Pages

Monday, March 16, 2026

Kopi Primadona Dherbs Terlajak Laris!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Baru baru ni Cuya ada join live Datin Shahida dekat Tiktok. Kebetulan masa sahur tu datin jual kopi herba.

Sengaja Cuya tanya kalau ibu berminat nak beli. Pada awalnya ibu taknak tapi disebabkan Cuya terus menonton live Datin, kebetulan masa tu happy hour.

Pada asalnya harga kopi 2 pack Rm60. Datin turunkan harga dapatlah Rm55. Tapi disebabkan Cuya ada bonus TikTok, Cuya dapatlah harga Rm53+. Dapat sekali free mug.


Dalam kopi ni ada 15 sachets. Satu pack harga asal Rm30.


Biasalah kopi herba banyak khasiat dia. Sesuai untuk mereka yang dah datang bulan sampai la usia tua.


Kopi ni hanya guna stevia. Rasa dia a bit pahit sikit la tapi sedap ajer.

Ibu suruh ayah minum tapi ayah tanya 
" Apalak nama primadona ni?"

Pastu ibu cakap ler " Minum jela takkan bertukar jadi perempuan pulak?" 😂 

Tula takkan minum kopi ni tiba2 tukar jantina lak kan. Hehe

Tapi Cuya tengok harga dekat packaging dia Rm59.90. Mahal gak yerr. Maklumla kopi herba memang mahal. Sama juga macam Kopi Ratu JRM yang mak aliff syukri tu. Tu pun Cuya pernah try. Sedap gak. Tapi harga memang mahal laaaa.

Kalau nak beli, beli time promo sahaja baru untung. Kita sebagai pembeli pon kena bijak kan.

Haritu PMX pon ada nasihat suruh berjimat cermat disebabkan isu peperangan yang sedang berlaku ni.

Diharapkan Malaysia selamat dan ekonomi terus stabil la kan.

Pray for Malaysia 🙏🏻 


Till then, adios amigos 👋🏻 


7 comments:

  1. Kopi memang kesukaan tapi pernah minum kopi herbs beberapa brand, sedap kopi tu cuma pening2 sikit. Doa banyak2 kan moga berhenti lah peperangan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sesetengah org tk sesuai kan minum kopi herba.

      Aamin inshallah moga semuanya selamat

      Delete
  2. pray for malaysia...moga2 krisis dan perang di asia barat akan segera pulih ...aamiin

    ReplyDelete
  3. Produk Mak alif syukri tu memang mahal. Product alif syukri akak terjebak yang shower gel bidara dia tu. Sekali beli sampai 2. Tak habis lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang mahal. Tapi mujarab.

      Cuya aliff syukri punya barang tak terjebak sangat tapi produk Bonda memg ibu Cuya selalu beli

      Delete
  4. Jom kita berdoa agak peperangan ini dihentikan...minyak pun naik harga kalau masih berperang..akak dulu suka minum kopi jamu mak dara...sekarang xde dah minum...

    ReplyDelete