Pages

Tuesday, December 30, 2025

Watsons

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Setelah lama tak beli skincare dan sudah kehabisan, maka kita singgah ke Watsons Pekan Jasin.

Di Jasin ada 3 Watsons, satu di pekan, satu di Jasin Bestari dan di Mydin Jasin . Rasanya semua Watsons harga selaras cuma beza saiz kedai je.

Kalau di pekan kecik sikit kedainya. Tapi sebab senang, dekat dengan rumah maka Cuya pon ke situ.


Selfie duluan. Terasa lama tak selfie. Cuya biasanya selfie kalau gi kerja atau keluar jalan jalan. Kadang tu lupa juga nak selfie.

Sebab dah jarang pos status ws, jadi keinginan nak selfie tu selalu dilupakan. Maka tiada gambar sebagai memori.

Tapi disebabkan nak update dalam blog, maka otak auto ingat nak selfie. Dia kena ada benda trigger barulah kita semangat nak tangkap gambar.




So, Cuya ke Watsons sebab nak beli skincare. Sebelum ni Cuya memang pakai Wardah tapi sebab dah habis Cuya guna skincare ibu jenama NUTOX.

So sekarang Cuya kembali beli set skincare Wardah sebab memang serasi ajer dengan kulit Cuya.

Cuya ingatkan nak beli skincare yang sesuai dengan acne, tapi kulit Cuya sekarang dah jarang naik jerawat alhamdulilah. Sebab sebelum ni Cuya pernah jumpa pakar kulit di hospital government. Setiap kali follow up kena bayar Rm5, so jimat lah.

Pencuci muka dan ubat jerawat yang disediakan hospital gomen free jer. Masa tu dia bagi pencuci Cetrimide, oxy dengan adapalene. 3 benda tu je Cuya pakai. Benda basic je untuk pulihkan kulit Cuya .

Alhamdulilah berkesan dan kulit Cuya dah okay berbanding dulu. Heyy dulu.. teruk gila muka Cuya. Bukan Cuya yang malu dengan muka Cuya, tapi ibu yang kesian dengan Cuya.

Sekarang tinggal parut lekuk je. Moga ada rezeki Cuya buat rawatan dermapen untuk hilangkan lekuk pada wajah Cuya ni. Aamin ya Rabb.

Siapa je taknak cantik kan? 😁

Till then, adios amigos!


28 comments:

  1. masuk Watsons jadi tak sedar diri capai banyak barang hihiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, nasib baik Cuya dah set nak beli apa hehe

      Delete
  2. KakCie pun sama kulit rosak. Macam2 jenis dah pakai semuanya macam tak sesuai. Cuma jerawat jela dah kurang naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kena pulihkan skin barrier. Harap akak akan jumpa yg sesuai la

      Delete
  3. "Dan janganlah kamu terlupa selfie walaupun sehari cuma..."

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Cuya. Selfie lah selalu. Stay sweet. Adui kalau masuk Watson ni nak cari 2-3 barang tapi akan bawa balik 9-10 kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kena rajin selfie hehe
      Kalau ikutkan Cuya memang nak borong ajer hehe

      Delete
  5. Okay sangat dah jumpa skincare yg serasi dgn kulit Cuya. Akk suka Watson's dekat pekan kecik², tak crowded.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah. Betul kalau kecik tak ramai orang datang

      Delete
  6. Nice..Dulu rasanya che mek guna produk wardah ni..Skrg dh tukar ke G2G...

    ReplyDelete
  7. Skin care Wardah ni memang elok. Kak Feni pun pernah pakai wardah ni. Tukar-tukar ikut bajet.

    ReplyDelete
  8. masuk watsons kena pejam mata... baru nie masuk Guardian sebab HL tengah murah

    ReplyDelete
  9. MZ suka masuk watsons heheh bab2 selfie tu boleh geng dgn MZ laaa...MZ pun jrg la selfie unless kalau gi holiday

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya kalau watsons suka beli mekap hehe. Tula jarang nak selfie 🤭

      Delete
  10. Elok kulit Cuya akak tengok. Putih cerah.
    Akak ada beli moisturizer Wardah satu, warna hijau, tapi tak sesuai untuk kulit akak. Kulit sensitif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah ni pon dah gelap kulit Cuya
      Oh ada ya warna hijau? Tak nampak pulak kat Watson

      Delete
  11. Watsons ni memang repeat je pergi kalau habis skincare.

    ReplyDelete
  12. Sekarang tengah cari produk skincare yang sesuai dengan kulit. Masih tercari-cari..

    ReplyDelete
  13. dulu saya pakai moisturizer wardah mcm cuya ni. tapi yg jenis day gel punya. sekarang dia dah upgrade formula, muka saya tak ngam dgn day gel yg baru ni. pastu now saya tgh trial n error moisturizer yg sesuai dgn kulit smpai dah breakout T__T

    ReplyDelete
  14. Ramai juga yg pakai Wardah yaaa. Saya sayangnya tak cocok dengan kulit wajah saya. Padahal kalau sesuai, bisa murah pakai Wardah ini. Owner Wardah ini terkenal sangat baiiiiii sekali, dan banjir Sumatra kemarin, dia sewa pesawat utk bawa bantuan donasi.

    Sekarang ini saya balik lagi ke skincare Korea yg memang dah lama pakai. Susah kalau kulit sensitif, sebisa mungkin jangan ganti2 skincare 😅

    ReplyDelete