Pages

Sunday, March 29, 2026

Kunjungan Raya

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Entah sudah raya ke berapa ni tapi Cuya pasti masih ramai yang beraya kan?

Alhamdulilah masih ada yang sudi mengunjungi kami di hari raya. Mereka tak ramai, tapi tetap ada.

Mana yang ada lah Cuya post. Kawan Cuya pon berura- ura nak singgah rumah minggu ni. Inshallah. Jika ada rezeki dan umur yang panjang nanti kami pasti akan berjumpa.


Bersama sepupu Cuya yang biru tu, Aisyah
 Dan yang tengah tu sepupu Aisyah, Amirah.
Berpupu pupu la kami ya.

Setiap tahun tak miss datang. Masheh datanggg
Ni dua2 sepupu Cuya. Aisyah dan Zalik bersama anak dia. Mereka berdua ni adik beradik. Dua je siblings.


Aisyah bagi Cuya setin kuih kapit. Sedappp

Pastu dia bagi 2 sachets kopi, ni pon sangat sedapp.


Kapit dia nipis dan lembut.



Ni Cuya nak buat spageti carbonara untuk kawan Cuya yang tak miss datang rumah selama 3 tahun berturut2.

Ada sosej, daging burger dan isi ayam.


Bawang Holland dan bawang putih sikit.


Lobak merah.


Sos prego carbonara 
Champignons mushroom
Mushroom campbells
Maggi kiub ayam
Cheesedale
Black pepper
Daun parsley


Susu dutch lady full cream. Cuya pakai satu kotak besar sebab nak pakai banyak kuah.


Ni daun parsley. Beza dgn tahun lepas adalah mushrooms Campbell's dgn champignon mushroom serta kiub ayam.



Goreng bawang dulu, baru masukkan isi ayam, sosej serta daging burger.


Rebus mee 2 minute. Cuya pakai angel hair.

Alhamdulilah Amirah cakap sedap walaupun ada penambahan resipi. Anak2 buah Cuya lepastu ada datang rumah. Diorang pon sempat merasa. Semua cakap sedap. Tapi kesianlah sebab tak cukup, jadi abang kenalah beli makanan dari luar.



Nilah Amirah. Geng mystep Cuya dulu. Dia nilah yang rajin datang waktu raya. Alhamdulilah masih keep in touch walaupun tak selalu jumpa.


Baju raya kedua Cuya. Pakai semata nak bergambar jer. Hehe . Nilah baju beli kat Muaz haritu. Dekat dengan Sogo KL.

Tapi ketat betul kain dia. Kain duyung ke apa tah. Adehhh... Moga Cuya tak gemuk lagi. Kena diet ni!



Bergambar di tangga ni adalah wajib ya. Takde port bergambar lain. Hahahah 

Gadis Melaka dan gadis Tampin beraksi. Hehe


Tengah buat jurus Naruto ke tu? 😂 


Port lain untuk bergambar berlatarkan pokok bunga kertas dan alamanda.


Selfie dekat2. Kita sempat mekap tipis2 aja.


Hari jumaat haritu pergi open house sahabat baik, Huda di Taman Maju. Alhamdulilah makanan semua sedap2. Dapat merasa air tangan Huda.

Dapat jugak rasa kek yang biasa Huda buat tempahan tu. Rezeki...


Beginilah keadaan petang di rumah Huda, tak ramai sebab Cuya datang hujung2. Alhamdulilah 

Semalam pon kawan Cuya buat open house tapi Cuya tak dapat pergi sebab takde transport. Bukan rezeki Cuya dapat jumpa kawan Cuya lagi sorang tu.

So Cuya harap minggu ni kawan2 diploma Cuya dapat datang ke rumah. Cuya pon dah siapkan bahan masakan Cuya semalam dah shopping sakan.

Alhamdulilah 


Korang ada buat open house ke tu?
Masih sibuk beraya?

Till then, adios amigos 👋🏻 

Tuesday, March 24, 2026

Hadiah Hari Raya

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Semua masih busy beraya agaknya sebab blog Cuya sepi je. Hehe

Hari raya ni banyak hadiah Cuya dapat. Bukan takat hadiah, duit raya pon masih valid untuk Cuya. Al maklumla masih bujang. Hehe


Antara hadiah daripada Busu Cuya
Blouse matcha, 4 helai tudung dan 2 pin tudung.


Busu bagi juga wireless Bluetooth earphones. Cuya belum try lagi. Tak pernah ada earphone gini.


2 tudung daripada cousin Cuya, kak Thirah.


Satu botol besar perfume daripada abang Fattah. Wangi dia macam makanan. Sangat sedap bau dia . Nampak macam perfume mahal ni.


Alhamdulilah segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Syukur atas rezeki daripadaNya yang tidak pernah habis. Kita tak minta pon Allah tetap bagi .

