Pages

Sunday, March 29, 2026

Kunjungan Raya

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Entah sudah raya ke berapa ni tapi Cuya pasti masih ramai yang beraya kan?

Alhamdulilah masih ada yang sudi mengunjungi kami di hari raya. Mereka tak ramai, tapi tetap ada.

Mana yang ada lah Cuya post. Kawan Cuya pon berura- ura nak singgah rumah minggu ni. Inshallah. Jika ada rezeki dan umur yang panjang nanti kami pasti akan berjumpa.


Bersama sepupu Cuya yang biru tu, Aisyah
 Dan yang tengah tu sepupu Aisyah, Amirah.
Berpupu pupu la kami ya.

Setiap tahun tak miss datang. Masheh datanggg
Ni dua2 sepupu Cuya. Aisyah dan Zalik bersama anak dia. Mereka berdua ni adik beradik. Dua je siblings.


Aisyah bagi Cuya setin kuih kapit. Sedappp

Pastu dia bagi 2 sachets kopi, ni pon sangat sedapp.


Kapit dia nipis dan lembut.



Ni Cuya nak buat spageti carbonara untuk kawan Cuya yang tak miss datang rumah selama 3 tahun berturut2.

Ada sosej, daging burger dan isi ayam.


Bawang Holland dan bawang putih sikit.


Lobak merah.


Sos prego carbonara 
Champignons mushroom
Mushroom campbells
Maggi kiub ayam
Cheesedale
Black pepper
Daun parsley


Susu dutch lady full cream. Cuya pakai satu kotak besar sebab nak pakai banyak kuah.


Ni daun parsley. Beza dgn tahun lepas adalah mushrooms Campbell's dgn champignon mushroom serta kiub ayam.



Goreng bawang dulu, baru masukkan isi ayam, sosej serta daging burger.


Rebus mee 2 minute. Cuya pakai angel hair.

Alhamdulilah Amirah cakap sedap walaupun ada penambahan resipi. Anak2 buah Cuya lepastu ada datang rumah. Diorang pon sempat merasa. Semua cakap sedap. Tapi kesianlah sebab tak cukup, jadi abang kenalah beli makanan dari luar.



Nilah Amirah. Geng mystep Cuya dulu. Dia nilah yang rajin datang waktu raya. Alhamdulilah masih keep in touch walaupun tak selalu jumpa.


Baju raya kedua Cuya. Pakai semata nak bergambar jer. Hehe . Nilah baju beli kat Muaz haritu. Dekat dengan Sogo KL.

Tapi ketat betul kain dia. Kain duyung ke apa tah. Adehhh... Moga Cuya tak gemuk lagi. Kena diet ni!



Bergambar di tangga ni adalah wajib ya. Takde port bergambar lain. Hahahah 

Gadis Melaka dan gadis Tampin beraksi. Hehe


Tengah buat jurus Naruto ke tu? 😂 


Port lain untuk bergambar berlatarkan pokok bunga kertas dan alamanda.


Selfie dekat2. Kita sempat mekap tipis2 aja.


Hari jumaat haritu pergi open house sahabat baik, Huda di Taman Maju. Alhamdulilah makanan semua sedap2. Dapat merasa air tangan Huda.

Dapat jugak rasa kek yang biasa Huda buat tempahan tu. Rezeki...


Beginilah keadaan petang di rumah Huda, tak ramai sebab Cuya datang hujung2. Alhamdulilah 

Semalam pon kawan Cuya buat open house tapi Cuya tak dapat pergi sebab takde transport. Bukan rezeki Cuya dapat jumpa kawan Cuya lagi sorang tu.

So Cuya harap minggu ni kawan2 diploma Cuya dapat datang ke rumah. Cuya pon dah siapkan bahan masakan Cuya semalam dah shopping sakan.

Alhamdulilah 


Korang ada buat open house ke tu?
Masih sibuk beraya?

Till then, adios amigos 👋🏻 

27 comments:

  1. tangga cantik mmg rugilah kalau x selpie selpot kat situ kan Cuya? ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tu jela tempat paling herlok nak selfie hehe

      Delete
  2. Orang melaka rumah bertangga memang cantik. Tempat port untuk posing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, tapi yg ni bukan tangga Melaka. Tangga Melaka lain bentuknya

      Delete
  3. Tangga tu lawa, wajib la posing situ :)

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya Cuya.... Cantik dan meriah tengok gambar cuya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Rayaa
      Alhamdulilah hehe.. sesekali je bergambar gini

      Delete
  5. Cuya mana da gemuk... takyah diet2 dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu menurut uncle, tapi kalau menurut ibu Cuya, Cuya dah tahap obese! 😂

      Delete
  6. Selamat Hari Raya Cuya! Kita baru nak bw hari ni 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya! Selamat bw jugk yaaa hehe

      Delete
  7. lawa la port bergambar kat tangga tu! kalau kat umah my mom, portnya bwh pokok rambutan hahahah tu jer tmpt posing outdoor yg sesuai! ari ni MZ dh start keje dah..boys pun dh start sekolah mcm biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa mesti ada port tertentu nk bergambar kn..
      Selamat bekerja MZ!

      Delete
  8. kuih kapit...sedapp...Alhamdulillah, semoga ukhuwah terjalin selamanya..

    ReplyDelete
  9. Lawa tangga rumah Cuya. Rumah Cuya pun cantik. Haruslah OOTD di situ.
    Salam Aidilfitri, Cuya. Rajin anak dara sorang ni memasak. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri! Alhamdulilah begitulah dah rajin masuk dapur hehe

      Delete
  10. Kuih kapit original juga yang sedap... Lama tak makan spageti carbonara tu.. Tapi, anak2 kak linda mana mau nya bahan banyak2 gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula sesetengah org tk suka masuk bahan banyak tapi Cuya suka. Meriahh heheh

      Delete
  11. Selamat hari raya maaf zahir batin ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin jugaaa

      Delete
  12. Lamanya tak makan kuih kapit. Sekarang macam2 perisa ada. Perisa yg saya boleh terima is coklat dgn kosong je.
    Kain duyung memang tak selesa ye. Rasa susah nak melangkah! Kitonya jenis jalan mcm kingkong

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin ya Cuya. Sweet semua gambar raya.

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

    ReplyDelete