beli buku album baru pulakkk. Album lama dah penuh. Buat sementara waktu ni terpaksa pakai album murah dulu. Nanti ada bajet lebih kita beli album yang lebih herlok lagi. Aamin....


Moga seketul Nurnasuha dimewahkan rezeki berlipat ganda supaya one day boleh travel jauh ke luarnegara dan kumpul lebih banyak matawang. Aamin ya rabb.

Seronok dapat pegang matawang luarnegara terasa macam kita dah travel jauh. Hehe 
Moga termakbul impian nak travel jauh2.

Ramai2 tolong doakan saya yaaaa heeee~

Till then, adios amigos!  👋🏻 



32 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulilah, ni sebahagian daripada koleksi baru.

      Delete
  2. Memang tak boleh tahan la tu, siap beli lagi..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sebab tak sangka boleh beli kat shopee jer hehe

      Delete
  3. Banyak koleksi Cuya ni 👍👍👍

    ReplyDelete
  4. Banyak matawang Cuya beli. Seronok tengok matawang luar negara, sebab kita tak pernah tengok. Akak faham, sebab dulu akak pun suka kumpul setem. Ralit tengok, terutama dapat setem luar negara, kalau kita nak pergi sendiri, tak tahu bila. Semoga bertambah koleksi matawang Cuya dan ada rezeki Cuya ke oversea sendiri, Insya-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.. betul, dulu Cuya pon suka kumpul stem. Tapi sekarang kalau nak stem kena beli jugak.

      Aamin ya Rabb moga termakbul impian Cuya hehe

      Delete
  5. Banyak dah tu collection cuya. Macam dulu la suka kumpul stem. Sekarang ni takde dah agaknya stem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sekarang stem kena beli sendiri. Shopee pon banyak dijual. Tapi Cuya lebih suka matawang sekarang ni, dulu2 je collect stem

      Delete
  6. Dapat matawang yang ganjil, jarang nampak. Hehe semoga berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tersangat ganjil di mata dan sebahagian besar matawang ni sudah tidak digunakan. Itu yang seronok mengumpul matawang yg dh tk valid sebab ' vintage' .

      Delete
  7. Replies
    1. Alhamdulilah semoga membawa manfaat kepada Cuya

      Delete
  8. waaa dh byk la koleksi cuya! unik sungguh ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah! Seronok sangat dapat koleksi baru macam ni. Boleh tambah ilmu sambil 'travel' dunia. Hehe

      Bercadang untuk tambah lagi di masa akan datang. Moga rezeki Cuya mewah

      Delete
  9. saya punya buku duit syiling luar negara tu lama dah tak bertambah koleksi.. mcm nk kena cari kat shopee jugak je ni haha.
    yg last tu memang nampak mcm duit mainan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tak kumpul duit kertas keee
      Cuya lebih suka duit kertas. Koleksi syiling dah nak penuh satu buku.
      Boleh cari duit di shopee tapi cm biasa mahal la harganya hehe

      Betul duit Mongo macam duit mainan

      Delete
  10. Berapa la harga matawang ni ya?....mesti mahal juga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan la sebab kita bukan bayar nilai mengikut semasa.
      Lagipon duit ni duit lama, ada yang sudah tidak digunakan jadi harga lebih mahal padahal nilai dia cuma sen2 Malaysia

      Delete
  11. Semua matawang yang Cuya share ni baru pertama kali KSarie tengok. Unik dan molek semuanya. Semoga terus cemerlang mengumpul koleksi matawang asing💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya pon macam tu, pertama kali terjumpa di shopee. Nampak macam menarik terus beli. Sebab unik tengok matawang negara luar yang penuh sejarah. 😀

      Aamin ya Rabb. Moga dapat tambah lebih banyak koleksi. Hehe

      Delete
  12. Saling berbeza kan unit kertas wang tiap negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Masing- masing ada keunikan tersendiri

      Delete
  13. saya pon collector kecil2an jer. tak banyak pon koleksi saya... hehehe

    ReplyDelete
  14. kecik nau tu...
    sekali tengok dah macam tiket bas dulu2 pun ya hehehe

    ReplyDelete
  15. Yg north Korea beda yaa dengan yg saya pernah punya. Tp tak tahulah kalau ada kluar speciment baru. Soalnya dulu saat saya ke north Korea 2019, itu memang tidak boleh simpan notes nya lebih dari 2 lembar. Jadi kai semua hanya menyimpan 2 lembar saja. Krn takut juga dicek saat kluar dari north Korea, yg ternyata tidak di cek pun 😂😂. Menyesal cuma simpan 2. Krn jujur saat itu takuuut , sebab Korea Utara ini strict sangat dengan peraturan.. apalagi saat itu baru ada case turis Amerika yg dihukum kerja paksa hingga meninggal cuma gara2 mencuri poster di Hotel di Pyongyang. Hotel yg sama pula dengan tempat kami menginap 🤣.

    Berarti si penjual ini hanya dapat sample , dan bukan uang asli ya? Yg north Korea maksud saya .

    Baru tahu uang Mongolia seperti itu. December ini saya akan ke Mongolia soalnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya itu adalah sample dimana ianya dikeluarkan bagi tujuan promosi sahaja. Artinya ianya adalah duit terawal yang dikeluarkan. Yang ni saya lupa tahun bila punya, rasanya yang lama² dulu.

      Iya duit Mongolia begitulah. Wah syok la bercuti ya. Hati2 disana

      Delete