Subhanallah. Allahuakbar.

Korang dah jalan raya lom tu?
Baju raya warna apaaa


Till then, adios amigos 👋🏻 


Monday, March 23, 2026

Parcel Kejutan Raya Daripada Kak Notie blogger

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan batin!

Raya ni dapat parcel misteri daripada Kak Notie sebab haritu dia dah komen nak hantar hadiah. Murah rezeki kak Notie. Moga Allah mewahkan rezeki kak Notie seluas buih di lautan dan Allah keluarkan kak Notie daripada segala kesulitan dunia dan akhirat. Aamin ya rabb

Dah banyak hadiah kak Notie bagi.


Alhamdulilah dapat coklat la! Sedap coklat ni. Cuya dah share sikit dgn busu Cuya. Nanti orang datang boleh hidangkan.


Tema raya tahun ni. Tak sempat bergambar dgn abg sebab pagi raya Cuya ngantuk sangat sampai tertidur. Hehe


Tetamu datang singgah rumah di Jasin.


Balik ke Sri Menanti di Negeri Sembilan rumah Wan (Nenek belah ayah)


Ayah pon baju hijau gak macam Cuya. Tahun ni macam ramai warna hijau yaa..


Korang tema apa tahun ni?


Till then, adios amigos 👋🏻 

Friday, March 20, 2026

Dapat Parcel Misteri

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Harini entah tiba2 datang dua parcel dihantar ke rumah Cuya. Sedangkan Cuya takde beli barang pon daripada shopee.

Cuya pon pelik. Siapa pulak yang hantar barang ni?


Parcel pertama berupakan handbag putih mutiara. Ada alamat pemberi, tapi takde nama. Terkejut Cuya. Siapalah agaknya pemberi bag ni? Mesti dia kenal Cuya sebab tahu Cuya ni perempuan.

Kalau sesiapa ada hantar sila munculkan diri ya.


Parcel kedua ni pula hadiah daripada Ajinomoto Malaysia. Ni mungkin dulu Cuya pernah daftar ajinomoto kot? Entah tak ingat.

Banyak lak tu dia bagi perencah nasi goreng.

Alhamdulilah segala pujian bagi Allah atas setiap rezeki yang Dia kurniakan.

Kadang2 kita ni takde pon minta kat Allah, tapi Allah tetap nak bagi. Betul lah apa yang Cuya belajar.

Rezeki tu datang dengan pelbagai cara.
Satu dengan usaha, satu memang rezeki tu Allah nak beri.

Sesungguhnya inilah rezeki Allah berikan yang tiada habis habisnya.


Till then, adios amigos 👋🏻 


Wednesday, March 18, 2026

Terima Parcel Kejutan Daripada Kak Notie

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Beberapa hari lepas blogger Kak Notie ada emel Cuya. Katanya dia nak bagi something pada Cuya untuk happykan Cuya.

Kan haritu Cuya berduka cita. Hahaha 
Siapa sangka Allah gerakkan hati kak Notie untuk hadiahkan Cuya sesuatu.

Jadi parcel pon sampai harini.


Besar parcel dia. Ingatkan barang untuk dipakai di rumah.


Wah! Tak sangka Cuya dapat sambal daripada kak Notie. Sebenarnya dah lama Cuya dan ibu teringin makan sambal macam ni. Siapa sangka Allah perkenankan permintaan kami dengan cara Allah hadirkan kak Notie sebagai pemberi hadiah ini.

Masa Cuya unboxing parcel ni terkejut Cuya. Cuya duk sebut ' Ya Allah' berulang kali sebab tak sangka Allah kabulkan permintaan Cuya.

Sweet kan Allah? Alhamdulilah segala pujian bagi Allah. Cuya doakan kak Notie dimewahkan rezeki melimpah ruah yang tidak pernah habis. Dan semoga Allah memberikan kejayaan kepada kak Notie di dunia dan akhirat . Aamin ya rabb


Setakat ni dah 3 kali kak Notie bagi hadiah. Mewah rezeki kak Notie.

Cuya dah dapat telekung, kain pasang dan terkini sambal.

Syukran! Arigato gozaimase!


Maha Suci Allah Tuhan semesta alam.


Till then, adios amigos 👋🏻 

Tuesday, March 17, 2026

Cadbury Cookies Tiramisu

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Haritu Cuya ada beli biskut jenama Cadbury Cookies Tiramisu. Masa beli tu ada labelling STR, so ingatkan boleh lah bayar guna SARA.
Tiba-tiba takde pulak STR bila scan.

Macam mana tah speedmart ni label barang. Geram ajer. Nasib baik biskutnya sedap.


Harga dia Rm6.80 . Bolehlah buat raso raso.


