Pages

Monday, December 1, 2025

Terjaga Di Pagi Buta


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Cuya terjaga pagi buta harini sebab tadi tidur awal. Lately ni kalau tidur awal, mesti terjaga pagi pagi gini. Agaknya panggilan daripada Allah.

Sebab dah tak boleh tidur tu, Cuya buka YouTube jap dengar lagu. Korang pernah dengar tak lagu Norlela nyanyian Haziq Rosebi?

Sedap tau lagu tu, rentak klasik gitu. Nanti korang try dengar memang best. Cuya lately ni selalu on youtube sebab nak dengar lagu, Cuya tak dengar dekat Spotify, lebih suka YouTube.

Teringat dulu zaman PKP, semua orang nak buat video kat YouTube, acah acah influencer. Dah kemudian tu baru. TikTok hype.

Kalau dulu-dulu TikTok penuh dengan orang menari jer. Sekarang dah banyak orang sharing ilmu yang bermanfaat. Tapi at the same time, banyak gila orang menjual.

Setiap masa scrolling, asyik video jual jual je. Termasuklah Cuya, Cuya pon affiliate. Memang TikTok dah jadi tempat shopping. Tapi okayla, balance. Jual beli ada, sharing pon ada. 

TikTok tu kalau digunakan sebaiknya mesti bermanfaat. Kalau guna untuk benda tidak baik, begitulah kejadiannya. Jadi gunalah sebaiknya Tiktok tu.

Cuya kan dulu expose diri Cuya dekat Tiktok. Cuya buat video nyanyi, makeup dan sebagainya kan. Sebab minatlah ke arah tu...
Tapi sejak Cuya rasa macam insecure ada orang perhatikan Cuya, terus Cuya hidekan semua video Cuya yang nampak muka.

Terus rasa macam diri ni kena judge dengan orang. Satu lagi, sebab ada kawan ibu terjumpa video TikTok Cuya. Sumpah makcik tu kepoh nak report kat ibu Cuya.
Aduhai... 

Tu yang Cuya rasa Tiktok Cuya dah tak selamat digunakan. Kita punya TikTok tu sepatutnya jadi safe space Cuya, ni lain lak jadinya.

Kenapa orang tua selalu tak sporting eh bila anak muda post kat Tiktok? Korang sebagai mak, memang tak suka ya anak-anak main Tiktok?

Cuya bukan buat benda bukan-bukan pon. Sekadar hiburan di masa lapang. Masalahnya disebabkan ada reporter tak berbayarlah Cuya jadi rasa tak selamat.


Kadang2 ibubapa ni dia tak pernah tengok sisi lain anak dia, jadi dia tak faham cara anak dia luahkan perasaan. Syukurlah ibu dengan ayah jenis tak pandai buka blog. Diorang pon taktahu link blog Cuya 😂 

Kalau diorang tahu, mahu diorang stalk. Sebagai anak, Cuya pon mahukan privacy. Tak semua perkara ibuayah perlu masuk campur. Cuya dah besar kot. Cuya pon nak ada life sendiri.

Sampai satu saat nanti, ibuayah dah takde mesti Cuya kena survive sendiri. Jadi takleh la semua benda nak bergantung pada mereka.

Tapi Cuya rasa, ibuayah tetap concern pada Cuya. Al maklumla satu-satu anak perempuan diorang. Cuma satu hari nanti Cuya harap diorang dapat lepaskan Cuya pada orang yang selayaknya.

Cuya bukan anak manja yang orang selalu cakap anak emas keluarga. Ingat anak bongsu ni semua manja ke? Manja bertempatlah, bukan yang kuat merengek. Hahaha

Betul ke aku ni anak emas??
Gelang emas ada la 😝

Till then, adios amigos!


