Pages

Friday, December 5, 2025

Sambal Omak Jenny Sedap Ke?


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Hari rabu haritu Cuya order sambal daripada TikTok. Ni sebab ibu Cuya dia teringin nak makan sambal daripada artis Nubhan tu, agaknya ibu selalu tengok lalu dekat Tiktok jadi dia pon terpengaruh.

Maka sebagai anak yang baik, kita pon ikut perintah ibu pergi order sambal tu. Tahu tahu tenghari tadi sampai sudah.

Maka selepas solat Zuhur, kami pon rasmikan sambal tu.


Sambal Hijau Potai Omak Jenny


Sambal Tempoyak Daun Kayu



Ni rupa tempoyak dia. Boleh tahan sedap makan dengan nasi putih. Takdelah pedas mana untuk Cuya yang suka pedas ni.



Ni lak sambal potai dia. Perghh memang paduu. Dah makan dengan nasi, Cuya makan dengan roti lak sebab nasi tak cukup. Kuikuikui

Yang ni pedas sikit daripada tempoyak.
Ibu lak prefer tempoyak.

Ayahlak kata dua2 rasa sama ajer.
Ayah ni lidah tak berapa tajam la agaknya πŸ˜‚

Harga total dua2 bungkus ni Rm41.80 free shipping.
Harga boleh tahan jugak la tapi yang penting puas hati.

Ada banyak lagi pilihan sambal yang ada kalau korang nak search je kat Tiktok . Kitaorang satu family memang suka makan sambal. Lagi2 yang ready to eat, senang.
Bila nak puasa pon senang takyah risau nak masak apa.

Goreng telur + sambal = Terangkattt πŸ’―


Korang sendiri suka sambal tak?


Till then, adios amigos bye πŸ‘‹πŸ» 


6 comments:

  1. Boleh tahan juga harganya ye. Tak pernah lagi boleh produk mak jenny ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, agak mahal jugak mungkin sebab packaging dia kot. Tapi sedapp

      Delete
  2. Nampak sedap kedua-duanya baik sambal tempoyak dan sambal petai. Tapi sebab perut dah terpleot sejak-sejak menua ni tak boleh makan pedas sangatπŸ₯²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kesian akak, moga masih ada banyak pilihan makanan yg akak boleh makan

      Delete
  3. Sangaaaaaat suka. Saya pun selalu sedia stok sambal di rumah Cuya. Memang sukaaaa lah. Makan apapun pakai sambal, dah sedap πŸ˜„.

    ReplyDelete
  4. MZ suka sambal! so far setia dgn sambal nyet khairul aming ajer!

    ReplyDelete