Tak ingat dalam ni ada berapa pack.


Biskutnya besar dan tebal. Puaslah makan.

 Inti dalam dia. Memang sedap sangat. Maklumlah coklat Cadbury memang sedapkan.

Puas makan. Share bertiga dengan parent. Alhamdulilah. Nak repeat? Semestinya. Ni bukan kali pertama Cuya beli. Memang pernah beli sebelum ni. 

Korang pernah try?


Till then, adios amigos 👋🏻 


Monday, March 16, 2026

Aku Terkena Gangguan Seksual

Haishh kalau di dunia maya ni ada ajer gangguan terkena.


Ceritanya begini, beberapa tahun lepas Cuya adalah berkenalan dengan sorang mamat ni daripada atas talian. Ada satu website ni namanya OMETV. So memang Cuya ada no contact dia, dia pon ada no Cuya.

Tapi Cuya dah jarang contact dia. Lepastu nak dijadikan cerita, beberapa hari lepas dia contact Cuya.

Tapi Cuya annoying gila dengan dia sebab dia kata Cuya dah tak layan dia macam dulu2. Cuya senanya memang malas nak layan dia, asik nak call orang jer kerja. Semak betul.

Pastu, satu petang tu dia ws Cuya. Dia kata dia nak bagi Cuya Rm800. Cuya macam, apahal lak mamat ni? Tiba2 nak bagi aku duit lak.

Pastu Cuya cakap la nak buat apa. Dia nak minta tolong. Cuya tanya la apa dia?

Lepastu dia cakap biarlah dia transfer dulu kalau tak Cuya taknak tolong dia. Cuya tanya lagi, tolong apa?

Tiba2 dia hantar gambar lucah kat Cuya. Tapi dia hantar gambar yg boleh seen sekali je.

Pastu Cuya cakaplah " Bertaubatlah ya.."

Pastu dia cakap, " Eh saya cuma hantar gambar mobile legend"

Pastu Cuya terus block Whatsapp dia. Dia call fon Cuya. Cuya block no tel dia pastu report spam.

Pastu dia boleh lagi dm Cuya kat tiktok. Dia ulang lagi sekali ayat dia kata dia cuma hantar gambar mobile legend yang game tu.

Laaaa kau ingat aku ni budak skola rendah ke kau nak bodohkan?? Aku budak universiti kot, bukan budak bodoh mcm kau 😂 

Tapi Cuya tak cakap apa, Cuya terus blok tiktok dia. Padan muka kau! Menyemakkk jerr.

Mamat tu orang Sabah, jadi memang takkan jumpala depan2. Sumpah semakk.

Kalau jumpa je orang mcm ni, block ajer senang cite. Takyah nak panjangkan cerita. Nasihat pon tak guna. Buat drain energy jer.

Begitulah kisah gangguan seksual. 

Sekian terima kasih. Hahaha

Kopi Primadona Dherbs Terlajak Laris!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Baru baru ni Cuya ada join live Datin Shahida dekat Tiktok. Kebetulan masa sahur tu datin jual kopi herba.

Sengaja Cuya tanya kalau ibu berminat nak beli. Pada awalnya ibu taknak tapi disebabkan Cuya terus menonton live Datin, kebetulan masa tu happy hour.

Pada asalnya harga kopi 2 pack Rm60. Datin turunkan harga dapatlah Rm55. Tapi disebabkan Cuya ada bonus TikTok, Cuya dapatlah harga Rm53+. Dapat sekali free mug.


Dalam kopi ni ada 15 sachets. Satu pack harga asal Rm30.


Biasalah kopi herba banyak khasiat dia. Sesuai untuk mereka yang dah datang bulan sampai la usia tua.


Kopi ni hanya guna stevia. Rasa dia a bit pahit sikit la tapi sedap ajer.

Ibu suruh ayah minum tapi ayah tanya 
" Apalak nama primadona ni?"

Pastu ibu cakap ler " Minum jela takkan bertukar jadi perempuan pulak?" 😂 

Tula takkan minum kopi ni tiba2 tukar jantina lak kan. Hehe

Tapi Cuya tengok harga dekat packaging dia Rm59.90. Mahal gak yerr. Maklumla kopi herba memang mahal. Sama juga macam Kopi Ratu JRM yang mak aliff syukri tu. Tu pun Cuya pernah try. Sedap gak. Tapi harga memang mahal laaaa.

Kalau nak beli, beli time promo sahaja baru untung. Kita sebagai pembeli pon kena bijak kan.

Haritu PMX pon ada nasihat suruh berjimat cermat disebabkan isu peperangan yang sedang berlaku ni.

Diharapkan Malaysia selamat dan ekonomi terus stabil la kan.

Pray for Malaysia 🙏🏻 


Till then, adios amigos 👋🏻