25 comments:

  1. cuya anak tunggal perempuan rupanya.. yg penting cuya masih ada both parents, so kena hargai dan buat mereka happy...memang lah ada generation gap esp melibatkan socmed(TT etc)...moga yg baik2 ajer utk kita semua. #hugs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi atas Cuya ada abang2 hehe. Ya moga yg baik2 saja aamin. Terima kasih MZ 💕

      Delete
  2. macam kak linda pun tak reti guna tiktok...tapi, selalu stalk telefon anak2.. hahhaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu Cuya walaupun tak pandai TikTok tapi dia tahu skroll tiktok. 😂

      Delete
  3. Kak Cie memang takde akaun tiktok. Dulu masa mula2 pernah buat tapi sebab tak suka masa tu ramai duk menari2 je terus delete acc sampai la sekarang malas dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sekarang download, mesti banyak shopping hehe

      Delete
  4. Suka shopping di TikTok terutama ketika live. Mudah sangat teracun :)

    ReplyDelete
  5. Buka TikTok untuk cuci mata tengok barang2 hehe

    ReplyDelete
  6. Ye, biasanya macam tu lah. Kalau tidur awal, mesti terbangun awal. Dia macam tak cukup kuota tidur.
    Tak pernah dengar lagi lagu tu. Sekarang TT dah banyak information dan tempat membeli barang. Betul tu, kalau digunakan dengan cara yang betul pasti bermanfaat.
    orang yang ada TT atau medsos ni kena kalis kecaman. Menyampahnya lah kalau ada orang suka menyampai-nyampai kat mak kita ni kan. Dengki betul.
    Selalu orang fikir macam tu kan. Bertabahlah kita sebagai anak bongsu.huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul,kena kalis kecaman. Hahaha. Susahla kalau ada orang nak menyibuk pasal diri kita, kita bukan artis pon haha

      Delete
  7. Kalau pagi sangat Cuya dah bangun doa la apa2. Insya Allah doa akan dikabulkan....

    ReplyDelete
  8. Akak memang tak bagi anak-anak tengok tiktok.. Usah kata anak-anak.. Akak dengan suami pun memang tak ada akaun tiktok..
    Lagu norlela tu sedap juga.. selalu dengar dekat radio ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eloklah tak bagi anak2 main tiktok nanti jadi addiction

      Delete
  9. laaa ni TT tu jadi tempat beli brg bila mana kedai oren punya harga mahal haaaaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tiktok lgi murah tpi tk semua barang ad kt TikTok

      Delete
  10. Saya sebagai ibu, tak lah segitu sekali. Anak2 saya boleh lihat TT, tp memang saya batasi. Ada screen time nya. Cumaaaa, itu Krn usia mereka masih di bawah umur. Kalau anak saya seusia Cuya, saya tak kisah dia nak nonton atau buat postingan kreatif apapun, selagi tak melanggar apapun. Postingan Cuya kalau bagi saya tak lah mengganggu, itu hanya kreatifitas seseorang yg menyukai make up.

    Jadi tak paham kenapa Orang2 macam mak2 kepo itu melapor ke Mak Cuya. Saya pribadi lebih suka block Orang2 begini.

    Tapi memang , Orang2 tak semua paham kita. Saya sendiri jujur saya, papa mama saya block dari medsos saya. Sebab saya tahu mereka tak akan paham dengan hobi saya traveling. Apalagi dengan hobi saya bungee jumping. Krn itu drpd mereka kuatir, saya better block siapapun yg mindsetnya beda dengan saya.

    Skr ini, tiap stories IG, saya hanya share ke close friends. Tak nak utk semua followers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya nak block orgnya tapi taktahu nama TikTok nya apa hahaha

      Oh patutlah nmpk kak fanny share close friends. Sekarang lebih private kan

      Delete
    2. Cuya nak block orgnya tapi taktahu nama TikTok nya apa hahaha

      Oh patutlah nmpk kak fanny share close friends. Sekarang lebih private kan

      Delete
  11. Eh lagu Nurlela nya menarik juga. Tadi saya nak dengar Krn langsung teringat dengan lagu Nurlela versi Indonesia. Ada 2 lagu ini, yg pertama Nurlela , diciptakan Bing Slamet, ini pun klasik, irama Melayu.

    Yg kedua Nurlela yang dinyanyikan Rumpies, agak modern 😅.

    Tp beda lah dengan lagu Nurlela yg Cuya maksud di atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ada lagu nurlela lain ya... nanti Cuya dengar

      Delete
  12. Allah bagi bagun tu, Dia kan mejaga meklindungi, saya yakin Cuya pasti soalt tahajud juga..biarkan ja orang cakap akan hilang tu komen mereka dari radar..On line maya asal tak buat jahat ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kalau tidur awal senang bangun utk tahajud.
      Inshallah

      Delete